~~ Jangan MENCARI....
~~ Sebaliknya MENJADI...
Wednesday, February 1, 2012
Monday, January 30, 2012
Teringat kat Mak...
Mengapa wanita sering menangis?
JawabNYA: Kerana wanita itu unik.
AKU ciptakan ia sebagai makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
KU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang-orang yang ia sayangi
Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
“WANITA..KAMU ISTIMEWA”
LAGI-LAGI PADA IBU KITA YANG MENGANDUNGKAN KITA SELAMA 9 BULAN.
Pernah tak buat macam nie...
Jika anda pernah buat salah satu nye masa kecil ::
1. buka kipas meja,cakap depan kipas,nak dengar suara bertukar.
2. naik kereta,tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
3. naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle',rasa hebat.
4. masa sekolah,ada orang bagi milo free,lepas ambil sekali, menyamar jadi orang
lain,beratur ambil air lagi.
5. lukis burung guna huruf 'v'.
6. lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni -- ♥
8. tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati
(^____^)
p/s~~ tergelak pulak bila anak2 buat perangai mcm ni.. teringat masa kecik2 dulu..
1. buka kipas meja,cakap depan kipas,nak dengar suara bertukar.
2. naik kereta,tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
3. naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle',rasa hebat.
4. masa sekolah,ada orang bagi milo free,lepas ambil sekali, menyamar jadi orang
lain,beratur ambil air lagi.
5. lukis burung guna huruf 'v'.
6. lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni -- ♥
8. tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati
(^____^)
p/s~~ tergelak pulak bila anak2 buat perangai mcm ni.. teringat masa kecik2 dulu..
Thursday, January 26, 2012
OMBAK RINDU...
Pelakon nya Maya Karin, Aaron Aziz , Lisa Surihani..
Malam tadi, aku amik movie ni dari Astro.. Aku tak kesempatan nak tengok kat panggung cerita ni sebab En Hubby aku alergy sket dgn filem sayu2 ni.. Aku, hentam je.. Kutipan minggu pertama masuk panggung RM 6juta tuuu.. takan aku nk lepaskan peluang menonton cerita yang meletop debomm ni kan.. Agaknya, aku orang terakhir yang tengok citer ni kot.. Orang lain siap nangis2 kt panggung lama dulu dah.. tak pelah.. x kesah..
Aku amik cerita ni pd pukul 12 tengah malam.. Hujan.. sejuk.. Time tu, anak bujang aku semua dah lena.. tinggal aku dgn Hubby yang tengah main game kt laptop dia.. Tenang je suasana aku tanpa gangguan sesiapa.. sempat jugak aku kill kill die die 2 ekor nyamuk jantan yg tgh usha2 nk mintak darah aku sket..
Babak mula cerita ni, aku suka .. ringkas, jelas ceritanya.. al maklumlah.. kalau cerita sayu2 ni lembab sket hotak aku nk terima.. Bila Izah mula menangis sebab terpaksa menerima keadaan suaminya akan berkahwin lain, tersentap jugak jiwa aku.. terfikir, ada lagi wanita macam ni kt dunia ni.. menelan segala kepahitan asalkan dapat hidup bersama.. bukan mudah nk buat mcm tu..
Dan aku teringat kepada kawan perempuan yang baru aku kenali beberapa bulan lepas.. tak pernah jumpa tapi guru yang baik dan cemerlang pada aku.. yang banyak mengajar aku dan memberi penjelasan tentang banyak perkara.. kesabaran.. kepahitan... kebahagiaan.. dan memberi sejelas jelas gambaran bahawa Allah sangat menyayanginya.. dan rupanya Allah menyayangi ku juga kerana memberi kan ku sahabat sepertinya di dunia ini.. selepas keluarga, suami dan anak2 ku, dia antara anugerah terindah buat aku..
Balik pada Ombak Rindu ni, aku kesian pula pada Mila.. Punyalah gila cinta kat Haris tu.. bertahun tahun bercinta dgn Mila, Haris yang ntah apa2 perangai tu, boleh pula bertemu jodoh dgn Izah yang baik .. Membuatkan aku tertanya tanya & terfikir tentang pepatah ini, " Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya.." tak dapat aku rungkai apa yg aku faham dari pepatah ini.. Yang aku faham, kita dipertemukan jodoh dengan manusia yg akan melengkapkan kita.. errmmm.. sulit kan... kalau pasangan tu sama2 tak baik, apa nak jadi kan.. kalau sama2 baik, alhamdulillah.. kalau sorang baik dan sorang lagi sebaliknya, itu takdir..
Ending nya, macam biasa cerita2 lakonan ni, happily ever after... lakonan.. jarang terjadi kt realiti hidup sebenarnya.. Boleh pula Mila menjadi lembut hati dalam kemarahan dan minta cerai walaupun Izah ajak bermadu.. Izah pula, boleh gembira lepas melihat airmata Mila.. Haris pula, no komen.. lelaki.. Kawan aku kata, lelaki ni nakal.. dia faham sifat lelaki yg satu ni, sebab tu dia boleh terima takdir hidup dia.. aku tak faham.. boleh faham cuma amik masa untuk menerima dan mengakui..
Kenapa aku tak menangis mcm kawan2 aku yg lain.. maybe sbb aku tak pegi panggung kot.. ke, aku tak masuk dalam movie ni betul2.. atau aku dibayangi oleh rasa tak suka pada Haris, lelaki yang memiliki sikap nakal bak kata kawan aku..
Apa2 pun, aku tak rasa teringin nk ulang tengok movie ni lagi.. Orang lain sampai 2 3 kali masuk panggung ulang movie ni.. maybe selera manusia ni lain2..
choowww....sambung keja... (jgn malas walaupun bos takde...)
Wednesday, January 25, 2012
PERLU TAHU . . . .
“CINTA SEJATI, CINTA ABADI BERKEKALAN”
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah,memang dia tidak mampu mengawal perasaannyatapi percayalah, itulah maknanyadia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan andadan masih menganggap anda anak kecilyang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,dia benar-benar maksudkannya.Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata,“Tolong tinggalkan saya!”,dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.Apabila dia kembali tenang,percayalah dia akan mencari anda semula.Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup andakerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahajatetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong andadan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.
JIKA ALLAH BELUM MAKBULKAN DOA MU...
Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, aku terima kaktus berduri…
Aku minta pada Allah binatang yang comel dan cantik, aku terima ulat bulu…
Aku sedih, protes, kecewa, betapa tidak adilnya ini…
Aku minta pada Allah binatang yang comel dan cantik, aku terima ulat bulu…
Aku sedih, protes, kecewa, betapa tidak adilnya ini…
Namun kemudian…
Kaktus itu berbunga sangat cantik, Ulat itu membesar dan berubah menjadi rama-rama yang sangat cantik.
Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan petir, puas kita menangis mencari dimanakah matahari?? “: Ternyata Allah ingin hadiahkan kita pelangi
Itulah jalan Allah, indah pada waktunya Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.
Jika kita meminta ikan paus, Allah kasi samudera dengan ombak yang besar…
Kalau kita minta kekayaan, Allah kasih kemiskinan yang tegar agar kita boleh kaya hasil usaha sendiri.
Kalau kita minta jadi orang berjaya, Allah terus kasi Masalah supaya kita berjaya menyelesaikannya
Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka…, tetapi mana tahu Allah telah memberi sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita
Yakin sahaja kepada Allah… Berusaha.. Jangan hanya berdoa sahaja kerana Allah hanya memberi fasaliti, kita yang memanfaatkan fasiliti tersebut.
Yakin saja kepada Allah kerana setiap masalah Insya Allah dapat diselesaikan jika kita berusaha.
Dan syukurilah apa yang kita punya.Jangan menunggu bahagia baru bersyukur, tapi bersyukurlah, maka kita akan bahagia..
Sabda Rasulallah Saw:
“Tidak ada seorang muslim yang berdoa melainkan akan dikabulkan, adakalanya disegerakan di dunia, adakalanya disimpankan untuknya di akhirat. Dan ada kalanya digunakan untuk menghapuskan dosa-dosanya sesuai dengan kadar doa yang ia ucapkan selama ia tidak berdoa untuk dosa atau memutuskan tali persaudaraan”.” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)
Subscribe to:
Posts (Atom)

