Monday, January 30, 2012

Teringat kat Mak...

Mengapa wanita sering menangis?
JawabNYA: Kerana wanita itu unik.

AKU ciptakan ia sebagai makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
KU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang-orang yang ia sayangi

Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA..KAMU ISTIMEWA”
LAGI-LAGI PADA IBU KITA YANG MENGANDUNGKAN KITA SELAMA 9 BULAN.

Pernah tak buat macam nie...

Jika anda pernah buat salah satu nye masa kecil ::

1. buka kipas meja,cakap depan kipas,nak dengar suara bertukar.

2. naik kereta,tengok bulan & ingat bulan ikut kita.

3. naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle',rasa hebat.

4. masa sekolah,ada orang bagi milo free,lepas ambil sekali, menyamar jadi orang
lain,beratur ambil air lagi.

5. lukis burung guna huruf 'v'.

6. lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7. masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni -- ♥

8. tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati

(^____^)



p/s~~ tergelak pulak bila anak2 buat perangai mcm ni.. teringat masa kecik2 dulu..

Thursday, January 26, 2012

kelakar kannn....

OMBAK RINDU...


Pelakon nya Maya Karin, Aaron Aziz , Lisa Surihani..


Malam tadi, aku amik movie ni dari Astro.. Aku tak kesempatan nak tengok kat panggung cerita ni sebab En Hubby  aku alergy sket dgn filem sayu2 ni.. Aku, hentam je.. Kutipan minggu pertama masuk panggung RM 6juta tuuu.. takan aku nk lepaskan peluang menonton cerita yang meletop debomm ni kan.. Agaknya, aku orang terakhir yang tengok citer ni kot.. Orang lain siap nangis2 kt panggung lama dulu dah.. tak pelah.. x kesah..


Aku amik cerita ni pd pukul 12 tengah malam.. Hujan.. sejuk.. Time tu, anak bujang aku semua dah lena.. tinggal aku dgn Hubby yang tengah main game kt laptop dia.. Tenang je suasana aku tanpa gangguan sesiapa.. sempat jugak aku kill kill die die 2 ekor nyamuk jantan yg tgh usha2 nk mintak darah aku sket.. 


Babak mula cerita ni, aku suka .. ringkas, jelas ceritanya.. al maklumlah..  kalau cerita sayu2 ni lembab sket hotak aku nk terima.. Bila Izah mula menangis sebab terpaksa menerima keadaan suaminya akan berkahwin lain, tersentap jugak jiwa aku.. terfikir, ada lagi wanita macam ni kt dunia ni.. menelan segala kepahitan asalkan dapat hidup bersama.. bukan mudah nk buat mcm tu.. 
Dan aku teringat kepada kawan perempuan yang baru aku kenali beberapa bulan lepas.. tak pernah jumpa tapi guru yang baik dan cemerlang pada aku.. yang banyak mengajar aku dan memberi penjelasan tentang banyak perkara.. kesabaran.. kepahitan... kebahagiaan.. dan memberi sejelas jelas gambaran bahawa Allah sangat menyayanginya.. dan rupanya Allah menyayangi ku juga kerana memberi kan ku sahabat sepertinya di dunia ini.. selepas keluarga, suami dan anak2 ku, dia antara anugerah terindah buat aku..


Balik pada Ombak Rindu ni, aku kesian pula pada Mila.. Punyalah gila cinta kat Haris tu.. bertahun tahun bercinta dgn Mila, Haris yang ntah apa2 perangai tu, boleh pula bertemu jodoh dgn Izah yang baik .. Membuatkan aku tertanya tanya & terfikir tentang pepatah ini, " Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya.." tak dapat aku rungkai apa yg aku faham dari pepatah ini.. Yang aku faham, kita dipertemukan jodoh dengan manusia yg akan melengkapkan kita.. errmmm.. sulit kan... kalau pasangan tu sama2 tak baik, apa nak jadi kan.. kalau sama2 baik, alhamdulillah.. kalau sorang baik dan sorang lagi sebaliknya, itu takdir..


Ending nya, macam biasa cerita2 lakonan ni, happily ever after... lakonan.. jarang terjadi kt realiti hidup sebenarnya.. Boleh pula Mila menjadi lembut hati dalam kemarahan dan minta cerai walaupun Izah ajak bermadu.. Izah pula, boleh gembira lepas melihat airmata Mila.. Haris pula, no komen.. lelaki.. Kawan aku kata, lelaki ni nakal.. dia faham sifat lelaki yg satu ni, sebab tu dia boleh terima takdir hidup dia.. aku tak faham.. boleh faham cuma amik masa untuk menerima dan mengakui.. 


Kenapa aku tak menangis mcm kawan2 aku yg lain.. maybe sbb aku tak pegi panggung kot.. ke, aku tak masuk dalam movie ni betul2.. atau aku dibayangi oleh rasa tak suka pada Haris, lelaki yang memiliki sikap nakal bak kata kawan aku.. 


Apa2 pun, aku tak rasa teringin nk ulang tengok movie ni lagi.. Orang lain sampai 2 3 kali masuk panggung ulang movie ni.. maybe selera manusia ni lain2..


choowww....sambung keja... (jgn malas walaupun bos takde...)

Wednesday, January 25, 2012

PERLU TAHU . . . .

“CINTA SEJATI, CINTA ABADI BERKEKALAN”
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“Tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

JIKA ALLAH BELUM MAKBULKAN DOA MU...

Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, aku terima kaktus berduri…
Aku minta pada Allah binatang yang comel dan cantik, aku terima ulat bulu…
Aku sedih, protes, kecewa, betapa tidak adilnya ini…
Namun kemudian…
Kaktus itu berbunga sangat cantik, Ulat itu membesar dan berubah menjadi rama-rama yang sangat cantik.
Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan petir, puas kita menangis mencari dimanakah matahari?? “: Ternyata Allah ingin hadiahkan kita pelangi
Itulah jalan Allah, indah pada waktunya Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.
Jika kita meminta ikan paus, Allah kasi samudera dengan ombak yang besar…
Kalau kita minta kekayaan, Allah kasih kemiskinan yang tegar agar kita boleh kaya hasil usaha sendiri.
Kalau kita minta jadi orang berjaya, Allah terus kasi Masalah supaya kita berjaya menyelesaikannya
Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka…, tetapi mana tahu Allah telah memberi sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita
Yakin sahaja kepada Allah… Berusaha.. Jangan hanya berdoa sahaja kerana Allah hanya memberi fasaliti, kita yang memanfaatkan fasiliti tersebut.
Yakin saja kepada Allah kerana setiap masalah Insya Allah dapat diselesaikan jika kita berusaha.
Dan syukurilah apa yang kita punya.Jangan menunggu bahagia baru bersyukur, tapi bersyukurlah, maka kita akan bahagia..
Sabda Rasulallah Saw:
“Tidak ada seorang muslim yang berdoa melainkan akan dikabulkan, adakalanya disegerakan di dunia, adakalanya disimpankan untuknya di akhirat. Dan ada kalanya digunakan untuk menghapuskan dosa-dosanya sesuai dengan kadar doa yang ia ucapkan selama ia tidak berdoa untuk dosa atau memutuskan tali persaudaraan”.
” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)

Friday, January 20, 2012

KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG..RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI...

Pernah dengar pepatah ini kan.. kenapa terciptanya pepatah ini.. Sebagai orang melayu, kita percaya bahawa setiap pepatah dan peribahasa yang dicipta mempunyai maksud tersirat dan melambangkan keindahan maknanya.. 


Dalami maksudnya...
" Tidak menyangka Kebahagiaan yang kita kecapi tidak berkekalan .."


Kebahagiaan digambarkan sebagai "Panas" dan Kehancuran pula dinamakan sebagai "Hujan"... 
Secara logiknya, bolehkan panas berkekalan tanpa hadirnya hujan...? Panas berpanjangan tanpa hadirnya hujan pasti akan mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan.. 
Ketika itulah titisan air yang digelar Hujan akan muncul dan memainkan peranan nya.. Dan kehadiran Hujan pasti juga bukanlah selamanya.. Pasti akan muncul kembali Panas, dan kadangkala disertakan dengan Pelangi sebagai penyeri.
Itu adalah aturan cuaca yang telah ditentukan sejak azali lagi. Panas dan Hujan memainkan peranannya tersendiri dan mempunyai kepentingan kepada kehidupan.. Mudah kan.. 


Begitulah juga dengan kehidupan kita yang sementara ini.. Kita tidak akan dapat mengekalkan kebahagiaan yang kita miliki..  Harus kita akui, bagaimana aturan Panas dan Hujan yang telah ditentukan sejak azali itu, begitulah juga dengan kehidupan yang penuh suka duka ini.. Jangan terlalu mengharapkan kebahagiaan akan berkekalan kerana kita akan kecewa pabila ianya berakhir.. dan ketika itulah baru kita merasakan bahawa kebahagiaan yang kita nikmati selama ini rupa-rupanya adalah racun yang amat berbisa.. 


Bila tibanya saat itu, percaya dan redha kepada ketentuan nya adalah penawarnya.. Hanya DIA yang mengetahui aturan hidup kita sepertimana dia mengetahui aturan Panas dan Hujan termasuk juga pelangi.. Hanya DIA yang maha mengetahui bila dan di mana kebahagiaan kita bermula dan berakhir.. Dan hanya DIA yang berkuasa menyediakan jalan untuk kita merangkak, berdiri dan seterusnya berlari..


Hanya DIA ...



STRONG...

U NEVER  KNOW HOW STRONG YOU ARE,
UNTIL BEING STRONG IS THE ONLY CHOICE YOU HAVE...

Monday, January 16, 2012

MESEJ RAKYAT KEPADA RAKYAT (UNDI)...

Adakah anda seorang warganegara Malaysia?
Ya.

Telah mencapai umur 21 tahun?
Ya, tua tua tua.

Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan?
Ya, eh… ke manakah soalan ini membawa kita.

Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa?
Ya! Oh boleh daftar mengundikan?!

Tepat sekali, marilah mari, pilih dan undi!

Apabila anda mencecah umur 21 tahun, bukan sahaja anda menerima kek berbentuk kunci, bukan sahaja anda boleh claim insurans kalau langgar divider jalan, bukan sahaja anda boleh membuat keputusan tanpa kebenaran ibu bapa, malah anda boleh pilih siapa anda mahu wakilkan suara anda di Dewan Rakyat /Dewan Undangan Negeri melalui undian pilihanraya. Sungguh terasa kedewasaannya.

Jadi siapa yang nak menguruskan perihal pendaftaran dan pilihanrayanya sekaligus? Pastilah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, cekap dan telus!

“Urusan pendaftaran ini telah dilaksanakan oleh SPR semenjak ia ditubuhkan tanpa gagal. Urusan yang dahulunya dilakukan secara bermusim iaitu setahun sekali selama antara 21 hingga 42 hari, kini dibuka SETIAP HARI untuk sepanjang tahun sejak 16 Julai 2002.”

Jadi sekarang dah boleh daftar bila-bila anda kelapangan. I tahu, ada yang tua bangka tapi tak daftar lagi kan? Beria gebang kedai kopi tapi tak undi. Betapa ruginya, satu undi itu tidak dimanfaatkan untuk mengubah nasib penduduk setempat. Tak nampak signifikasinya satu undi dari anda itu? Bak kata Dalai Lama, “If you think you are too small to make a difference, try sleeping with a mosquito in the room.” 




 Mengundi patut dilihat sebagai satu tanggungjawab. Tanggungjawab untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya. Andai anda tidak mengundi dan daerah anda jatuh kepada tangan yang zalim, mungkin tidak mengapa kalau anda seorang yang suffer. Tapi realitinya, tidak. Anda tidak mengundi, tak mempraktiskan hak anda, boleh rosak susu sebelanga terus takde siapa dapat kalsium.


Andai anda tak tahu, SPR ada website tersendiri, jadi silalah lawati untuk tahu cara mendaftar, senarai tempat mendaftar, nak semak status pendaftaran dan pelbagai perihal lain pilihanraya.




Tambahkan pengetahuan dari kotak hebahan dan berita SPR. Dan boleh check online status anda sebagai pendaftar juga!


SO, JANGAN BACA JE...SILA LA BUAT...

ANDA TAKAN PERCAYA BETAPA AJAIBNYA SATU UNDI YANG ANDA BERIKAN..


Friday, January 13, 2012

MENCARI P E L A N G I . . . .





Tidak bermakna jika siang tanpa matahari dan bulan pula pastinya menghiasi kesuraman malam... mahu atau tidak, itulah rutin bulan dan matahari..


PELANGI...


Kita tak pernah bertanya, mana pelangi.. kenapa ada pelangi..


Pelangi tidak memberikan makna selain dari menunjukkan keagungan ciptaan yang maha Esa... ia hanya memberikan ketenangan kepada sesiapa yang melihatnya, melalui keindahan warna nya..


Bila ada pelangi, kita akan leka melihatnya dan menikmati keindahan warnanya kerana kita tahu, saat untuk menikmati keindahannya itu tidak kekal lama.. ianya pasti akan pergi dan tidak menjanjikan waktu untuk kembali...
dan kita terpaksa akur dengan aturan itu...


bila tiada pelangi, rindu untuk melihatnya lagi akan bertandang dan kita tertanya-tanya.. mana pelangi.. dah lama tak nampak pelangi..kan best kalau ada pelangi.. 


tapi apakan daya, kita tidak boleh memaksanya untuk datang kepada kita...


Pelangi mengajar kita supaya jangan berharap untuk melihatnya lagi kerana tiada apa yang dapat menjanjikan akan kemunculan nya lagi ... Apa yang pasti, ia tetap wujud walaupun bukan bersama kita..





Wednesday, January 11, 2012

Rama-rama..



Siapa tak pernah tengok rama-rama, sila angkat tangan...???? mustahil kan.. kalau tak tengok depan2 mata, mesti kita tengok dalam buku atau main warna2 masa kecik dulu kan...


Kenapa pagi2 ni saya tulis pasal rama-rama... ? Bila kita tengok rama-rama, kita akan memuji betapa cantiknya warna sayap dia.. macam2 warna dan bentuk ada.. kita pun kejar2 dia, tp kita x dapat... kenapa kita kejar dia.. sebab kita rasa dia istimewa dan dia cantik..


Perasan tak, kedudukan mata dan sayap dia.. sayap nya yang warna warni cantik debom tu adalah di belakang dia dan kedudukan matanya di hadapan.. mustahil untuk dia memusingkan kepala nya ke belakang untuk melihat sayapnya sendiri... dan kekawan dia x de kamera untuk snap gambar nya dan tunjuk kt dia perihal sayapnya itu.. maksudnya, dia tak tahu pun dia cantik.. dia x tahu apakah warna sayap dia.. dan dia mesti tertanya tanya kenapa kita memuji dan mengejar  nya...


Sebenarnya, saya bukanlah bercerita perihal rama-rama.. 


Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah :
"kita tidak tahu betapa indah dan istimewanya diri kita. namun begitu, Allah SWT maha mengetahui tentang keindahan dan keistimewaan kita berbanding diri kita sendiri dan orang lain..." kerana hanya DIA yang mengetahui isi seketul daging yang ada dalam badan kita iaitu hati...

Mudah kan.. So, jangan sedih dengan ujian yang menimpa kita kerana DIA telah sediakn jalan untuk kita dan DIA  tahu kemampuan kita menghadapi ujian tersebut. Apa tugas kita ialah usaha mencari jalan tersebut dan redha ketika merangkak atau berlari sepanjang jalan itu..dan jangan tinggalkan rasa kesyukuran kepadanya kerana setiap sesuatu ada hikmah sebaliknya ....

Wassalam...

Tuesday, January 10, 2012

Sepi yang indah...


Hakikatnya tiada siapa yang inginkan perasaan sepi itu, walau sejauh mana kita nak lari darinya ia tetap ada, perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti kehilangannya jua suatu hari nanti atau kukuhkan sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai?
Tatkala anda tidak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah sepi itu indah. Ketika anda tidak pasti untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri, itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi. Kala itu sepi lebih indah dari sebarang bunyi.

Meninggalkan kepada yang pasti dan memulakan yang baru pasti lebih baik dari menanti yang kenyataanya tak akan datang.
Jika anda terus berteka-teki sedang teka-teki itu tidak akan anda temui jawapannya, ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat.

Namun indahnya nikmat sepi itu jika bersulam kasih dan sayang kepada yang satu.
Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela dengan tidak, “walau kau lebih tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu jua aku tak dapat melupakanmu, yang hakikatnya amat payah kita buang kerana kau telah lama bertakhta di hati” namun itu tidak cukup untuk kita meneruskan perhubungan ini lagi.

Perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan. Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan, adalah lebih baik melangkah pergi.
Adakalanya kita perlu melangkat kebelakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke depan. Adakalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan.
Katakan, “Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cinta yang aku dapat, kenapa ada derita bila bahagia tercipta, mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan, aku pergi tanpa dendam, terima kekalahanku.”
Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati dan merindui.
Cinta itu indah apabila ada urusan beri dan ambil. Jika hanya anda yang memberi dan dia tidak sudi semua urusan akan menjadi payah.
Tidak perlu merayu pada orang yang tidak sudi. Hati ini milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ.

Sepi itu indah buat yang mengerti dan menyedari, walau derita yang ditanggung terkadang sepi itu membuat anda tenteram, mengajak hati anda menghayati setiap kejadian yang berlaku, bukan sepi yang membuat anda sengsara namun sepi akan menyedarkan anda yang dunia ini tidak selalu indah pasti ada duri-duri didalam setiap cerita yang ada di hati kita.
Sepi itu terkadang boleh membuat anda terlena dalam mengapai apa yang ingin hati miliki, hati ini telah membuat anda sepi dalam segala-galanya namun sepi itu membuat anda tenang dan membuat anda tersenyum walau terjatuh beribu kali , anda tetap bahagia kerana itu sepi adalah penawar kepada segalanya dan anda harus mengikhlaskan hati kepada sepi.
Sepi mengajak tangan kita agar mengambil atau mengutip setiap yang berharga di teratak hati kita. Didalam solat yang kita lakukan sepi jua yang membuat kita mengingati padaNYA, tidak salah menyepi yang penting didalam hati kita sentiasa mengingati Allah swt.

Semoga sepi itu mengajak kita kejalan kebenaran, bukannya mengajak kita jauh dari jalan yang sebenarnya, mengingati Allah swt lebih berharga dari sejuta sepi yang ada pada hati kita, kerana itu sepi yang indah pasti akan lebih bererti jika didalamnya penuh dengan nama-nama Allah swt, ucapkanlah dikala sepi mahupun kecewa, nikmatnya lebih berharga dari segalanya .