Friday, August 31, 2012

10 TAHUN.....








ULANGTAHUN PERKAHWINAN RAZALINOR & JULIA

Hari ini, genap sudah 10 tahun usia perkahwinan kami... selama melayari lautan rumahtanggan bersama, lahirlah 3 orang putera yang nakal2 sket tapi cute.. Alhamdulillah....

Angka 10 di dalam perkahwinan bukanlah semudah menghitung dengan jari... jika onak dan duri, adalah makanan hari2.. tiada hari yang kami tempuhi berjalan dengan tenang.. pasti ada saje isu2 kerenah2 yang terpaksa kami tanggung... ketika menghadapinya, kami rasa ianya satu masalah. tetapi rupanya, isu2 & kerenah2 itulah yang menjadi kami lebih matang dan lebih bahagia..

kami tidak sempurna... tetapi kelemahan dan kelebihan kami menjadikan kami sempurna...  dan aku bersyukur kerana dianugerahkan dengan lelaki yang tidak sempurna kerana jika dia sempurna, dia bukan manusia...

aku bersyukur dengan kehidupan yang aku lalui walaupun ada kalanya dugaan yang trpaksa aku tempuh menjadikan bahu aku lemah. tetapi bila aku fikirkan, ramai lagi lelaki di luar sana yang mensia siakan hidup wanita lain... alangkah dayusnya lelaki seperti itu...

dan hari ini, aku memanjatkan setinggi tinggi kesyukuran di atas 10 tahun yang telah dia berikan kepada aku dan abang... semoga 10 tahun datang, aku akan menempuh saat seperti ini dengan angka 20 tahun pula..

Ya Allah yang maha mengasihani... Jika inilah kebahagiaan yang engkau telah berikan kepada aku, izinkanlah aku untuk memilikinya sehingga hembusan akhir nafas ku...








No comments:

Post a Comment