Thursday, January 26, 2012
OMBAK RINDU...
Pelakon nya Maya Karin, Aaron Aziz , Lisa Surihani..
Malam tadi, aku amik movie ni dari Astro.. Aku tak kesempatan nak tengok kat panggung cerita ni sebab En Hubby aku alergy sket dgn filem sayu2 ni.. Aku, hentam je.. Kutipan minggu pertama masuk panggung RM 6juta tuuu.. takan aku nk lepaskan peluang menonton cerita yang meletop debomm ni kan.. Agaknya, aku orang terakhir yang tengok citer ni kot.. Orang lain siap nangis2 kt panggung lama dulu dah.. tak pelah.. x kesah..
Aku amik cerita ni pd pukul 12 tengah malam.. Hujan.. sejuk.. Time tu, anak bujang aku semua dah lena.. tinggal aku dgn Hubby yang tengah main game kt laptop dia.. Tenang je suasana aku tanpa gangguan sesiapa.. sempat jugak aku kill kill die die 2 ekor nyamuk jantan yg tgh usha2 nk mintak darah aku sket..
Babak mula cerita ni, aku suka .. ringkas, jelas ceritanya.. al maklumlah.. kalau cerita sayu2 ni lembab sket hotak aku nk terima.. Bila Izah mula menangis sebab terpaksa menerima keadaan suaminya akan berkahwin lain, tersentap jugak jiwa aku.. terfikir, ada lagi wanita macam ni kt dunia ni.. menelan segala kepahitan asalkan dapat hidup bersama.. bukan mudah nk buat mcm tu..
Dan aku teringat kepada kawan perempuan yang baru aku kenali beberapa bulan lepas.. tak pernah jumpa tapi guru yang baik dan cemerlang pada aku.. yang banyak mengajar aku dan memberi penjelasan tentang banyak perkara.. kesabaran.. kepahitan... kebahagiaan.. dan memberi sejelas jelas gambaran bahawa Allah sangat menyayanginya.. dan rupanya Allah menyayangi ku juga kerana memberi kan ku sahabat sepertinya di dunia ini.. selepas keluarga, suami dan anak2 ku, dia antara anugerah terindah buat aku..
Balik pada Ombak Rindu ni, aku kesian pula pada Mila.. Punyalah gila cinta kat Haris tu.. bertahun tahun bercinta dgn Mila, Haris yang ntah apa2 perangai tu, boleh pula bertemu jodoh dgn Izah yang baik .. Membuatkan aku tertanya tanya & terfikir tentang pepatah ini, " Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya.." tak dapat aku rungkai apa yg aku faham dari pepatah ini.. Yang aku faham, kita dipertemukan jodoh dengan manusia yg akan melengkapkan kita.. errmmm.. sulit kan... kalau pasangan tu sama2 tak baik, apa nak jadi kan.. kalau sama2 baik, alhamdulillah.. kalau sorang baik dan sorang lagi sebaliknya, itu takdir..
Ending nya, macam biasa cerita2 lakonan ni, happily ever after... lakonan.. jarang terjadi kt realiti hidup sebenarnya.. Boleh pula Mila menjadi lembut hati dalam kemarahan dan minta cerai walaupun Izah ajak bermadu.. Izah pula, boleh gembira lepas melihat airmata Mila.. Haris pula, no komen.. lelaki.. Kawan aku kata, lelaki ni nakal.. dia faham sifat lelaki yg satu ni, sebab tu dia boleh terima takdir hidup dia.. aku tak faham.. boleh faham cuma amik masa untuk menerima dan mengakui..
Kenapa aku tak menangis mcm kawan2 aku yg lain.. maybe sbb aku tak pegi panggung kot.. ke, aku tak masuk dalam movie ni betul2.. atau aku dibayangi oleh rasa tak suka pada Haris, lelaki yang memiliki sikap nakal bak kata kawan aku..
Apa2 pun, aku tak rasa teringin nk ulang tengok movie ni lagi.. Orang lain sampai 2 3 kali masuk panggung ulang movie ni.. maybe selera manusia ni lain2..
choowww....sambung keja... (jgn malas walaupun bos takde...)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment