Wednesday, March 28, 2012

MENGHARGAI SEBUAH CINTA . . . . . .

Pagi rabu yang sangat tenang ...munkin kerana cuaca yang yg agak sejuk dan hujan sekali sekala... Pagi ni, aku terbaca sebuah artikal dari blog rakan ku yang bertajuk " AKU TIDAK DIPAKSA MENYINTAI MU..."


Tertarik dengan tajuknya, aku pun mula membaca... mukadimah yg sangat ilmiah, isian yang bagus, ayat-ayat yang menarik tetapi berkesudahan dengan keperitan...


Tidak kira bersama keluarga, rakan taulan, pasangan hidup mahupun bersama MAHA PENCIPTA, kewujudan perasaan cinta bukanlah perlakuan yang boleh disengajakan atau dipaksa... ianya adalah suatu perasaan  yang begitu kompleks untuk dihuraikan.. 


kewujudan perasaan cinta terhadap seseorang atau sesuatu, pasti tidak akan difahami oleh orang lain .. hanya kita yang mengetahui mengapa, bagaimana dan kepada siapa cinta itu wujud dalam diri kita ..


dan apakah BALASAN yang kita harapkan dari sebuah cinta yang lahir...? kemewahan...? kecantikan...? 


 kerana terlalu kompleks huraian perasaan cinta itu, kita hanya mengharapkan agar cinta kita diterima dan dihargai.. melalui penghargaan yang diterima, kita akan menerima segalanya kerana dengan kebahagiaan mengelilingi, segala kesulitan  tidak dirasai...


seringkali perasaan cinta dipandang remeh dan dipermainkan... namun jika kita percaya bahawa perasaan cinta kita sebenarnya amat berharga, usah bazirkan ia kepada sesuatu yang tiada faedahnya.. bukan mudah untuk melahirkan rasa cinta.. hargai perasaan cinta yang kita ada sebelum mengharapkan ianya dihargai oleh orang lain.. 


ianya milik kita, bentuklah ia dengan seadanya dan letaknya di laluan yang sebenar..


Pengkhiatan cinta..? walau semahal mana pun ia, se 'kompleks' mana pun ia, ianya tetap perasaan.. usah biarkan ia menjadi racun dalam kehidupan.. hakikat yang disahkan kewujudan nya, harus diteruskan.. seharusnya perasaan menjadi asam garam kehidupan, bukannya racun yang akan memusnahkan kewujudan...


kewujudan perasaan cinta adalah melalui akal dan jiwa yang sempurna..usah biarkan kemusnahan nya menghapuskan akal dan jiwa..


dan jangan lari dari perasaan cinta.. penuh dunia ini dengan cinta.. dengan udara yang menjadi senafas kita, bukti cinta tuhan kepada hambanya.. setiap sebatu didalam langkah, bukti cinta kedua ibupaba kepada anaknya... setiap zarah habuk yang dihilangkan, bukti cinta pasangan hidup.. setiap sepatah suara kecil yang didengari, bukti cinta anak kepada ibubapanya...


jangan membiarkan 'kekosongan' mengelilingi perjalanan hidup .. walaupun kehidupan tika dan saat ini adalah pinjaman dan sementara,  hakikatnya, kita wujud dengan sempurna untuk menempuhinya.. 

No comments:

Post a Comment