Friday, January 20, 2012

KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG..RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI...

Pernah dengar pepatah ini kan.. kenapa terciptanya pepatah ini.. Sebagai orang melayu, kita percaya bahawa setiap pepatah dan peribahasa yang dicipta mempunyai maksud tersirat dan melambangkan keindahan maknanya.. 


Dalami maksudnya...
" Tidak menyangka Kebahagiaan yang kita kecapi tidak berkekalan .."


Kebahagiaan digambarkan sebagai "Panas" dan Kehancuran pula dinamakan sebagai "Hujan"... 
Secara logiknya, bolehkan panas berkekalan tanpa hadirnya hujan...? Panas berpanjangan tanpa hadirnya hujan pasti akan mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan.. 
Ketika itulah titisan air yang digelar Hujan akan muncul dan memainkan peranan nya.. Dan kehadiran Hujan pasti juga bukanlah selamanya.. Pasti akan muncul kembali Panas, dan kadangkala disertakan dengan Pelangi sebagai penyeri.
Itu adalah aturan cuaca yang telah ditentukan sejak azali lagi. Panas dan Hujan memainkan peranannya tersendiri dan mempunyai kepentingan kepada kehidupan.. Mudah kan.. 


Begitulah juga dengan kehidupan kita yang sementara ini.. Kita tidak akan dapat mengekalkan kebahagiaan yang kita miliki..  Harus kita akui, bagaimana aturan Panas dan Hujan yang telah ditentukan sejak azali itu, begitulah juga dengan kehidupan yang penuh suka duka ini.. Jangan terlalu mengharapkan kebahagiaan akan berkekalan kerana kita akan kecewa pabila ianya berakhir.. dan ketika itulah baru kita merasakan bahawa kebahagiaan yang kita nikmati selama ini rupa-rupanya adalah racun yang amat berbisa.. 


Bila tibanya saat itu, percaya dan redha kepada ketentuan nya adalah penawarnya.. Hanya DIA yang mengetahui aturan hidup kita sepertimana dia mengetahui aturan Panas dan Hujan termasuk juga pelangi.. Hanya DIA yang maha mengetahui bila dan di mana kebahagiaan kita bermula dan berakhir.. Dan hanya DIA yang berkuasa menyediakan jalan untuk kita merangkak, berdiri dan seterusnya berlari..


Hanya DIA ...



1 comment: