Monday, April 16, 2012

Pelangi Petang...

Alhamdulillah... tanpa dipinta, petang ini, aku diizinkan untuk melihat pelangi yang timbul selepas hujan renyai... walaupun ianya hampir mengundurkan diri, aku bersyukur kerana diberi beberapa minit untuk menatapnya..


Indah...cantik..agung..membuatkan aku terpukau... membuatkan aku khayal dibuai kenangan nya... membuatkan fikiran aku melayang entah kemana..


Aku tidak pernah mengharapkan hadirnya pelangi untuk menerangi kerana aku tahu, kehadirannya tidak akan memberi apa2 makna, hanya menunjukkan keagungan ciptan NYA.. dan aku juga tahu, kehadirannya hanyalah sementara dan hanya akan membuatkan aku terleka dalam bayangan fikiran ku sendiri...


Aku bahagia dengan sang mentari yang menyinari hariku, hujan yang sering memberi kenyamanan kepada ku, dan aku bersyukur dengan bulan yang menemani malam malam ku... walaupun kadangkala mentari itu terlalu panas buat ku, bulan terlalu bercahaya dan hujan kadangkala tidak mengerti permintaan ku... cukup.. cukup sempurna ciptaan NYA buat diri ku..


Dan pelangi, hadirlah tika mana yang engkau kehendaki.. 


Keindahan mu tetap mekar di dalam ingatanku.. kerana engkau yang bernama pelangi.. 
aku tidak meminta kehadiran mu namun aku tidak berdaya untuk menolak mu pergi... 

Friday, April 13, 2012

Jalan-jalan Utara...

Kip x de mood sbb br bangun tido..

En Hubby yg baru baik sakit batu karang..

Family kak long..

Pepagi di homestay..test senapang baru..

Abah brjaya bawa masuk senapang dr sempadan..

Hubby tembak burung..jgn kena cermin kereta udah ler..keta baru tuh..

Pepagi di homestay dikelilingi sawah..


Depan homestay ..sempat dating tepi sawah..

Kak long ngn nana..



Sambil meninjau & menyetelkan hal tapak projek bahagian utara, kami amik kesempatan jenjalan ngn family.. dok keja je sampai nak jenjalan pun x sempat... 

Seminar Setiausaha . . .



Datin Norma Norell.. Perunding Imej..

Prof Dr Muhaya Muhammad

Fesyen show muslimah..huhu.. cmner muslimah tu..ketat sana sini..

Ibu Halimah Shuib memberi petua2 awet muda..


Senaman lesson by Mak dara...

Noryn Aziz...meletoppp..


huhu...noryn aziz dgn aku..bagai langit & bumi.

Ole2 yang aku dapat...hehe..comei tak...?






Setia & Usaha... hehehe... 7 April 2012.. Sunway Public Hotel...

Friday, April 6, 2012

Renungan jumaat . . .

Renungilah kata-kata Syeikh Abdul Qadir al-Jailani r.h. kepada anaknya:

Wahai anakku, sesungguhnya musibah itu datang bukan untuk merosakkan dirimu tetapi untuk menguji kesabaran dan keimananmu... 

Thursday, April 5, 2012

Pagi ini...

Terasa penyakit malas menguasai diri..dengan segala mala hal yang belum setel...Untuk menguatkan semangat ku pada pagi ini, aku baca artikel ini :

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Berdoalah kamu kepada Alla s.w.t dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa."
(Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Alban)

Bilakah doa kita akan dimakbulkan?

Apabila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu...

Apabila Dia lambat memakbulkan doamu, Dia ingin mengujimu.

Apabila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuku.....

Pokok pangkalnya, bersangka baiklah kepada Allah. Setiap ujian memerlukan kesabaran. Bersabarlah di dalam berdoa, jangan tergesa-gesa. Allah pasti tidak akan mengecewakan kita... 

Makanya, akan ku kuatkan semangat untuk menempuh hari ini.. semoga perjalan hari ku ini akan lebih baik dari semalam & lebih bermakna untuk hari esok..insyaallah..



Wednesday, April 4, 2012

Mengintai dari tirai kenangan . . . .

mencari makna rahsia hati...
merelakan ianya pergi...
namun ingin terus menuruti...


mengapa hadirnya kenangan...
mengapa mesti menjadi kenangan...
mengapa harus adanya kenangan...
andai diundur sesaat masa, tidak akan ku izinkan untuk mencipta kenangan...


kemanisan tika itu...
menjadi racun didalam kenangan...
keindahan waktu itu...
menjadi kelam kerana kenangan...


duhai kenangan...
izinkan ku mengintai dari tiraimu...
agar bisa kusentuh secebis kemanisan...
agar dapat ku genggam segunung kedukaan...


duhai kenangan...
usah kau hilang dari ingatan...
usah kau pergi dari kenyataan...


kerna kau dan aku...
hanya tinggal kenangan...
ku relakan hati ku memiliki mu...
kerana mu hanyalah kenangan...