Sunday, July 1, 2012

MENGENAL ERTI KEHIDUPAN . . .

kenapa tajuknya Mengenal Erti Kehidupan... takde ke benda lain untuk kita kenal... Mari baca ayat di bawah... 

PERINGATAN : PANDAI MEMBACA BELUM BERMAKNA ANDA PANDAI, TETAPI MEMBACA DAN MEMAHAMI AKAN MEMBUKTIKAN ANDA MEMANG ORANG YANG PANDAI... BIJAK..BIJAK...
so, baca & fahamkan lah yer....


Mengapa DERITA setelah BAHAGIA ~~ supaya kita tahu betapa kebahagiaan penting bagi kita malahan kepada sesiapapun... munkin saat kita BAHAGIA dengan hal kita sendiri, rupanya kita kejam kepada orang lain hingga menyebabkannya hidup DERITA...

Mengapa KECEWA setelah KEJAYAAN ~~ supaya kita sedar kejayaan kita bukan mudah kerana kita tiada KEJAYAAN tanpa KEKECEWAAN . . .

Mengapa perlu MENANGIS untuk MENSYUKURI ~~~ agar kita pandai untuk lebih menghargai apa yg kita kecapi... tanpa tangisan, kita tidak sedar betapa berharganya sesuatu...

Mengapa perlu TERLUKA untuk MENGENALI DIRI ~~ apabila terluka, secara automatik kita akan muhasabah diri dan menimbang balik apa yang kita telah lakukan..( ini adalah fakta benar sekiranya manusia itu normal, jika tidak normal dia akan menjadikan orang lain untuk menyangkal kesilapannya... ) Dengan muhasabah diri, kita akan berusaha untuk memperbaiki diri dan kelakuan seterusnya MENGENALI DIRI SENDIRI . ...

seperti biasa.. untuk peringatan diri sendiri, aku tulis di blog aku ini...
letihnya aku hari ini kerana aku adakan sedikit kenduri bersama keluarga untuk menyambut kehadiran Ramadhan... mudah mudahan Ramadhan kali ini akan memberiku sejuta makna... Aku tidak mahu lagi memikirkan sesuatu yang tiada faedah lebih2 lagi sekiranya ia mellibatkan manusia... kerana aku percaya, lebih baik aku menjaga diri sendiri daripada aku sibuk2 menjaga orang lain...

mengapa artikal ini yang aku masukkan kali ini... KERANA AKU INGIN MENGHARGAI APA YANG AKU MILIKI... KERANA APA YANG AKU ADA ADALAH YANG TERBAIK BAGI AKU... BERSYUKUR KERANA WALAUPUN AKU BUKAN DIKALANGAN YANG BAIK2, TETAPI AKU DIKURNIAKAN DENGAN ORANG YANG BAIK2 DISEKELILING KU.. AKAN AKU HARGAI APA YANG AKU ADA SEBELUM AKU KEHILANGAN NYA.. AKU SEDAR, AKU BERJALAN SEPERTI ORANG BUTA MENERUSKAN KEHIDUPAN INI.. AKU TIDAK DAPAT MELIHAT APA YANG ADA DI HADAPAN KU DAN KERANA ITULAH AKU TERUSKAN PERJALANAN DENGAN SEBAIK MUNKIN SEPERTI AKU MELIHAT SEGALANYA...

Tiada manusia yang hidup dengan izin ALLAH di muka bumi ini tanpa melakukan kesilapan samada dengan sedar atau tanpa disengajakan... dan tidak semua kesalahan itu berlandaskan kesalahan semata mata.. senang cerita, bukan semua yang kena penjara sebab membunuh orang tu benar2 ingin membunuh.. munkin mereka ingin mempertahankan diri atau memikirkan itu adalah jalan terbaik.. siapa kita untuk menghakiminya kerana kita tidak mengetahui hal sebenar... begitu juga dengan kehidupan kita.. bukan semua kesalahan orang lain yang kita tanggung hanyalah untuk memusnahkan kita... ada kalanya kesilapan yang kita tanggung adalah untuk memberi pengajaran dan demi kebaikan kepada orang lain...

dan perlu kita ingat, apa yang berlaku, samada musibah atau kebaikan, ianya akan terjadi hanya adalah dengan izin ALLAH.. jika kebaikan yang datang kita terima dengan senang hati tetapi jika musibah menimpa, mengapa dia mengizinkan musibah menimpa kita ...??? jangan susah payah nak pikir, baca jer balik ayat di atas dengan penuh akal fikiran sebagai manusia normal... jika anda tidak normal, anda tidak dialu alukan membacanya kerana seribu kali anda baca pun, anda tidak akan faham...  

dan jika sehabis usaha telah kita berikan untuk mengecapi kebahagiaan tetapi musibah jua yang menimpa, percayalah bahawa ianya ujian untuk menjadikan kita makhluk yang diberkatinya dunia dan akhirat... bukan senang nak dapat ujian darinya.. hanya orang yg terpilih sahaja akan mengecapinya... tetapi jika anda memang gemar menzalimi orang lain, jangan harapkan sesuatu yg terbaik anda akan dapat dari insan lain dan berdoa dan berserahlah kepada-NYA agar tiada lagi musibah yang akan datang kepada anda kerana tika ini, hanya muhasabah diri dan berserah kepada-NYA adalah jalan yang anda ada..

wasallam....

p/s ~~ usah rindu pada sesuatu yang telah kita hancurkan ... apabila kita hancurkan bermakna kita tak suka dan bila tak suka kenapa nak dikenang...




Friday, June 29, 2012

my email . . . .

ada sesetengah dari kita gemar utk memberikn no telefon untuk dihubungi oleh sesiapa.. berbeza pula dengan aku.. memang aku susah utk berikn no telefon kepada sesiapa, lebih2 lagi kpd kawan baru... ada yg kata aku ni sombong, brlagak macam2 lagi... lantak pi la dorg nak kata apa..yg penting x de org ganggu hidup bahagia aku ni..

aku lebih suka guna email... masih lagi dengan my email dari dulu sehingga kini, juliahanapiah@gmail.com
simple, nama penuh lagi... yes... it's me...

Thursday, June 28, 2012

Kebahagiaan dalam Perpisahan . . . . . . . .

hujan dah turun ... alhamdulillah... bila hujan2 macam ni, mata pun layu semacam jer... haishhhh...pemalas sungguh mata ni trmasuk la tuan nya... Makanya, untuk menghindarkan secara langsung layu mata aku ni, aku tulis di blog... gali punyer gali, terjumpalah aku dengan kata2 di bawah ini... mari layannnzzzzz.... 






ha ha ha ha ... jiwangnya terasa... untuk pengetahuan anda, ayat2 di atas tiada kena mengena sangkut paut dengan aku...


pada aku, perpisahan adalah satu takdir... bila kita ditakdirkan berpisah, hanya yang mampu kita lakukan ialah mencari kebahagiaan dalam perpisahan itu... insyaallah... perpisahan bukanlah penghujung jalan sebaliknya ia adalah permulaan . terpulang kepada kita bagaimana ingin memulakannya.. jatuh bukan beerti tersungkur..pecah tidak bermakna hancur.. 


sekian terima kasih..


p/s ~~~ melayan mata yg layu... 

Monday, June 18, 2012

Yang Salah Bukan Cinta, Tapi Cara Menzahirkannya..


Seharusnya Cinta…
Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.
Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.
Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.
Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.

Friday, June 15, 2012

Doa C I N T A . . . .


Salam hari jumaat... Mari ilmiahkan minda kita, diri kita.... Semoga jumaat ini membawa barakah kepada semua rakan2 blog sekalian...
Aku pernah dengar cerita dr seseorang.. dia kata, dirinya menduduki tangga ke-2, di dalam senarai kesayangan suaminya... kenapa... suaminya ada perempuan lain ker... BUKAN... kerana ditempat pertama ialah PENCIPTA kita... 
Mari kita baca ayat-ayat dibawah... kita akan faham kenapa situasi di atas ini terjadi...

Ya Allah
Aku mohon cintamu dan cinta insan yang
mencintaiMu serta yang dapat mendekatkan
aku kepada cintaMu
Ya Allah
Jadikanlah cintaMu sesuatu yang paling aku cintai
daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku, dan
air yang dingi
Ya Allah
Hidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan
jadikanlah aku seperti apa yang Engkau cintai
Ya Allah
Jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap
cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan Mu
(Al Tarmizi)

Wednesday, June 6, 2012

Ayat-ayat Hati . . . . .

As-salam.... Macam best je tajuk nya.. Ayat2 hati... 


Dah lama tak menulis di blog sndiri... entah kenapa sejak akhir2 ni aku lebih suka komen blog org lain dari menulis di blog sndiri.... but now, i'm back.... 


welcome to my blog yg tak seberapanya ini... sebenarnya banyak sangat ayat2 trsirat dalam hati utk aku luahkan... tapi pada firasat aku, hati aku lebih pandai menyimpan ayat2 itu, lebih baik aku jangan tulis... 
menjaga diri sndiri lebih baik sebelum menjaga orang lain... aku percaya, "kalau negatif yng kita keluarkan, negatiflah juga yg akan kembali kpd kita..." no no no.... always positif.... 


buat rakan2 ku sekalian (trmasuk musuh2 ku... mesti ada kan ) semoga kalian semua berada dlm keadaan sejahtera...  percaya pada kekuatan diri sndiri adalah sesuatu yang istimewa dan jarang2 sekali kita boleh aplikasikan dalam kehidupan kita... remember aku pernah tulis, "kita tak tahu betapa tabahnya kita sehinggalah kita terpaksa tabah..." simple but true .. kita berdepan dgn bermacam macam ragam manusia di planet bumi ini... ada yang ego, perasan bagus, tak sedar diri...hahaha... kasar sungguh bahasa aku... tapi itulah hakikatnya.. dan kita juga munkin memiliki sifat2 tersebut tanpa kita sedari... so, kembali kepada ayat di atas, kalau negatif yg kita keluarkan, negatiflah juga yg akan kita terima... 


"kenang kembali, apa yg kita miliki sekarang adalah kesan daripada apa yg pernah kita lakukan dahulu..." aku selalu  memikirkan ayat ini apabila penyesalan terdetik didalam hati... penyesalan sepatutnya tidak wujud dalam hidup kita tetapi dengan penyesalan lah kita akan mencari penyelesaian...  


"manusia yang bijak akan membetulkan kesilapan yg pernah dilakukan, sebaliknya manusia yg gagal akan mencari alasan di atas kesilapan tersebut..." kata2 ni aku dengar dari my sis cik rina... betul apa yg dia katakan... kebijakan & kematangan manusia akan mendorongnya memperbetulkan kembali kesilapan lalu dan yakin ianya akan membuahkan kejayaan... tetapi jika manusia yang gagal, dia akan mencari sejuta alasan untuk melepaskan kesalahan itu daripadanya dan seterusnya mengulangi kembali kesalahan tersebut... 


"fahami apa yang diperjuangkan adalah lebih mudah daripada berjuang tanpa mengerti apa-apa..." hahaha... macam askar pulak.. ini pula ayat bagi mereka yang tidak mengetahui apa tujuan kehidupan ini... 
"adakah kita memenuhi tujuan hidup atau kita mencari tujuan hidup..."  kita sedar, bukan mudah memenuhi & mencari tujuan hidup kita. tetapi adakah kita sedar kita sedang melaluinya saat ini. setiap saat ada pilihanraya dalam hidup kita. baik atau jahat...? nak ikut atau tidak...? nak buat atau tidak...? bukankah itu yang kita hadapi setiap masa.... benar... lebih mudah untuk memikirkannya daripada melaksanakannya.. kerana kita tidak sempurna.. manusia memang tidak sempurna.. selalu dengar ayat itu kan.. kita memang tidak sempurna.. tetapi tahukah kita, dimana kesempurnaan kita.. kesempurnaan kita ialah akal.. kerana akal lah kita diiktiraf sebagai makhluk yang sempurna.. akal kita sempurna  jika kita bijak menggunakannya.. kehidupan tidak menuntut kita menjadi sempurna tetapi dengan memenuhi & mencari tujuan hidup berbekalkan akal fikiran, insyaallah kita akan menjadi sempurna tanpa kita sedari...

aku hanya pandai menulis sedangkan aku pun masih merangkak rangkak meniti laluan ini.. apa yg aku kongsikan di sini hanyalah untuk peringatan diri sendiri dan rakan2 sekelian boleh menfaatkan sekiranya ia benar dan berguna untuk anda.. apa yang penting, kita jangan ego dengan kehidupan kerana orang yang ego dengan kehidupan ia sebenarnya berlawan dengan dirinya sendiri. rugi kan, menjadi manusia seperti itu... aku juga kadangkala ego dan aku sndiri terasa bahawa aku manusia yg bodoh kerana sifat itu.. "kita boleh ego sekiranya kita layak untuk ego..." ha ha ha ha.... pepatah ni aku reka sendiri... siapa kita untuk berasa ego kan.. renung renungkan diri sebelum ego...(nasihat utk diri sendiri..) ego tak sama makna dengan berlagak yer...kalau tak percaya, rujuk kamus.. bahasa melayu bukan bahasa korea (musim k-pop ler katakan...) 


ok lah ... setakat ini sahaja yg mampu aku taip dari berjuta billion trillion ayat yg ada dalam hati ini... tak larat nk menaip sbb aku kan sekarang dh mula menjahit .. hobi di malam hari..hihihi... lenguh tangan gunting kain beb... ni baru stat belajar tp dh lenguh2 tangan... apaadaaaa... hahaha...   lepas ni boleh menjahit puas2...seronok rupanya pandai menjahit ni... bagus la kan... sekurang kurangnya ada kemajuan dalam hidup aku... bab kemajuan dalam hidup ni, aku syorkan korg contohilah aku sekarang ini sebab aku mencari kemajuan dlm hidup, bukan mencari kehancuran hidup... ter berlagak pulak..huhu... rasanya tak salah nk berlagak sekejap sbb mmg aku sedang ada kemajuan... sedang memuaskan hati sendiri... kan lebih baik daripada ego dengan benda2 tak berfaedah... please la... jangan berlagak tunjuk dgn orang lain yg ualllz ada  benda itu ini tetapi rupanya membuatkan orang nampak pekong didada anda... mohon Allah jauhkan aku & rakan2 dari bala2 yg macam tu.. 

akhir kata, cuaca tak menentu sekarang ini... jangan main hujan atau main panas... nanti habis duit bayor ke klinik aje... duit yg ada tu kena simpan elok2.. kita tak tahu apa yg menanti depan kita... nak buat pelaburan pun, tak kiralah nk bela kucing ke bela orang ke atau nk masuk saham ke, biarlah kepada benda2 yg berkualiti dan mendatangkan hasil.. kalau setakat nk suka2 atau nk menghilangkan boring, itu perbuatan utk orang kaya yg duit tak tau nk buat apa dah .. dan utk rakan2 yg ekonominya seangkatan dengan aku, baik rentikan jelah..  silap2 duit habis hasil takdok... 


sesungguhnya, yg baik itu dari Allah dan buruk itu datang dari tangan aku yg gatal2 menaip nih... har har har... chow...