Pernah merasa putus cinta?Mesti pernahnya kut… kalau pernah, I would say BAGUS!
Kalau tak pernah maknanya anda belum lagi mengenal erti kehidupan percintaan yang sebenarnya.
As
always, kita di sini, bukan untuk meminta perkara buruk itu berlaku
atau mendoakan kecelakaan sebaliknya, kita mahu menimba pengalaman dan
mengetahui sedikit pengetahuan yang mungkin dapat membantu untuk
mematangkan diri di dalam menangani soal kehidupan di dalam percintaan.
Cuba kita tanya,
“Mengapa Allah berikan kegagalan cinta kepada kita?
Mengapa Tuhan membiarkan kita putus cinta dengan orang yang kita amat sayangi?”
Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini?
In my humble opinion,
Tuhan
berikan kegagalan cinta dan takdir putus cinta itu adalah kerana Dia
mahu kita belajar dari kegagalan itu agar kita menjadi manusia yang
lebih sempurna.
Dan dari pengalaman itu, kita dapat berkongsi dengan mereka yang kurang berpengetahuan.
Tentu saja I sedih bila putus cinta.
Tetapi… apabila I dapat membantu walau hanya seorang untuk berjaya,
kebahagiaan itu…
is speechless!
“So, that’s why kita tak perlu bersedih sangat kerana putus cinta!”
Same things happen apabila sesebuah perkahwinan itu terpaksa melalui perceraian… Cuba kita tanya,
“Mengapa Allah berikan perceraian setelah kita berkahwin dengan penuh kebahagiaan?”
Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini?
In my humble opinion,
Tuhan
berikan perceraian itu adalah kerana Dia mahu kita lebih tabah. Dan
yang paling utama, mungkin ada pasangan lain yang dapat memberi lebih
kebahagiaan dan lebih menyayangi kita. Malah mungkin lebih menghargai segala-gala tentang kita.
Tentu
saja kita akan sedih …amat sedih bila bercerai. Tetapi… apabila kita
dapat menerima takdir dari yang Maha Esa, barulah kita akan dapat
melihat betapa besar hikmah dari Allah s.w.t
“So, that’s why kita kena percaya dengan hikmah dari Allah barulah kita tidak bersedih sangat”
Selalu kita tengok dan baca komen-komen dan pesanan-pesanan kat internet ni katanya,
“Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya!” my personal opinion....
NOPE!
Itu BUKAN cara Allah memberi takdir dalam hidup kita betul tak?
Selalunya, Tuhan akan buatkan kita melalui cabaran dan dugaan dalam hidup supaya kita belajar dari pengalaman perit itu.
Tiada short cut dan jalan mudah beb…
Sama lah juga di dalam persoalan ini,
kalau yang baik dapat yang baik…
apa yang dia orang boleh belajar?
Kalau yang jahat dapat yang jahat…
semua perkara dah tahu! Mana pengajaran dan cabarannya?
To me, maksud sebenar di sebalik ayat itu adalah,
“Setiap orang yang baik adalah untuk mereka yang mahu berubah menjadi baik!”
Putus cinta berlaku adalah dari TAKDIR TUHAN,
Dia mahu kita belajar dari setiap situasi yang berlaku.
Jika yang baik hanya untuk yang baik…apa yang kita boleh belajar?
Not so much.
Kalau tiada putus cinta, cantik je percintaan tu…
nothing laaa… that’s NOT LIFE!
Thats why selalunya,
Seorang yang baik, Allah sengaja temukan dengan yang tidak baik, untuk kita mengenali dan memahami erti kematangan hidup!
Kemudian belajar membimbingnya menjadi insan yang baik dan beriman.
Ada seorang lelaki yang telah selalu berzina, kehairanan…
“Mengapa aku yang jahat dan jahil ini tetap mendapat isteri yang masih dara?”
-
Itulah takdir kasih dari Allah, masih memberi peluang kepadanya dan
melihat samada dia mahu bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai
atau tidak.
Si isteri juga kehairanan…
“Mengapa aku yang
sentiasa beriman kepada Allah dan bertaqwa tapi masih dapat lelaki jahil
dan yang hidupnya penuh dengan maksiat?”
- Itulah satu cabaran dari Allah, bagi si isteri untuk membuka hati suaminya agar kembali beriman.
Imagine jika dia dapat isteri yang sudah rosak akhlaknya…
Jadi, inilah baru betul caranya seperti yang selalu Tuhan mahu kita hadapi…
iaitu melalui cabaran dan dugaan.
So, putus cinta, bercerai…semua itu adalah satu proses.
Proses usaha kita yang Tuhan mahu kita belajar tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Dia mahu kita belajar
dari kesilapan serta menambahkan pengalaman dan matang agar kita
menjadi manusia yang menghargai nikmat Allah, kemudian dapat berkongsi
pengalaman itu dan membantu sesama manusia.
JADI, apabila berlaku putus cinta atau perceraian sekali pun, kita hadapinya dengan senyuman kerana, itu adalah pemberian dari Allah.
Anugerah dari Tuhan yang Maha Esa.
Itulah
ciptaan Tuhan yang maha agung, - which is, the balance of the universe,
kestabilan hukum alam kita! sehingga di lain waktu…
No comments:
Post a Comment