Monday, April 16, 2012

Pelangi Petang...

Alhamdulillah... tanpa dipinta, petang ini, aku diizinkan untuk melihat pelangi yang timbul selepas hujan renyai... walaupun ianya hampir mengundurkan diri, aku bersyukur kerana diberi beberapa minit untuk menatapnya..


Indah...cantik..agung..membuatkan aku terpukau... membuatkan aku khayal dibuai kenangan nya... membuatkan fikiran aku melayang entah kemana..


Aku tidak pernah mengharapkan hadirnya pelangi untuk menerangi kerana aku tahu, kehadirannya tidak akan memberi apa2 makna, hanya menunjukkan keagungan ciptan NYA.. dan aku juga tahu, kehadirannya hanyalah sementara dan hanya akan membuatkan aku terleka dalam bayangan fikiran ku sendiri...


Aku bahagia dengan sang mentari yang menyinari hariku, hujan yang sering memberi kenyamanan kepada ku, dan aku bersyukur dengan bulan yang menemani malam malam ku... walaupun kadangkala mentari itu terlalu panas buat ku, bulan terlalu bercahaya dan hujan kadangkala tidak mengerti permintaan ku... cukup.. cukup sempurna ciptaan NYA buat diri ku..


Dan pelangi, hadirlah tika mana yang engkau kehendaki.. 


Keindahan mu tetap mekar di dalam ingatanku.. kerana engkau yang bernama pelangi.. 
aku tidak meminta kehadiran mu namun aku tidak berdaya untuk menolak mu pergi... 

No comments:

Post a Comment