Wednesday, February 8, 2012

Sesat JALAN . . . . .

Alhamdulillah... dh lama x update blog .. 
Hari ini, aku bertemankan tisu ...huhuhu... nikmat untuk aku menggunakan hidung telah ditarik oleh NYA... apa kan daya.. kita kan pinjam kenikmatan ni.. sesekali dia nk tarik, apa boleh buat kan.. kena la beli tisu.. walaupun berteman tisu, aku tetap datang keja macam biasa..takan nk mc pulak sebab dh 4 hari cuti.. 

sebenarnya, aku kena hujan semalan.. aku dh lewat untuk pegi program, aku redah je ujan masa nak masuk dalam keta amik payung untuk anak2..  terasa macam kebal kekonon.. rupanya kalah jugak..antibodi tak kuat sgt..

okey... cerita perihal sesat jalan..

Teringat pulak kata2 kawan aku..  dia kata.. Julia... cuba U tutup mata, then U jalan .. aku pun jawab, abes la tersondol meja nti... dia punyalah gelak, mcm la aku buat lawak.. 

Rupa2 nya, penjelasan nya macam ni... Julia, U sebenarnya, memang tengah buat macam tu ... sebabnya, u tak nampak pun apa2  yang akan terjadi sesaat lepas ni, seminit akan datang apa lagi esok yg akan menjelma.. jadinya sama je.. bezanya, U tak tutup mata dengan kain.. hakikatnya, kita merentasi jalan yang kita tak tahu apa yang ada dihadapannya.. kita tak tahu, kita tak nampak..malahan kita tak dapat menghidunya... 
Tatkala kita drive dekat highway, kita takut sesat..kita refer map atau pun zaman skrg ni ada GPS, google... tak pun, kita call kawan kita, tnya dia direction.. begitulah takutnya kita dengan kesesatan di highway tu..

renungkan sebentar, bagaimana U merentasi jalan dalam kehidupan U.. mesti U tanak sesat kan... sebab tu kita ada panduan hidup sebagai umat islam... supaya kita tak tersesat dan tersasar jauh dari jalan NYA... panduan hidup itu seperi map/GPS.. kita kadangkala sesat kerana kelalaian kita, tidak refer kepada panduan nya.. dan di dalam setiap jalan, TIADA jalan mati.. pasti ada jalan lain samada ke bawah, ke atas, terus atau patah balik... boleh kalau nk patah balik, tapi kena ada u-turn, bukan reverse... maksud reverse dalam topik ini ialah anda tak nampak sepenuhnya ketika reverse..makanya akan berlakulah kejadian2 yg tidak diingini.. 

ooowwhhh... baru aku faham... contoh yang simple, tetapi memberi makna yang begitu besar... 
haaa.... dalam maksud ayat tu kan... 

itulah kisah perihal sesat jalan... kehidupan kan... jalan yang penuh liku & ranjau.. tiada manusia akan mengikut jalan yg sama walaupun seibu sebapa,  tinggal sebumbung, makan sepinggan dan tidur sebantal..  itulah ketentuan kita.. mengapa jadi macam tu...? sebab, pencipta kita, DIA takan beri laluan yg penuh duri melainkan DIA tahu kita boleh menghadapinya walau dengan apa cara sekalipun..

Wednesday, February 1, 2012

Monday, January 30, 2012

Teringat kat Mak...

Mengapa wanita sering menangis?
JawabNYA: Kerana wanita itu unik.

AKU ciptakan ia sebagai makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
KU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang-orang yang ia sayangi

Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA..KAMU ISTIMEWA”
LAGI-LAGI PADA IBU KITA YANG MENGANDUNGKAN KITA SELAMA 9 BULAN.

Pernah tak buat macam nie...

Jika anda pernah buat salah satu nye masa kecil ::

1. buka kipas meja,cakap depan kipas,nak dengar suara bertukar.

2. naik kereta,tengok bulan & ingat bulan ikut kita.

3. naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle',rasa hebat.

4. masa sekolah,ada orang bagi milo free,lepas ambil sekali, menyamar jadi orang
lain,beratur ambil air lagi.

5. lukis burung guna huruf 'v'.

6. lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7. masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni -- ♥

8. tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati

(^____^)



p/s~~ tergelak pulak bila anak2 buat perangai mcm ni.. teringat masa kecik2 dulu..

Thursday, January 26, 2012

kelakar kannn....

OMBAK RINDU...


Pelakon nya Maya Karin, Aaron Aziz , Lisa Surihani..


Malam tadi, aku amik movie ni dari Astro.. Aku tak kesempatan nak tengok kat panggung cerita ni sebab En Hubby  aku alergy sket dgn filem sayu2 ni.. Aku, hentam je.. Kutipan minggu pertama masuk panggung RM 6juta tuuu.. takan aku nk lepaskan peluang menonton cerita yang meletop debomm ni kan.. Agaknya, aku orang terakhir yang tengok citer ni kot.. Orang lain siap nangis2 kt panggung lama dulu dah.. tak pelah.. x kesah..


Aku amik cerita ni pd pukul 12 tengah malam.. Hujan.. sejuk.. Time tu, anak bujang aku semua dah lena.. tinggal aku dgn Hubby yang tengah main game kt laptop dia.. Tenang je suasana aku tanpa gangguan sesiapa.. sempat jugak aku kill kill die die 2 ekor nyamuk jantan yg tgh usha2 nk mintak darah aku sket.. 


Babak mula cerita ni, aku suka .. ringkas, jelas ceritanya.. al maklumlah..  kalau cerita sayu2 ni lembab sket hotak aku nk terima.. Bila Izah mula menangis sebab terpaksa menerima keadaan suaminya akan berkahwin lain, tersentap jugak jiwa aku.. terfikir, ada lagi wanita macam ni kt dunia ni.. menelan segala kepahitan asalkan dapat hidup bersama.. bukan mudah nk buat mcm tu.. 
Dan aku teringat kepada kawan perempuan yang baru aku kenali beberapa bulan lepas.. tak pernah jumpa tapi guru yang baik dan cemerlang pada aku.. yang banyak mengajar aku dan memberi penjelasan tentang banyak perkara.. kesabaran.. kepahitan... kebahagiaan.. dan memberi sejelas jelas gambaran bahawa Allah sangat menyayanginya.. dan rupanya Allah menyayangi ku juga kerana memberi kan ku sahabat sepertinya di dunia ini.. selepas keluarga, suami dan anak2 ku, dia antara anugerah terindah buat aku..


Balik pada Ombak Rindu ni, aku kesian pula pada Mila.. Punyalah gila cinta kat Haris tu.. bertahun tahun bercinta dgn Mila, Haris yang ntah apa2 perangai tu, boleh pula bertemu jodoh dgn Izah yang baik .. Membuatkan aku tertanya tanya & terfikir tentang pepatah ini, " Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya.." tak dapat aku rungkai apa yg aku faham dari pepatah ini.. Yang aku faham, kita dipertemukan jodoh dengan manusia yg akan melengkapkan kita.. errmmm.. sulit kan... kalau pasangan tu sama2 tak baik, apa nak jadi kan.. kalau sama2 baik, alhamdulillah.. kalau sorang baik dan sorang lagi sebaliknya, itu takdir..


Ending nya, macam biasa cerita2 lakonan ni, happily ever after... lakonan.. jarang terjadi kt realiti hidup sebenarnya.. Boleh pula Mila menjadi lembut hati dalam kemarahan dan minta cerai walaupun Izah ajak bermadu.. Izah pula, boleh gembira lepas melihat airmata Mila.. Haris pula, no komen.. lelaki.. Kawan aku kata, lelaki ni nakal.. dia faham sifat lelaki yg satu ni, sebab tu dia boleh terima takdir hidup dia.. aku tak faham.. boleh faham cuma amik masa untuk menerima dan mengakui.. 


Kenapa aku tak menangis mcm kawan2 aku yg lain.. maybe sbb aku tak pegi panggung kot.. ke, aku tak masuk dalam movie ni betul2.. atau aku dibayangi oleh rasa tak suka pada Haris, lelaki yang memiliki sikap nakal bak kata kawan aku.. 


Apa2 pun, aku tak rasa teringin nk ulang tengok movie ni lagi.. Orang lain sampai 2 3 kali masuk panggung ulang movie ni.. maybe selera manusia ni lain2..


choowww....sambung keja... (jgn malas walaupun bos takde...)

Wednesday, January 25, 2012

PERLU TAHU . . . .

“CINTA SEJATI, CINTA ABADI BERKEKALAN”
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“Tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.