Friday, July 27, 2012

Betul ke...


 yang ini aku memang setuju sesangat... tak kira di mana aku, apa aku tengah buat, apa pun keadaan aku, aku tetap akan memikirkan orang yang aku sayang... kenapa aku memikirkan mereka... kerana aku mengingati mereka...

Kita memang diberi pilihan dalam hidup.. tetapi seringkali pilihan tak menepati...  munkin apa yang menyedihkan kita adalah benda terbaik kepada orang lain... So, memang hidup tak banyak pilihan...

Ibarat beruk mendapat bunga,
Terkinja kinja serba tak kena,
Abes nak buat macam mana..
Terima ajelah seadanya...

Salam Ramadhan...

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan menyapa kembali...

Alhamdulillah masih lagi aku bernafas dalam ketenangan hingga tika saat ini ... insyaallah... ketibaan yang dinanti bakal menjelma... mudah mudahan aku diizinkan untuk menikmati bulan yang mulia ini....manalah tahu,  keizinan itu datang dari-NYA dan hanya DIA yg berhak menentukan segalanya..


Untuk kali ini, seperti orang lain, besar harapan aku agar kehadiran Ramadhan pada kali ini memberi sejuta kerahmatan kepada aku.. anak2 pun dah besar, aku rasa dah boleh angkut dorg g terawih kot... selalu Hubby bwk ipin sorg jer.. kali ni, bederet kami anak beranak memenuhi masjid Taman Putra Perdana ni..insyaallah..

dan bersempena bulan mulia yg bakal menyapa ini, aku menyusun 10 jari, menyerah diri memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yg mengenali aku, menyayangi aku, menzalimi aku, mempermainkan aku dan apa2 jelah yang berkaitan dengan aku.. aku hanya manusia biasa, tidak sempurna dan meraba-raba meniti kehidupan. apa yang aku harapkan, kerahmatan Allah akan sentiasa mengilingi kalian dan semoga kalian akan beroleh keberkatan di dunia dan Akhirat..

coretan yang singkat untuk kali ini...

As-salam...

Friday, July 13, 2012

A K U dan M E R E K A . . . . . .

mereka-mereka ialah :









Mereka rakan-rakan seperjuangan aku... aku rindukan mereka...

Tuesday, July 3, 2012

ALIEYA RESOURCES GIFT . . .

Alhamdulillah .... Projek yang baru selesai..

Client : SSIC, Selangor State Invesment Centre. 
Membekal Cenderahati sempena SSIC GOLF TOURNAMENT 2012.
Items : 100 pcs Golf Towel with hanger, 100 pcs Corporate Bag pack, 10 pcs Crystal Trofi.




dan ada lagi produk2 yg aku bekalkan antaranya...  








Banyak lagi sebenarnya barang2 yg ada dalam senarai produk aku.. lain kali aku akan update produk2 lain..
haaa... jika mencari cenderahati yg latest design, harga brpatutan dan berkualiti, jgn lupa cari aku... jaminan harga berpatutan aku berikan kerana aku adalah pembekal yang sah, takde pakai orang tengah punyer... kalau aku pakai orang tengah, dia tambah harga dia, aku tokok tambah harga aku, yang bankrapnya nanti ialah end users...kesian korang kan... so, jangan malu2... silah oder jika berkenan.. potongan harga berdasarkan kuantiti...

Sunday, July 1, 2012

MENGENAL ERTI KEHIDUPAN . . .

kenapa tajuknya Mengenal Erti Kehidupan... takde ke benda lain untuk kita kenal... Mari baca ayat di bawah... 

PERINGATAN : PANDAI MEMBACA BELUM BERMAKNA ANDA PANDAI, TETAPI MEMBACA DAN MEMAHAMI AKAN MEMBUKTIKAN ANDA MEMANG ORANG YANG PANDAI... BIJAK..BIJAK...
so, baca & fahamkan lah yer....


Mengapa DERITA setelah BAHAGIA ~~ supaya kita tahu betapa kebahagiaan penting bagi kita malahan kepada sesiapapun... munkin saat kita BAHAGIA dengan hal kita sendiri, rupanya kita kejam kepada orang lain hingga menyebabkannya hidup DERITA...

Mengapa KECEWA setelah KEJAYAAN ~~ supaya kita sedar kejayaan kita bukan mudah kerana kita tiada KEJAYAAN tanpa KEKECEWAAN . . .

Mengapa perlu MENANGIS untuk MENSYUKURI ~~~ agar kita pandai untuk lebih menghargai apa yg kita kecapi... tanpa tangisan, kita tidak sedar betapa berharganya sesuatu...

Mengapa perlu TERLUKA untuk MENGENALI DIRI ~~ apabila terluka, secara automatik kita akan muhasabah diri dan menimbang balik apa yang kita telah lakukan..( ini adalah fakta benar sekiranya manusia itu normal, jika tidak normal dia akan menjadikan orang lain untuk menyangkal kesilapannya... ) Dengan muhasabah diri, kita akan berusaha untuk memperbaiki diri dan kelakuan seterusnya MENGENALI DIRI SENDIRI . ...

seperti biasa.. untuk peringatan diri sendiri, aku tulis di blog aku ini...
letihnya aku hari ini kerana aku adakan sedikit kenduri bersama keluarga untuk menyambut kehadiran Ramadhan... mudah mudahan Ramadhan kali ini akan memberiku sejuta makna... Aku tidak mahu lagi memikirkan sesuatu yang tiada faedah lebih2 lagi sekiranya ia mellibatkan manusia... kerana aku percaya, lebih baik aku menjaga diri sendiri daripada aku sibuk2 menjaga orang lain...

mengapa artikal ini yang aku masukkan kali ini... KERANA AKU INGIN MENGHARGAI APA YANG AKU MILIKI... KERANA APA YANG AKU ADA ADALAH YANG TERBAIK BAGI AKU... BERSYUKUR KERANA WALAUPUN AKU BUKAN DIKALANGAN YANG BAIK2, TETAPI AKU DIKURNIAKAN DENGAN ORANG YANG BAIK2 DISEKELILING KU.. AKAN AKU HARGAI APA YANG AKU ADA SEBELUM AKU KEHILANGAN NYA.. AKU SEDAR, AKU BERJALAN SEPERTI ORANG BUTA MENERUSKAN KEHIDUPAN INI.. AKU TIDAK DAPAT MELIHAT APA YANG ADA DI HADAPAN KU DAN KERANA ITULAH AKU TERUSKAN PERJALANAN DENGAN SEBAIK MUNKIN SEPERTI AKU MELIHAT SEGALANYA...

Tiada manusia yang hidup dengan izin ALLAH di muka bumi ini tanpa melakukan kesilapan samada dengan sedar atau tanpa disengajakan... dan tidak semua kesalahan itu berlandaskan kesalahan semata mata.. senang cerita, bukan semua yang kena penjara sebab membunuh orang tu benar2 ingin membunuh.. munkin mereka ingin mempertahankan diri atau memikirkan itu adalah jalan terbaik.. siapa kita untuk menghakiminya kerana kita tidak mengetahui hal sebenar... begitu juga dengan kehidupan kita.. bukan semua kesalahan orang lain yang kita tanggung hanyalah untuk memusnahkan kita... ada kalanya kesilapan yang kita tanggung adalah untuk memberi pengajaran dan demi kebaikan kepada orang lain...

dan perlu kita ingat, apa yang berlaku, samada musibah atau kebaikan, ianya akan terjadi hanya adalah dengan izin ALLAH.. jika kebaikan yang datang kita terima dengan senang hati tetapi jika musibah menimpa, mengapa dia mengizinkan musibah menimpa kita ...??? jangan susah payah nak pikir, baca jer balik ayat di atas dengan penuh akal fikiran sebagai manusia normal... jika anda tidak normal, anda tidak dialu alukan membacanya kerana seribu kali anda baca pun, anda tidak akan faham...  

dan jika sehabis usaha telah kita berikan untuk mengecapi kebahagiaan tetapi musibah jua yang menimpa, percayalah bahawa ianya ujian untuk menjadikan kita makhluk yang diberkatinya dunia dan akhirat... bukan senang nak dapat ujian darinya.. hanya orang yg terpilih sahaja akan mengecapinya... tetapi jika anda memang gemar menzalimi orang lain, jangan harapkan sesuatu yg terbaik anda akan dapat dari insan lain dan berdoa dan berserahlah kepada-NYA agar tiada lagi musibah yang akan datang kepada anda kerana tika ini, hanya muhasabah diri dan berserah kepada-NYA adalah jalan yang anda ada..

wasallam....

p/s ~~ usah rindu pada sesuatu yang telah kita hancurkan ... apabila kita hancurkan bermakna kita tak suka dan bila tak suka kenapa nak dikenang...