Monday, January 16, 2012

MESEJ RAKYAT KEPADA RAKYAT (UNDI)...

Adakah anda seorang warganegara Malaysia?
Ya.

Telah mencapai umur 21 tahun?
Ya, tua tua tua.

Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan?
Ya, eh… ke manakah soalan ini membawa kita.

Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa?
Ya! Oh boleh daftar mengundikan?!

Tepat sekali, marilah mari, pilih dan undi!

Apabila anda mencecah umur 21 tahun, bukan sahaja anda menerima kek berbentuk kunci, bukan sahaja anda boleh claim insurans kalau langgar divider jalan, bukan sahaja anda boleh membuat keputusan tanpa kebenaran ibu bapa, malah anda boleh pilih siapa anda mahu wakilkan suara anda di Dewan Rakyat /Dewan Undangan Negeri melalui undian pilihanraya. Sungguh terasa kedewasaannya.

Jadi siapa yang nak menguruskan perihal pendaftaran dan pilihanrayanya sekaligus? Pastilah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, cekap dan telus!

“Urusan pendaftaran ini telah dilaksanakan oleh SPR semenjak ia ditubuhkan tanpa gagal. Urusan yang dahulunya dilakukan secara bermusim iaitu setahun sekali selama antara 21 hingga 42 hari, kini dibuka SETIAP HARI untuk sepanjang tahun sejak 16 Julai 2002.”

Jadi sekarang dah boleh daftar bila-bila anda kelapangan. I tahu, ada yang tua bangka tapi tak daftar lagi kan? Beria gebang kedai kopi tapi tak undi. Betapa ruginya, satu undi itu tidak dimanfaatkan untuk mengubah nasib penduduk setempat. Tak nampak signifikasinya satu undi dari anda itu? Bak kata Dalai Lama, “If you think you are too small to make a difference, try sleeping with a mosquito in the room.” 




 Mengundi patut dilihat sebagai satu tanggungjawab. Tanggungjawab untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya. Andai anda tidak mengundi dan daerah anda jatuh kepada tangan yang zalim, mungkin tidak mengapa kalau anda seorang yang suffer. Tapi realitinya, tidak. Anda tidak mengundi, tak mempraktiskan hak anda, boleh rosak susu sebelanga terus takde siapa dapat kalsium.


Andai anda tak tahu, SPR ada website tersendiri, jadi silalah lawati untuk tahu cara mendaftar, senarai tempat mendaftar, nak semak status pendaftaran dan pelbagai perihal lain pilihanraya.




Tambahkan pengetahuan dari kotak hebahan dan berita SPR. Dan boleh check online status anda sebagai pendaftar juga!


SO, JANGAN BACA JE...SILA LA BUAT...

ANDA TAKAN PERCAYA BETAPA AJAIBNYA SATU UNDI YANG ANDA BERIKAN..


No comments:

Post a Comment