Siapa tak pernah tengok rama-rama, sila angkat tangan...???? mustahil kan.. kalau tak tengok depan2 mata, mesti kita tengok dalam buku atau main warna2 masa kecik dulu kan...
Kenapa pagi2 ni saya tulis pasal rama-rama... ? Bila kita tengok rama-rama, kita akan memuji betapa cantiknya warna sayap dia.. macam2 warna dan bentuk ada.. kita pun kejar2 dia, tp kita x dapat... kenapa kita kejar dia.. sebab kita rasa dia istimewa dan dia cantik..
Perasan tak, kedudukan mata dan sayap dia.. sayap nya yang warna warni cantik debom tu adalah di belakang dia dan kedudukan matanya di hadapan.. mustahil untuk dia memusingkan kepala nya ke belakang untuk melihat sayapnya sendiri... dan kekawan dia x de kamera untuk snap gambar nya dan tunjuk kt dia perihal sayapnya itu.. maksudnya, dia tak tahu pun dia cantik.. dia x tahu apakah warna sayap dia.. dan dia mesti tertanya tanya kenapa kita memuji dan mengejar nya...
Sebenarnya, saya bukanlah bercerita perihal rama-rama..
Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah :
"kita tidak tahu betapa indah dan istimewanya diri kita. namun begitu, Allah SWT maha mengetahui tentang keindahan dan keistimewaan kita berbanding diri kita sendiri dan orang lain..." kerana hanya DIA yang mengetahui isi seketul daging yang ada dalam badan kita iaitu hati...
Mudah kan.. So, jangan sedih dengan ujian yang menimpa kita kerana DIA telah sediakn jalan untuk kita dan DIA tahu kemampuan kita menghadapi ujian tersebut. Apa tugas kita ialah usaha mencari jalan tersebut dan redha ketika merangkak atau berlari sepanjang jalan itu..dan jangan tinggalkan rasa kesyukuran kepadanya kerana setiap sesuatu ada hikmah sebaliknya ....
Wassalam...
No comments:
Post a Comment