Thursday, October 11, 2012

Love my life...

aduhai... dah lama tak menulis dalam blog sendiri... bukannya apa, sejak2 ada tab kesayangan aku tu, jarang benar aku cek email guna laptop... alhamdulillah... dari sehari ke sehari, aku bernafas macam biasa ..sakit sikit2 tu biasalah.. tetap kena bersyukur sebab hari yang sihat lebih banyak dari hari yang sakit.. 

ada adik angkat aku yang benar2 kecewa, bertanya pada aku.... " kak, saya bernafas macam akak tapi sesak nafas saya dengan derita saya kak... dia bahagia tp saya....? dia kejam kak... sangat kejam... "

aku pun jawab pada dia... " kalau dia bahagia, biarlah dia bahagia walaupun bukan dengan awak... jangan cakap dia kejam... dia hanya melalui perjalanan hidup dia dan dia rasa itu adalah yang terbaik dalam hidup dia.  masing2 ada suratan nya. yang penting, Allah maha adil.. biarlah dia kecapi bahagia itu selagi ada. dan doakan semoga dia tabah sekiranya dia merasa apa yang awak rasa... "

hakikatnya, kita hanya mampu menyayangi kehidupan yang kita ada... tidur sebantal, makan sepinggan bukanlah jaminan bahawa kita melalui kehidupan yang sama.. masing2 ada kehidupan sendiri dan ketentuan sendiri... sebab tu, jangan harapkan orang lain merasai kehidupan kita kerana kehidupan mereka sendiri pun belum tentu mereka fahami.. 

so, bak kata kawan aku, jadilah seperti air.. tetap mengalir walaupun menempuh batu kayu daun dan apa2 jelah...






No comments:

Post a Comment