Friday, January 20, 2012

KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG..RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI...

Pernah dengar pepatah ini kan.. kenapa terciptanya pepatah ini.. Sebagai orang melayu, kita percaya bahawa setiap pepatah dan peribahasa yang dicipta mempunyai maksud tersirat dan melambangkan keindahan maknanya.. 


Dalami maksudnya...
" Tidak menyangka Kebahagiaan yang kita kecapi tidak berkekalan .."


Kebahagiaan digambarkan sebagai "Panas" dan Kehancuran pula dinamakan sebagai "Hujan"... 
Secara logiknya, bolehkan panas berkekalan tanpa hadirnya hujan...? Panas berpanjangan tanpa hadirnya hujan pasti akan mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan.. 
Ketika itulah titisan air yang digelar Hujan akan muncul dan memainkan peranan nya.. Dan kehadiran Hujan pasti juga bukanlah selamanya.. Pasti akan muncul kembali Panas, dan kadangkala disertakan dengan Pelangi sebagai penyeri.
Itu adalah aturan cuaca yang telah ditentukan sejak azali lagi. Panas dan Hujan memainkan peranannya tersendiri dan mempunyai kepentingan kepada kehidupan.. Mudah kan.. 


Begitulah juga dengan kehidupan kita yang sementara ini.. Kita tidak akan dapat mengekalkan kebahagiaan yang kita miliki..  Harus kita akui, bagaimana aturan Panas dan Hujan yang telah ditentukan sejak azali itu, begitulah juga dengan kehidupan yang penuh suka duka ini.. Jangan terlalu mengharapkan kebahagiaan akan berkekalan kerana kita akan kecewa pabila ianya berakhir.. dan ketika itulah baru kita merasakan bahawa kebahagiaan yang kita nikmati selama ini rupa-rupanya adalah racun yang amat berbisa.. 


Bila tibanya saat itu, percaya dan redha kepada ketentuan nya adalah penawarnya.. Hanya DIA yang mengetahui aturan hidup kita sepertimana dia mengetahui aturan Panas dan Hujan termasuk juga pelangi.. Hanya DIA yang maha mengetahui bila dan di mana kebahagiaan kita bermula dan berakhir.. Dan hanya DIA yang berkuasa menyediakan jalan untuk kita merangkak, berdiri dan seterusnya berlari..


Hanya DIA ...



STRONG...

U NEVER  KNOW HOW STRONG YOU ARE,
UNTIL BEING STRONG IS THE ONLY CHOICE YOU HAVE...

Monday, January 16, 2012

MESEJ RAKYAT KEPADA RAKYAT (UNDI)...

Adakah anda seorang warganegara Malaysia?
Ya.

Telah mencapai umur 21 tahun?
Ya, tua tua tua.

Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan?
Ya, eh… ke manakah soalan ini membawa kita.

Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa?
Ya! Oh boleh daftar mengundikan?!

Tepat sekali, marilah mari, pilih dan undi!

Apabila anda mencecah umur 21 tahun, bukan sahaja anda menerima kek berbentuk kunci, bukan sahaja anda boleh claim insurans kalau langgar divider jalan, bukan sahaja anda boleh membuat keputusan tanpa kebenaran ibu bapa, malah anda boleh pilih siapa anda mahu wakilkan suara anda di Dewan Rakyat /Dewan Undangan Negeri melalui undian pilihanraya. Sungguh terasa kedewasaannya.

Jadi siapa yang nak menguruskan perihal pendaftaran dan pilihanrayanya sekaligus? Pastilah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, cekap dan telus!

“Urusan pendaftaran ini telah dilaksanakan oleh SPR semenjak ia ditubuhkan tanpa gagal. Urusan yang dahulunya dilakukan secara bermusim iaitu setahun sekali selama antara 21 hingga 42 hari, kini dibuka SETIAP HARI untuk sepanjang tahun sejak 16 Julai 2002.”

Jadi sekarang dah boleh daftar bila-bila anda kelapangan. I tahu, ada yang tua bangka tapi tak daftar lagi kan? Beria gebang kedai kopi tapi tak undi. Betapa ruginya, satu undi itu tidak dimanfaatkan untuk mengubah nasib penduduk setempat. Tak nampak signifikasinya satu undi dari anda itu? Bak kata Dalai Lama, “If you think you are too small to make a difference, try sleeping with a mosquito in the room.” 




 Mengundi patut dilihat sebagai satu tanggungjawab. Tanggungjawab untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya. Andai anda tidak mengundi dan daerah anda jatuh kepada tangan yang zalim, mungkin tidak mengapa kalau anda seorang yang suffer. Tapi realitinya, tidak. Anda tidak mengundi, tak mempraktiskan hak anda, boleh rosak susu sebelanga terus takde siapa dapat kalsium.


Andai anda tak tahu, SPR ada website tersendiri, jadi silalah lawati untuk tahu cara mendaftar, senarai tempat mendaftar, nak semak status pendaftaran dan pelbagai perihal lain pilihanraya.




Tambahkan pengetahuan dari kotak hebahan dan berita SPR. Dan boleh check online status anda sebagai pendaftar juga!


SO, JANGAN BACA JE...SILA LA BUAT...

ANDA TAKAN PERCAYA BETAPA AJAIBNYA SATU UNDI YANG ANDA BERIKAN..


Friday, January 13, 2012

MENCARI P E L A N G I . . . .





Tidak bermakna jika siang tanpa matahari dan bulan pula pastinya menghiasi kesuraman malam... mahu atau tidak, itulah rutin bulan dan matahari..


PELANGI...


Kita tak pernah bertanya, mana pelangi.. kenapa ada pelangi..


Pelangi tidak memberikan makna selain dari menunjukkan keagungan ciptaan yang maha Esa... ia hanya memberikan ketenangan kepada sesiapa yang melihatnya, melalui keindahan warna nya..


Bila ada pelangi, kita akan leka melihatnya dan menikmati keindahan warnanya kerana kita tahu, saat untuk menikmati keindahannya itu tidak kekal lama.. ianya pasti akan pergi dan tidak menjanjikan waktu untuk kembali...
dan kita terpaksa akur dengan aturan itu...


bila tiada pelangi, rindu untuk melihatnya lagi akan bertandang dan kita tertanya-tanya.. mana pelangi.. dah lama tak nampak pelangi..kan best kalau ada pelangi.. 


tapi apakan daya, kita tidak boleh memaksanya untuk datang kepada kita...


Pelangi mengajar kita supaya jangan berharap untuk melihatnya lagi kerana tiada apa yang dapat menjanjikan akan kemunculan nya lagi ... Apa yang pasti, ia tetap wujud walaupun bukan bersama kita..





Wednesday, January 11, 2012

Rama-rama..



Siapa tak pernah tengok rama-rama, sila angkat tangan...???? mustahil kan.. kalau tak tengok depan2 mata, mesti kita tengok dalam buku atau main warna2 masa kecik dulu kan...


Kenapa pagi2 ni saya tulis pasal rama-rama... ? Bila kita tengok rama-rama, kita akan memuji betapa cantiknya warna sayap dia.. macam2 warna dan bentuk ada.. kita pun kejar2 dia, tp kita x dapat... kenapa kita kejar dia.. sebab kita rasa dia istimewa dan dia cantik..


Perasan tak, kedudukan mata dan sayap dia.. sayap nya yang warna warni cantik debom tu adalah di belakang dia dan kedudukan matanya di hadapan.. mustahil untuk dia memusingkan kepala nya ke belakang untuk melihat sayapnya sendiri... dan kekawan dia x de kamera untuk snap gambar nya dan tunjuk kt dia perihal sayapnya itu.. maksudnya, dia tak tahu pun dia cantik.. dia x tahu apakah warna sayap dia.. dan dia mesti tertanya tanya kenapa kita memuji dan mengejar  nya...


Sebenarnya, saya bukanlah bercerita perihal rama-rama.. 


Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah :
"kita tidak tahu betapa indah dan istimewanya diri kita. namun begitu, Allah SWT maha mengetahui tentang keindahan dan keistimewaan kita berbanding diri kita sendiri dan orang lain..." kerana hanya DIA yang mengetahui isi seketul daging yang ada dalam badan kita iaitu hati...

Mudah kan.. So, jangan sedih dengan ujian yang menimpa kita kerana DIA telah sediakn jalan untuk kita dan DIA  tahu kemampuan kita menghadapi ujian tersebut. Apa tugas kita ialah usaha mencari jalan tersebut dan redha ketika merangkak atau berlari sepanjang jalan itu..dan jangan tinggalkan rasa kesyukuran kepadanya kerana setiap sesuatu ada hikmah sebaliknya ....

Wassalam...

Tuesday, January 10, 2012

Sepi yang indah...


Hakikatnya tiada siapa yang inginkan perasaan sepi itu, walau sejauh mana kita nak lari darinya ia tetap ada, perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti kehilangannya jua suatu hari nanti atau kukuhkan sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai?
Tatkala anda tidak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah sepi itu indah. Ketika anda tidak pasti untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri, itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi. Kala itu sepi lebih indah dari sebarang bunyi.

Meninggalkan kepada yang pasti dan memulakan yang baru pasti lebih baik dari menanti yang kenyataanya tak akan datang.
Jika anda terus berteka-teki sedang teka-teki itu tidak akan anda temui jawapannya, ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat.

Namun indahnya nikmat sepi itu jika bersulam kasih dan sayang kepada yang satu.
Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela dengan tidak, “walau kau lebih tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu jua aku tak dapat melupakanmu, yang hakikatnya amat payah kita buang kerana kau telah lama bertakhta di hati” namun itu tidak cukup untuk kita meneruskan perhubungan ini lagi.

Perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan. Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan, adalah lebih baik melangkah pergi.
Adakalanya kita perlu melangkat kebelakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke depan. Adakalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan.
Katakan, “Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cinta yang aku dapat, kenapa ada derita bila bahagia tercipta, mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan, aku pergi tanpa dendam, terima kekalahanku.”
Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati dan merindui.
Cinta itu indah apabila ada urusan beri dan ambil. Jika hanya anda yang memberi dan dia tidak sudi semua urusan akan menjadi payah.
Tidak perlu merayu pada orang yang tidak sudi. Hati ini milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ.

Sepi itu indah buat yang mengerti dan menyedari, walau derita yang ditanggung terkadang sepi itu membuat anda tenteram, mengajak hati anda menghayati setiap kejadian yang berlaku, bukan sepi yang membuat anda sengsara namun sepi akan menyedarkan anda yang dunia ini tidak selalu indah pasti ada duri-duri didalam setiap cerita yang ada di hati kita.
Sepi itu terkadang boleh membuat anda terlena dalam mengapai apa yang ingin hati miliki, hati ini telah membuat anda sepi dalam segala-galanya namun sepi itu membuat anda tenang dan membuat anda tersenyum walau terjatuh beribu kali , anda tetap bahagia kerana itu sepi adalah penawar kepada segalanya dan anda harus mengikhlaskan hati kepada sepi.
Sepi mengajak tangan kita agar mengambil atau mengutip setiap yang berharga di teratak hati kita. Didalam solat yang kita lakukan sepi jua yang membuat kita mengingati padaNYA, tidak salah menyepi yang penting didalam hati kita sentiasa mengingati Allah swt.

Semoga sepi itu mengajak kita kejalan kebenaran, bukannya mengajak kita jauh dari jalan yang sebenarnya, mengingati Allah swt lebih berharga dari sejuta sepi yang ada pada hati kita, kerana itu sepi yang indah pasti akan lebih bererti jika didalamnya penuh dengan nama-nama Allah swt, ucapkanlah dikala sepi mahupun kecewa, nikmatnya lebih berharga dari segalanya .

Friday, December 2, 2011

Haiwan tanya.. " KITA NI HAIWAN KE.."




Kisah semalam... 
Sambil aku buat keja dalam ofis aku ni, tetiba Abg Yus dari QS dept datang duduk depan aku... Dia tanya,.."Ju, nak dengar cerita tak.." 
aku jawab.." panjang ke citernya...?".. "nope... 5 minit jer.." dia jawab... sbb 5 minit tu, aku pun setuju nk dengar cerita dia...


Dia pun mula bercerita..
Pada suatu hari...(ala2 citer kanak2 ...) semua haiwan di dalam hutan mengadakan mesyuarat.. semua haiwan menghadirinya kecuali anjing yg tak sampai2 lagi... sebelum mesyuarat bermula, mereka berbincang, siapa nk menjadi pengerusi mesyuarat ni.. masing2 berebut nk jadi pengerusi... ketua haiwan, sang singa pun bagi idea, "apa kata kita panggil orang tua yg tengah bertapa dalam gua tu utk menjadi pengerusi mesyuarat kita ni.. .." semua haiwan setuju sebulat suara (dorg angkat tangan kot...) 


bila sampai kepada orang tua itu, singa pun tanya.."kenapa kau manusia, kami haiwan...?" orang tua tu menjawab, " sebab aku boleh bancuh air kopi dan makan biskut bila aku lapar, kau tak boleh.."
singa pun terdiam, sambil berfikir...betul lah tu... manusia ada akal... sebab tu tinggi darjatnya manusia ni...


sedang mereka bermesyuarat, ( tak diberitahu pula apa agenda nya..) sang anjing pun sampai sambil termengah mengah sebab berlari, nak cepat sampai kekonon nya.. 


Sang singa bertanya kepada anjing kenapa lewat... 
anjing menjawab.."saya kena ikat kat pagar, tuan saya ikat kt pagar sebab dia kata saya ni haiwan... tapi saya pelik, kalau saya haiwan dan tuan saya manusia, kenapa cara tuan saya lebih teruk dari cara saya... haiwan, kita bergaduh dan memburu mengikut musim.. kalau lapar, kita bergaduh, kenyang kita diam.. manusia ni, mereka tak bermusim.. setiap masa mereka bergaduh, memburu sesama mereka dan menikam sesama mereka... saya pernah terdengar kawan saya di hujung jalan sana bercerita kepada saya, dia nampak manusia membuang anak yang masih kecil lagi... kawan saya pun tak tau kenapa anak tu kena buang sebab itu bukan anak haiwan, tapi anak manusia... sedangkan kita tidak membuang anak... jadi, sampai sekarang saya masih berfikir, apa beza saya dengan tuan saya yang bergelar manusia tu...."


semua haiwan2 yang ada di situ hanya berdiam diri sambil mendengar cerita anjing tadi.. betul apa yang anjing cerita sebab anjing adalah haiwan yang paling rapat dengan manusia dan dia tahu semua perangai manusia... orang tua yang menjadi pengerusi mesyuarat itu hanya terdiam sahaja kerana malunya dia mendengar kata-kata anjing itu..


end of story....
huh... aku leka jugak dengar cerita tu.... tapi benarlah apa yang anjing tu kata...


p/s ~~ kalaulah haiwan boleh berkata kata...