Monday, August 6, 2012

Isteri Perlu Suami Bukan Lelaki


Malas pikir nk tulis topik apa... so, copy jer dari mingguan wanita online... 
Aku trtarik dgn isi kandungan nya... betul sesangat... Isteri prluksn suami, bukan lelaki... kalau setakat lelaki, banyak besepah kt tepi jalan boleh kutip..

Seorang wanita bertemu saya memohon khidmat nasihat untuk memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya. Bila saya soal mengenai perkahwinannya, jawabnya perkahwinan mereka masih bahagia hingga hari ini. Hubungan intim terlaksana, layanannya buat suami juga masih di kelas pertama. Habis tu, kenapa nak tuntut fasakh? “Sebab suami tak nak ceraikan saya.” “Kenapa nak tuntut cerai?” “Sebab saya dah tak tahan ada suami macam dia. Suka berhutang tapi tak nak usahakan untuk bayar hutang. Banyak kali saya yang usahakan untuk bayar semua hutang-hutang dia.”
“Sebab apa dia berhutang?” “Saja, dia suka jadi perhatian orang, bagi sana sini duit banyak-banyak walau tak mampu. Hutang bukan sikit-sikit tau. Dia ada hutang dengan Ah Long saja RM3.5juta tapi bila tak boleh nak bayar, dia ajak saya lari.
“Pernah ada geng Ah Long datang cari tapi dia sembunyi belakang pintu, ketakutan. Saya pula yang pujuk dan tenangkan dia. Ada juga Ah Long datang cari dia di pejabat tapi masa itu dia tiada, saya dan staf kat pejabat menunggu saja apa-apa kemungkinan bakal berlaku tapi dia langsung tak tunjukkan diri. Saya dah penat. Dah 17 tahun hidup macam ni, tak nak dah terus hidup macam ni lagi!”
Sememangnya wanita ini mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kan? Bagi sebahagian wanita, tujuh tahun pun belum tentu sanggup terima. Betul tak? Lanjutan kes ini lah, saya ajukan soalan di Facebook saya: Kenapa seorang wanita perlukan suami di dalam hidupnya? Banyak jawapan yang saya terima; fitrah tak payah cerita la kan tapi semestinya ada sebab khusus kenapa wanita perlukan lelaki bernama suami di dalam hidupnya. Sebab biasa antaranya untuk dikasihi, dibelai dan dijaga kebajikan dalam hidup seharian.
Dalam era globalisasi ini, ramai wanita yang bekerja dan ramai juga yang mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik berbanding bakal suami malah suami sendiri. Bukti bahawa kaum wanita perlukan suami bukan untuk menyara hidupnya, betul?
Jika untuk dikasihi dan dibelai, saya akui kebenarannya. Kalau sebelum kahwin, dikasihi memang boleh jadi tapi belaian takkan boleh berlaku kecuali dalam keadaan yang tidak diredhai Ilahi. Namun, dalam banyak sebab dan alasan yang ada, satu perkara yang pasti ialah kerana isteri perlukan pelindung dan penjaga keselamatannya!
Umum mengetahui, sebelum bergelar isteri, perlindungan dan penjagaan seorang gadis terpikul di bahu si ayah yang menjadi wali aqrab! Wali bukan semata-mata perlu untuk perkahwinan sahaja tetapi menjadi simbol betapa gadis dan wanita memerlukan penjagaan dan pemerhatian serta perlindungan daripada seorang lelaki.
Fitrah kejadian wanita adalah sebagai makhluk yang lemah berbanding lelaki. Wanita dijadikan bersama satu akal dan sembilan nafsu sementara lelaki dicipta bersama sembilan akal tetapi mempunyai hanya satu nafsu. Perbezaan kejadian ini bukan membezakan atau melebihkan mana-mana pihak sama ada lelaki atau wanita tetapi untuk mewujudkan satu kesempurnaan apabila lelaki dan wanita digabungkan sebagai suami isteri. Dengan sembilan akal yang ada, semestinya lelaki akan lebih bijak dan lebih matang menangani setiap permasalahan hidup serta bijak dalam mengatur strategi dan tindakan. Sesuai sekali untuk menjadi penjaga dan pelindung wanita terutamanya kepada isteri dan anak-anak yang dijadikan Allah sebagai satu amanah dan tanggungjawab kepadanya.

Isteri Hamba, Suami RajaTak cukup menjadi lelaki yang mengaku mempunyai sembilan akal tetapi gagal menggunakan akal tersebut untuk mengatur hidup berumah tangga menjadi lebih baik. Tak guna menjadi lelaki yang diakui mempunyai kekuatan fizikal lebih hebat berbanding wanita andai kerja-kerja berat dalam rumah tangga dibiarkan terpikul di bahu isteri yang kononnya dicintai.
Tiada erti menjadi lelaki yang hanya bernafsu satu tetapi dalam banyak keadaan dan ketika segala pertimbangan dikuasai oleh nafsu yang satu itu! Ketahuilah!! Segala kelebihan dan keistimewaan yang Allah kurniakan buat lelaki khususnya ketika anda bergelar suami adalah untuk diaplikasikan sepenuhnya buat wanita bernama isteri.
Wanita tidak perlukan hanya lelaki di dalam hidupnya tetapi memerlukan seorang suami. Suami yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatan dirinya. Suami yang bertindak membantu dirinya ketika sedang dalam kesempitan dan kesusahan. Suami yang bersedia membimbing dan menegur segala kesilapannya.
Isteri tak perlukan suami yang hanya berjantina lelaki – tidak mengambil berat mengenai kebajikan isteri, tidak peduli rajuk dan sedih si isteri malah tidak kisah walau isteri sedang dalam kepayahan dan perlukan perlindungan. Yang difi kirkannya hanya satu perkara iaitu hak nafkah batinnya mesti dipenuhi!
Perkahwinan bukan mengubah status isteri menjadi hamba dan suami pula menjadi raja. Perkahwinan sebenarnya adalah satu bentuk perkongsian hidup dalam keadaan penuh kasih sayang, sama-sama bekerjasama, bersikap toleransi dan saling memahami. Saya suka dengan satu penyataan yang disebarkan di Facebook; 
jika seorang suami inginkan isterinya menjadi bidadari maka si suami perlulah menyediakan syurga terlebih dahulu. Mana mungkin bidadari akan wujud jika yang ada hanyalah sebuah tempat seakan neraka!
Ada sebab suami diletakkan di dalam struktur organisasi rumah tangga sebagai ketua keluarga. Ada sebab juga isteri perlukan izin suami jika ingin ke mana-mana malah jika ingin melaksanakan sesuatu perkara. Bukan sebagai satu penghormatan semata-mata buat lelaki bernama suami tetapi sebagai bukti dan saksi bahawa isteri perlu sentiasa dijaga dan diambil peduli kebajikan dan keselamatannya.
Pesanan khusus buat para gadis dan wanita, terimalah lelaki yang benar-benar layak menjadi suami dan buat kaum lelaki, andai anda tak mampu menjadi suami yang perlu buat seorang isteri, teruskanlah status bujang anda. Anda takkan terbeban, dosa pun tak dicatat dalam buku amalan... TAMAT

haaa...tengok tengok... sebab tu aku trtarik sesangat...harap2 ada suami yg membacanya.. Percayalah, suami amat tinggi darjatnya... Usah terikut nafsu kerana anda hanya akan jatuhkan darjat anda sendiri...

p/s ~~ malas letak gambar...  


No comments:

Post a Comment