Friday, September 30, 2011

Back to school ... again...

kali ni, sekolah menengah pulak... SMK Taman Putra Perdana...
Mewakili YB Dato' Sri Ir Mohd Zin Mohamed menyampaikn alatulis kepada calon-calon PMR. seramai 341 orang...











ini lah barangnya... zaman aku dulu, x de pulak wakil rakyat bagi camni..

Air 3 layer... mabeles rasa nya... hehe... jamuan menyambut kedatangan aku...

Wednesday, September 28, 2011

.. kekuatan diri...

sedang menerima kenyataan bahawa diri tidaklah sekuat dan setabah mana... selama ni, terima juga kenyataan... cuma, munkin tidak secara mendalam....

menghadapi kenyataan yang tidak diduga akan kejadian nya, Ya Allah.. Maha suci engkau Ya Tuhan ku... tak termampu nak dipikul oleh bahu ku ini... nak dipimpin di tangan, x tercapai dek jejari.. nak terus melangkah, terasa berat beban di kaki...

mencari sesuatu yang hilang bukan nya mudah untuk dilaksanakan... pernah sekali rakan berpesan, untuk mendapat sesuatu, bukan nya susah... tetapi untuk mengahadapi saat kehilangan nya, itu yang kita tak termampu untuk menempuhinya... tika dan saat ini, ku terasa memang benar kata katanya...


p/s ~~ benar2 mengharapkan berlalu nya kejadian ini... apa pun keputusan nya, walau baik atau ditakdirkan sebaliknya, hanya yg kuharapkan ianya pantas berlalu...

Monday, September 26, 2011

Klinik Bergerak Puteri Prihatin...

Telah dilancarkan pada 17 SEPT 2011 yg lalu, Oleh siapa lagi, kalau bukan Perdana Menteri kita semasa Konvensyen Bn Selangor...

Buat pertama kalinya, Puteri Sepang dipilih untuk melaksanakan program ini.. pada 24 & 25 Sept,  dan tempat yang dipilih ialah di Banghuris Homestay, Hulu Chuchoh bersempena Program Seniman Prihatin 1Malaysia, anjuran BTN dan Finas... Selepas ini, Klinik Bergerak akan dilaksanakan oleh Puteri UMNO seluruh Malaysia...

Nama pun Klinik Bergerak kan, jangan la tanya lagi apa peranan nya... dah tentu lah menawarkan pemeriksaan kesihatan...

Memang meriah dgn kehadiran artis2 yg dibawa oleh Finas.. siap kenduri nasi ambeng... jamuan raya, sukaneka artis2..dan mcm2 lagi... sini aku sertakn sikit2 gambar Klinik Bergerak Puteri Prihatin...


Inilah goodies bag yg kami berikan kepada hadirin yg membuat pemeriksaan di Klinik Bergerak kami..

Ta daaa.... ini lah dia, Klinik Bergerak Puteri Prihatin..



Sukarelawan Puteri UMNO Sepang




Friday, September 23, 2011

..Kalau Haiwan Ada Facebook...kik .. kik...

agak-agak apa status mereka?

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…

CICAK : isteriku tersepit pintu!

KUCING BETINA: “Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

AYAM : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa.....

NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaa

KUCING: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

BABI : Aku bengang btol la...die gi pijak taik kucing tapi nama aku yang
disebutnye...wei bro! len kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah ko...
agak-agak apa status mereka?


p/s ~~ penghibur hati di petang hari...

Thursday, September 22, 2011

KAD HAWA PUTERI UMNO BERSAMA REALREWARDS....

Share Info untuk kebakan bersama... Rugi kalau tak daftar ni... tak percaya...???? Meh baca info kat bawah ni...

ANDA....
 Wanita berumur 18 hingga 40 tahun....? Melayu, India, Cina, lain-lain....

Anda LAYAK untuk memohon KAD HAWA.... Di atas inisiatif Puteri UMNO bersama Realrewards, Kad ini telah dilancarkan pada bulan Ogos 2011....

KEISTIMEWAAN....

  • Perlindungan Kecurian Ragut*
    • Faedah sehingga RM10, 000 untuk Kematian Akibat Kemalangan & Hilang Keseluruhan Keupayaan Kekal
    • Kehilangan wang dan/atau barangan berharga disebabkan kecurian ragut atau kecurian
    • Perlindungan pengeluaran wang dari ATM dan bayaran perubatan
    • Kehilangan dompet
  • Mata Ganjaran RealRewards
  • Diskaun dari Rakan Niaga Privilege RealRewards
CONTOH KAD YANG TELAH SIAP : (hehehe... Kad Bos ku yang comel...)




Maklumat Lanjut aku sertakan link ini :
http://www.realrewards.com.my/RRAboutprog_MohonKeahlianKadHawa.aspx

CARA MEMOHON

Borang permohonan keahlian boleh didapati dengan menghubungi Ketua Bahagian Puteri Umno masing masing (sekiranya pemohon adalah Puteri UMNO) atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-8023 2626 atau melalui email di memberservices@realrewards.com.my
Cara Pembayaran Keahlian
 
Bagi pemohon yang merupakan Puteri UMNO, bayaran boleh di buat melalui Bahagian Puteri UMNO di mana pemohon berdaftar atau membuat bayaran terus ke akaun RealRewards seperti dibawah.

Bagi pemohon lain, bayaran boleh di masukkan ke akaun RealRewards seperti berikut;

Maybank
Nombor Akaun: 5122 2211 5863

CIMB
Nombor Akaun: 1224 0008 1720 59

Bagi pembayaran terus ke akaun RealRewards, sila fax resit pembayaran ke 03-8023 2228 / 03- 80231355 atau email kepada memberservices@realrewards.com.my. Sila tuliskan nama dan nombor kad pengenalan anda diatas salinan resit pembayaran. 
     
 


Facebook a.k.a muka buku.. (terasa fening pulak aku...)


[kLik je gambar ni kalo nk besau kan...=P ]
Taaaaaaaaaaaadaaaa....Back to normal...!!
see,siap wat kat status lagi tu..hehehehe...
ye lah...pOning kepala aku nengok format FB yg baru tu...
mata ni macam xleh nk terima je..hehehe


[kLik je gambar ni kalo nk besau kan...=P ]


nak tau cara dia?
Account - Account Setting - Language (English US) - tukar kpd - Language (English UK)




p/s~~ tapi kan,bila datang sengaL Fb ni,dia tukar semula format tu...hampeh betul..nk setting dah tak jadi...Ape lah si Mark Zuckerberg [pengasas Fb] ni buat ngan FB ni..makin pening kepala aku tengok....(^__^)..kesian plak kat pakcik makcik yg baru FB..lagi lah kepala diorng pening...

Wednesday, September 21, 2011

Tiket Percuma LRT, Monorel...

PRASARANA edar 150,00 kupon percuma hingga 22 September



KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Bebas Kereta Sedunia Khamis ini, Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) mengedarkan 150,000 kupon percuma yang sah digunakan untuk perjalanan sehala Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorel pada Sabtu, Ahad dan cuti umum dalam tempoh setahun.

Melalui kempen ‘Kurang Kenderaan, Kurang Pencemaran’ itu, semua kupon itu diedarkan secara berperingkat mulai semalam dan berakhir 22 September tahun depan. Pengerusi PRASARANA, Tan Sri Ismail Adam, berkata pelbagai program diatur sepanjang kempen setahun itu, berteraskan kepada menanam kesedaran untuk tidak menggunakan kenderaan bagi mengurangkan pencemaran.

“Saya berharap sokongan kepada kempen bebas kereta ini tidak hanya berjalan satu hari saja malah diterapkan sepanjang masa oleh semua masyarakat.

“Selain itu, orang ramai juga digalakkan untuk menunggang basikal dan menggunakan sepenuhnya kemudahan meletak basikal yang disediakan di 17 stesen LRT antaranya Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Abdullah Hukum, Kampung Baru, Damai, Dato’ Keramat dan Jelatek, ” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, katanya, kupon yang diedarkan sah untuk digunakan bagi kedua-dua laluan LRT Ampang dan LRT Kelana Jaya serta Monorel untuk hari Sabtu, Ahad dan cuti am malah potongan harga tambang bagi Januari hingga September 2012 akan turut diperkenalkan bersempena kempen terbabit.

“Kami juga akan mengedarkan pelekat kereta khas yang melayakkan pemilik kenderaan bertuah menerima hadiah Rapidpass bernilai RM100 dalam peraduan ‘Spot The Sticker Contest’ yang turut berlangsung selama satu tahun.

“Pihak kami akan berganding bahu dengan pelbagai kementerian, jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan, universiti awam serta swasta dalam mengatur beberapa program berterusan di stesen LRT, Monorel dan Hab bas, ” katanya.

Selain itu, Pasar Kreatif di stesen LRT dan KL Monorel terpilih akan menjual barangan cenderahati kitar semula yang dihasilkan oleh persatuan kebajikan, ibu tunggal dan badan bukan kerajaan.

sumber: berita harian 21/9/2011

Monday, September 19, 2011

Cantiknya Wanita Itu....

Siapakah wanita cantik itu ?

✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah .
✔ Dia tersenyum saat tertekan .
✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis .
✔ Dia tabah saat dihina .
✔ Dia mempersona kerana memaafkan .
✔ Dia mengasihi tanpa balasan .
✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi .



Dan, Jadilah wanita cantik itu :)


p/s~~~ adakah aku wanita itu....

Thursday, September 15, 2011

..Putus Cinta dan Penceraian...

Pernah merasa putus cinta?Mesti pernahnya kut… kalau pernah, I would say BAGUS!
Kalau tak pernah maknanya anda belum lagi mengenal erti kehidupan percintaan yang sebenarnya.
As always, kita di sini, bukan untuk meminta perkara buruk itu berlaku atau mendoakan kecelakaan sebaliknya, kita mahu menimba pengalaman dan mengetahui sedikit pengetahuan yang mungkin dapat membantu untuk mematangkan diri di dalam menangani soal kehidupan di dalam percintaan.

Cuba kita tanya,

“Mengapa Allah berikan kegagalan cinta kepada kita?
Mengapa Tuhan membiarkan kita putus cinta dengan orang yang kita amat sayangi?”

Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini?
In my humble opinion,

Tuhan berikan kegagalan cinta dan takdir putus cinta itu adalah kerana Dia mahu kita belajar dari kegagalan itu agar kita menjadi manusia yang lebih sempurna.
Dan dari pengalaman itu, kita dapat berkongsi dengan mereka yang kurang berpengetahuan.

Tentu saja I sedih bila putus cinta.
Tetapi… apabila I dapat membantu walau hanya seorang untuk berjaya,
kebahagiaan itu…
is speechless!
“So, that’s why kita tak perlu bersedih sangat kerana putus cinta!”
Same things happen apabila sesebuah perkahwinan itu terpaksa melalui perceraian… Cuba kita tanya,

“Mengapa Allah berikan perceraian setelah kita berkahwin dengan penuh kebahagiaan?”
Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini?

In my humble opinion,

Tuhan berikan perceraian itu adalah kerana Dia mahu kita lebih tabah. Dan yang paling utama, mungkin ada pasangan lain yang dapat memberi lebih kebahagiaan dan lebih menyayangi kita. Malah mungkin lebih menghargai segala-gala tentang kita.
Tentu saja kita akan sedih …amat sedih bila bercerai. Tetapi… apabila kita dapat menerima takdir dari yang Maha Esa, barulah kita akan dapat melihat betapa besar hikmah dari Allah s.w.t

“So, that’s why kita kena percaya dengan hikmah dari Allah barulah kita tidak bersedih sangat”
Selalu kita tengok dan baca komen-komen dan pesanan-pesanan kat internet ni katanya,
Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya!” my personal opinion....
NOPE!
Itu BUKAN cara Allah memberi takdir dalam hidup kita betul tak?
Selalunya, Tuhan akan buatkan kita melalui cabaran dan dugaan dalam hidup supaya kita belajar dari pengalaman perit itu.
Tiada short cut dan jalan mudah beb…

Sama lah juga di dalam persoalan ini,
kalau yang baik dapat yang baik…
apa yang dia orang boleh belajar?
Kalau yang jahat dapat yang jahat…
semua perkara dah tahu! Mana pengajaran dan cabarannya?

To me, maksud sebenar di sebalik ayat itu adalah,

“Setiap orang yang baik adalah untuk mereka yang mahu berubah menjadi baik!”
Putus cinta berlaku adalah dari TAKDIR TUHAN,
Dia mahu kita belajar dari setiap situasi yang berlaku.
Jika yang baik hanya untuk yang baik…apa yang kita boleh belajar?
Not so much.
Kalau tiada putus cinta, cantik je percintaan tu…
nothing laaa… that’s NOT LIFE!

Thats why selalunya,

Seorang yang baik, Allah sengaja temukan dengan yang tidak baik, untuk kita mengenali dan memahami erti kematangan hidup!
Kemudian belajar membimbingnya menjadi insan yang baik dan beriman.


Ada seorang lelaki yang telah selalu berzina, kehairanan…

“Mengapa aku yang jahat dan jahil ini tetap mendapat isteri yang masih dara?”

- Itulah takdir kasih dari Allah, masih memberi peluang kepadanya dan melihat samada dia mahu bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai atau tidak.

Si isteri juga kehairanan…

“Mengapa aku yang sentiasa beriman kepada Allah dan bertaqwa tapi masih dapat lelaki jahil dan yang hidupnya penuh dengan maksiat?”

- Itulah satu cabaran dari Allah, bagi si isteri untuk membuka hati suaminya agar kembali beriman.

Imagine jika dia dapat isteri yang sudah rosak akhlaknya…

Jadi, inilah baru betul caranya seperti yang selalu Tuhan mahu kita hadapi…
iaitu melalui cabaran dan dugaan.

So, putus cinta, bercerai…semua itu adalah satu proses.
Proses usaha kita yang Tuhan mahu kita belajar tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Dia mahu kita belajar dari kesilapan serta menambahkan pengalaman dan matang agar kita menjadi manusia yang menghargai nikmat Allah, kemudian dapat berkongsi pengalaman itu dan membantu sesama manusia.
JADI, apabila berlaku putus cinta atau perceraian sekali pun, kita hadapinya dengan senyuman kerana, itu adalah pemberian dari Allah.
Anugerah dari Tuhan yang Maha Esa.
Itulah ciptaan Tuhan yang maha agung, - which is, the balance of the universe, kestabilan hukum alam kita! sehingga di lain waktu…
"kalau kita betul-betul sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi, jangan kau halang dia.. andai sudah tersurat dia milik kau, suatu masa nanti dia pasti balik pada kau walau sehebat manapun pengganti yang dia jumpa.. dan andai kau sayangkan sesuatu benda itu, jangan kau genggam dia terlampau kuat, bimbang ianya pecah didalam genggaman kau sendiri"

Wednesday, September 14, 2011

Kisah Cinta Sejati Chris Medina & Juliana Ramos

Aku copy masuk dalam blog aku.. syahdu... ( sebab nama Juliana dekat2 dgn nama aku...) agak panjang untuk di baca, namun inilah kisah yang benar2 terjadi... cinta yg dirasai kewujudan nya...



Inilah Chris Medina & beautiful Juliana Ramos

Jika anda tidak tahu atau tidak kenal Chris dan tunangnya Juliana, well…Chris adalah salah seorang peserta yang audition untuk American Idol this year tetapi kecundang diperingkat saringan. Dan Juliana pula adalah kekasih Chris selama 8 tahun, major dalam muzik dan amat menyanjungi dan meminati nyanyian Chris dan small band nya Green Light. Juliana sentiasa memberi semangat kepada Chris untuk berjaya di dalam bidang muzik.

Setelah sekian lama bercinta, mereka telah bertunang pada 12 Desember 2007.

Pic dari Video sewaktu Chris melamar Juliana, mereka kelihatan really in love!

Pada 2 Oktober 2009…hampir 2 bulan saja lagi sebelum mereka mendirikan rumahtangga pada akhir bulan November, Juliana telah mengalami kemalangan kereta yang amat teruk. Kepalaanya retak, dan beberapa tulang di wajahnya yang cantik itu juga turut patah. Namun, dia terselamat akan tetapi Juliana telah kecederaan otak yang amat kritikal sehingga dia koma. Seluruh anggotanya juga turut menjadi lumpuh akibat dari kecederaan itu.



Ini wajah Juliana selepas 2 tahun kemalangan, Chris masih bersamanya!

Kisah cinta Chris Medina telah menggoncangkan hati berjuta-juta orang di seluruh dunia. Baik wanita maupun lelaki. Ini adalah kerana, masih lagi ada lelaki baik yang benar-benar ikhlas dan jujur menyayangi seorang gadis lumpuh.

Sedangkan dia boleh kalau mahu pergi kepada wanita lain. Dia juga boleh memutuskan saja pertunangannya.
Tetapi, Chris TIDAK melakukannya!

Baginya, segala janji-janjinya kepada Juliana sebelum kemalangan itu dan segala-gala apa yang dikatakan selama ini, dia kotakan! Bukan hanya sekadar kata-kata, bukan hanya janji kosong. Dan kerana itu, walau lumpuh, walau hodoh, walau cacat, dia rela bersama dan berkorban dengan menjaga tunangnya, Juliana.

Persoalannya di sini…
Sanggupkah
anda menjaga pasangan anda yang tiba-tiba berubah menjadi cacat?
Lumpuh? Dan sudah tidak berupaya melakukan apa saja?
Sanggupkah
anda menjaga makan, dan minumnya, menyuapnya setiap waktu makan?
Sanggupkah
anda memandikannya, membersih kencing, dan segala najisnya? TANPA mendapat apa-apa dari pengorbanan anda itu?
Sanggup kah
anda mengotakan janji anda, kata-kata anda yang cinta, sayang, kaulah segala-galanya, you sorang je lah yang I cinta sampai bila-bila…

SANGGUP...?????Ramai yang bercinta, tapi mengharap berbagai balasan dan keuntungan.
Ramai yang bercinta terlalu menginginkan diri dicintai balik.
Ramai yang bercinta, kecewa apabila diri dipinggirkan…

Tidak mengira anda lelaki, maupun wanita, cuba letak diri anda sebagai Chris Medina, cuba selami jiwanya yang cukup bahagia walau hanya memberi dan tidak menerima. Cuba rasakan, cinta Chris pada Juliana…
jangan hanya baca dan mengalir air mata…..........
tetapi selaminya, rasainya…


Dia cukup bahagia dengan hanya menjaga Juliana, memberi kasih dan sayangnya kepada gadis itu tanpa menghiraukan pun jika Juliana dapat membalas cintanya, apatah lagi memberi nafkah batin sebagai isteri kelak.

Baginya, as long as dia dapat memberi sepenuh perhatian kepada Juliana…menjaga dan mengambil berat terhadap tunang yang disayanginya itu…sudah memadai.

Dan because of that jugalah kini, Chris berjaya! Segala pengorbanan dia juga telah mendatangkan hasil… Ramai yang telah membuka ruang dan peluang kepada kedua-dua pasangan bercinta ini.

Juliana telah mendapat bantuan kewangan beratus-ratus ribu ringgit untuk merawat kecederaan otaknya. Melalui Chris, Juliana perlahan-lahan pulih… namun, sebagaimana yang doktor Juliana katakan, “You will never know, when a brain injury will recover!” – Bayangkan lah… anda tidak akan tahu samada pasangan anda akan betul-betul sembuh atau pun tidak… as most of the case study, tiada satu pun yang pulih seperti sedia kala.

Apabila ditanya sewaktu interview bersama Ryan Seacrest di Kiss radio, Chris menjawab… “What are words if you really don’t mean them, when you say them? ” – dari kata-kata itulah terciptanya lagu khas buat Juliana yang kini telah mencapat 13 juta hit di youtube.
Watch here and listen to the words and feel the story… WHAT ARE WORDS


PESANAN PENTING…
Masih ada lelaki/Perempuan yang baik di dalam dunia ini.
Jangan cepat putus asa dengan cinta hanya kerana 2-3 kali gagal dan dikecewakan. Jangan pula taksub hanya pada seseorang itu saja lah yang terbaik tiada lagi orang lain.
KERANA, satu anda jumpa yang terbaik, PASTI akan ada ramai lagi yang lebih baik.
Itu sudah lumrah alam…
“One door closes another one opens, kita hanya perlu menerima kekalahan, kegagalan dan menukar arah untuk berjaya di jalan baru, hidup baru…dunia baru, revolusi ku!”

 LIRIK WHAT ARE WORDS.....
Lagu yang tercipta khas buat Juliana...
Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
Anytime you whisper my name, you'll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most
What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone
And I know an angel was sent just for me
And I know I'm meant to be where I am
And I'm gonna be
Standing right beside her tonight
And I'm gonna be by your side
I would never leave when she needs me most
What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone
Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
And I'm gonna be here forever more
Every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most
I'm forever keeping my angel close

... Pagi ku...

Salam...
.. Pagi Rabu... macam biasa.. aku datang keja.. pagi ni awal pulak aku mendarat kt ofis ni..chewah.. mcm naik helikopter pulak.. dan kerana awalnya masa aku sampai ni, aku pun menulis terus di blog aku.. rajin kan.. depan mata aku skrg ada milo ais & kuew tiow goreng.. menikmati sarapan sambil menulis blog.. pertama kali buat macam ni.. ok jugak...

dan macam harapan orang lain, aku juga berharap hari ku ini akan berjalan dengan baik, lancar tanpa sesiapa membuat aku sakit hati lagi... dan besar harapan aku, agar aku tidak 'ter' menyakiti hati sesiapa... jika aku 'ter' buat benda macam tu, itulah kesilapan yang tidak aku sengajakan.. dan sebelum aku 'ter' buat macam tu, aku perlu memohon bebanyak ampun dan maaf ... sesungguhnya aku manusia biasa, yang tidak dapt membaca dan merasa apa kehendak dan kemahuan  kalian... aku hanya memberikan apa yang termampu dan kemampuan ku ini, ku harap kalian dapat menerima dengan seadanya...

p/s ~~ kali pertama melaram dengan baju yang Dato' Parlimen berikan sempena hari raya yang lepas... tq Kak G sebab siapkn baju aku ni... pink lagi.... menambah koleksi baju pink aku..

Tuesday, September 13, 2011

.. mood yg terbang...

... ermmm... selesa nya terasa bila duduk dalam ofis, dalam kesejukan e cond.. menjalankan tugas tanpa di ganggu sesiapa... sambil melayan alunan lagu yang aku mainkan dari youtube.. sambil ditemani sebuah buku untuk dibaca.. sambil menaip surat2 yg aku kena siapkan, dicampur dengan kerja-kerja aku yang lain... cuaca di luar mendung, matahari tak menunjukkan cahayanya...
sedang aku menikmati keselesaan ini, tiba2 aku terlihat seperti ada benda yang terbang dan berada di awangan... pada mulanya, aku tak pasti apakah ia.. tetapi bila aku amati sambil merebahkan tubuh ku bersandar di kerusi, baru aku dapat kepastian apakah yg berada di awangan itu... rupa rupa nya, ia adalah mood kerajinan aku... rupanya, aku kehilangan mood untuk buat kerja... maka nya, aku diam je tanpa membuat apa-apa.. hanya fikiran ku yang sedang bekerja... buat seketika, aku terdiam dan bermain bersama minda ku... hanya seketika aku mengalami keadaan itu.. pabila aku memandang susunan fail yg ada di sebelahku mejaku, aku menyeru kembali mood ku yg terbang tadi, kembali ke tempat asalnya... tak ku izin kan ia terbang begitu lama.. kerana ia yang akan menentukan mood Bos aku besok... tak rela aku untuk memberikan mood yang tak baik kepada Bos kesayangan ku itu... Luv U Bos... I sambung keja sekarang jugak...hehehehe
 
p/s~~ ntah apa2 pulak yg aku tulis...

... "Quran Saintifik..."


Buku Oleh Dr. Danial Zainal Abidin... 
Aku terima buku dari bapa mertua ku yg prihatin... dia membeli buku ni, dan dia ingin berkongsi dengan anak menantu nya... itu pun setelah dia selesai baca, dia serahkan pada aku & suami ku... selepas itu, dia pegi beli satu lagi sebagai simpanan dan bahan bacaan santai dia di rumah... 

aku baru nk memulakn bab pertama.. tapi sebelum tu, sempat juga aku melompat ke bab2 yg aku rasa, tajuknya aku suka, dan terus aku baca huraian nya... jika secara ringkasnya, buku ni menerangkan kecemerlangan Quran daripada teropong sains... atau dengan kata yang lebih ringkas, kaitan sains dan Al-Quran.. setiap apa yang tertulis di dalam al-quran, dihuraikan dengan bantuan fakta sains... haaa... menarik kan.. selama ini, banyak kajian telah dilakukan untuk mencari kebenaran intipati quran.. mengkaji kejadian alam.. mengkaji asal usul manusia..  mempelajari matlamat dan tujuan hidup manusia... macam2 kajian yang dibuat semata-mata untuk mencari kebenaran kitab suci Al-Quran... makanya, lahirlah buku seperti ini yang mengupas intipati al-quran daripada perspektif sains... lebih mudah untuk kita fahami dan hayati seterusnya membuka lebih luas fikiran dan hati kita, untuk kita fikirkan sejenak, siapa kita sebenarnya...

yang paling aku tertarik, ada satu bab yang bertajuk " Islam Pemangkin Sains.." antaranya huraian nya berbunyi, " ayat 190 dalam suraj Al Imran berhubung ulul albab merangsang umat islam menjadi saintis. Saintis yg mahu dihasilkan mengikut formula Quran adalah saintis yg mengingati Allah di mana sahaja dia berada. Bukannya saintis yang ateris..."

ini sahaja mukadimah yg dapat aku berikan berkenaan buku ini... jika ada masa aku yg terluang, aku akan menarikan jejari comei ku untuk aku taip apa yg telah aku baca... sebih seronok untuk dikongsi bersama...

p/s~~~ masih kesunyiaan...

Monday, September 12, 2011

.. jom main...!!!!

masa bermain dah tiba... meh join sekaki..

i) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta
Februari -Aku peluk
Mac - Aku belasah
April - Aku gigit
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Kawan aku
19 - Makcik kantin
20 - Girlfriend aku/ Boyfriend aku
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Sharifah Amani
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku suka single
Pink - Sebab aku gila
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

aku~~ aku terlanggar Upin dan sebab aku tak tentu arah...hahahaha...
Benarkah itu cinta.. Kalau kita semakin keji dan hina? 

Benarkah itu cinta, kalau kita semakin bodoh dan lupa kemuliaan diri? 

Benarkah itu cinta, kalau kehidupan kita hilang pedoman lalu terdampar dipantai maksiat? 

"Cintailah aku dalam diam dari kejauhan dengan penuh kesederhanaan dan keikhlasan.."

Thursday, September 8, 2011

... back to school...

8 Sept 2011.... aku kembali ke sekolah kerana program penyampaian alatulis kepada calon UPSR oleh YB Dato' Sri Ir. Mohd Zin Mohamed, Dato Parlimen Sepang... dah lama rasanya kaki tak jejak kesekolah.. kerana program ini melibatkan semua Sekolah Rendah di dalam Parlimen Sepang & beberapa buah sekolah Parlimen Kuala Langat, penuh la dewan tu dengan guru besar & wakil2 sekolah dan pemimpin BN parlimen... Bos aku, Cik Rina tak dapat hadir sebab ada mesyuarat di KL... Aku angkut Kak Zuraidah yg mula2 malas nk ikut tu..berjaya jugak aku memaksa dia ikut...hehehe...

suka aku tengok calon2 UPSR yg ada kt dewan.. dlm Parlimen Sepang, ada 4,200 calon UPSR tahun ni.... ramai tu... mudah mudahan berjaya... berjaya hingga akhirnya... bila dh berjaya dlm dunia sekolah ni, jgn lupa diri... kita sekolah kt sekolah kerajaan, bantuan kerajaan... kalau rasa2 tanak mengenang jasa tu,, pi pindah sekolah swasta tu..hehehe... ter emosional pulak... maappp...

ini lah gambar2 yg sempat aku snap tadi.. punyalah ramai yg bawak kamera... maklumlah.. program sekolah dengan BN... kamera man penuh dh mcm konsert free pulak...

on the way g keja...



aku ngn kak zuraidah...

Add caption

Wednesday, September 7, 2011

Siapa Suami kita di Syurga.....

Bismillahirrahmanirrahim..... meh baca apa yg aku copy dr blog org lain...




Persoalan mengenai kehidupan berpasangan, suami isteri atau ikatan perkahwinan di syurga kelak pasti bermain di fikiran semua wanita beriman bukan? Pasti mereka ingin mengetahui siapakah suami mereka di sana. Ia akan dijawab mengikut dalil sahih dari Rasulullah s.a.w, namun segala perinciannya adalah hak milik Allah s.w.t….


Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

Kes 2: Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.
Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 3: Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 4: Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

Kes 5: Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.
Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

Kes 6: Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.
Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani)

P/s.... kalau masuk syurga...huhuhuhu... nak masuk pintu syurga, macam tak layak rasanya... nak masuk pintu lagi satu tu, takuuuttttt.... 

Tuesday, September 6, 2011

... Mama.... Raya....!!!!












27 Ogos 2011

27 Ogos 2011...... Pepagi lagi aku kena bangun awal2 sebab ada program JOMS Ceria... pemberian sumbangan wang tunai & baju raya kpd kanak2 ..... alhamdulillah setel dgn jayanya... org yg datang gembira je melihat kekonon kami ni pandai buat kerja.. tapi kami yg mengalami nya ni, masyaallah..tuhan je yg tahu... penat weeiiii... selesai prog dalam pukul 1 ptg... lps tu, aku balik rumah, Hubby trsayang ajak jenjalan cari pasal..eh .. cari barang raya..hehehe... aku pun follow jer...

pukul  4.30 ptg, aku bersiap untuk ke majlis berbuka puasa bersama Dato' Parlimen di Pan Pacific KLIA.. aku memang suka g hotel ni.. bukan sebab makanan nya, tapi sebab hotel ni dekat dgn KLIA yg gah debommm tu.. lagi2 kalau malam, terang benderang jer aku tengok.... suka nya terasa sebab slalu kami berkumpul bila mesyuarat atau program jer.. tapi kali ni, kami berkumpul atas program orang lain... maka nya, kami ada masa untuk bergurau senda... campur pula dengan mood nak raya, apa lagi... masing2 nampak comei dalam kegembiraan...hehehehe...




habis program, hubby bawak kami g downtown Cheras... pergghhh... meriah gitu.. nasib baik kami sampai awal, dapt parking... takde beli apa2 pun, cuma suka tengok suasana meriah tu...