Sunday, July 1, 2012

MENGENAL ERTI KEHIDUPAN . . .

kenapa tajuknya Mengenal Erti Kehidupan... takde ke benda lain untuk kita kenal... Mari baca ayat di bawah... 

PERINGATAN : PANDAI MEMBACA BELUM BERMAKNA ANDA PANDAI, TETAPI MEMBACA DAN MEMAHAMI AKAN MEMBUKTIKAN ANDA MEMANG ORANG YANG PANDAI... BIJAK..BIJAK...
so, baca & fahamkan lah yer....


Mengapa DERITA setelah BAHAGIA ~~ supaya kita tahu betapa kebahagiaan penting bagi kita malahan kepada sesiapapun... munkin saat kita BAHAGIA dengan hal kita sendiri, rupanya kita kejam kepada orang lain hingga menyebabkannya hidup DERITA...

Mengapa KECEWA setelah KEJAYAAN ~~ supaya kita sedar kejayaan kita bukan mudah kerana kita tiada KEJAYAAN tanpa KEKECEWAAN . . .

Mengapa perlu MENANGIS untuk MENSYUKURI ~~~ agar kita pandai untuk lebih menghargai apa yg kita kecapi... tanpa tangisan, kita tidak sedar betapa berharganya sesuatu...

Mengapa perlu TERLUKA untuk MENGENALI DIRI ~~ apabila terluka, secara automatik kita akan muhasabah diri dan menimbang balik apa yang kita telah lakukan..( ini adalah fakta benar sekiranya manusia itu normal, jika tidak normal dia akan menjadikan orang lain untuk menyangkal kesilapannya... ) Dengan muhasabah diri, kita akan berusaha untuk memperbaiki diri dan kelakuan seterusnya MENGENALI DIRI SENDIRI . ...

seperti biasa.. untuk peringatan diri sendiri, aku tulis di blog aku ini...
letihnya aku hari ini kerana aku adakan sedikit kenduri bersama keluarga untuk menyambut kehadiran Ramadhan... mudah mudahan Ramadhan kali ini akan memberiku sejuta makna... Aku tidak mahu lagi memikirkan sesuatu yang tiada faedah lebih2 lagi sekiranya ia mellibatkan manusia... kerana aku percaya, lebih baik aku menjaga diri sendiri daripada aku sibuk2 menjaga orang lain...

mengapa artikal ini yang aku masukkan kali ini... KERANA AKU INGIN MENGHARGAI APA YANG AKU MILIKI... KERANA APA YANG AKU ADA ADALAH YANG TERBAIK BAGI AKU... BERSYUKUR KERANA WALAUPUN AKU BUKAN DIKALANGAN YANG BAIK2, TETAPI AKU DIKURNIAKAN DENGAN ORANG YANG BAIK2 DISEKELILING KU.. AKAN AKU HARGAI APA YANG AKU ADA SEBELUM AKU KEHILANGAN NYA.. AKU SEDAR, AKU BERJALAN SEPERTI ORANG BUTA MENERUSKAN KEHIDUPAN INI.. AKU TIDAK DAPAT MELIHAT APA YANG ADA DI HADAPAN KU DAN KERANA ITULAH AKU TERUSKAN PERJALANAN DENGAN SEBAIK MUNKIN SEPERTI AKU MELIHAT SEGALANYA...

Tiada manusia yang hidup dengan izin ALLAH di muka bumi ini tanpa melakukan kesilapan samada dengan sedar atau tanpa disengajakan... dan tidak semua kesalahan itu berlandaskan kesalahan semata mata.. senang cerita, bukan semua yang kena penjara sebab membunuh orang tu benar2 ingin membunuh.. munkin mereka ingin mempertahankan diri atau memikirkan itu adalah jalan terbaik.. siapa kita untuk menghakiminya kerana kita tidak mengetahui hal sebenar... begitu juga dengan kehidupan kita.. bukan semua kesalahan orang lain yang kita tanggung hanyalah untuk memusnahkan kita... ada kalanya kesilapan yang kita tanggung adalah untuk memberi pengajaran dan demi kebaikan kepada orang lain...

dan perlu kita ingat, apa yang berlaku, samada musibah atau kebaikan, ianya akan terjadi hanya adalah dengan izin ALLAH.. jika kebaikan yang datang kita terima dengan senang hati tetapi jika musibah menimpa, mengapa dia mengizinkan musibah menimpa kita ...??? jangan susah payah nak pikir, baca jer balik ayat di atas dengan penuh akal fikiran sebagai manusia normal... jika anda tidak normal, anda tidak dialu alukan membacanya kerana seribu kali anda baca pun, anda tidak akan faham...  

dan jika sehabis usaha telah kita berikan untuk mengecapi kebahagiaan tetapi musibah jua yang menimpa, percayalah bahawa ianya ujian untuk menjadikan kita makhluk yang diberkatinya dunia dan akhirat... bukan senang nak dapat ujian darinya.. hanya orang yg terpilih sahaja akan mengecapinya... tetapi jika anda memang gemar menzalimi orang lain, jangan harapkan sesuatu yg terbaik anda akan dapat dari insan lain dan berdoa dan berserahlah kepada-NYA agar tiada lagi musibah yang akan datang kepada anda kerana tika ini, hanya muhasabah diri dan berserah kepada-NYA adalah jalan yang anda ada..

wasallam....

p/s ~~ usah rindu pada sesuatu yang telah kita hancurkan ... apabila kita hancurkan bermakna kita tak suka dan bila tak suka kenapa nak dikenang...




No comments:

Post a Comment