Wednesday, November 16, 2011

"DIAM.." tak perlu senyum dan tak perlu kata apa-apa...


Suspen je tajuknya... mcm org pemalas je bunyi nya..
Sejak bertukar kerja ni, inilah kali pertama aku boleh berfikir dan menaip dlm blog aku ni.. artikal sebelum ni hanya aku sempat copy senikata lagu, and paste lam blog aku... walaupun copy paste je, ada makna tu..hehehe...

wokey... berbalik kpd tajuk di atas, kenapa mesti DIAM & tak perlu senyum & tak perlu kata apa-apa.. kenapa yer... ermm... merajuk ke.. sakit hati ker.. mengalah ker.. menyesal ker... menyampah ker.. uh..!! banyak nyerrr... Sebenarnya, semua itu adalah apa yang sedang aku rasai sekarang ini... bukan niat untuk meluahkn perasaan dlm blog sndiri (walaupun blog aku sndiri, tp pembacanya bukan aku sorg je..) aku hanya ingin berkongsi kisah lumrah kehidupan manusia2 yang tidak boleh melihat kejayaan orang lain, walaupun sama bangsa, jenis, kaum cuma aku sikit comei dari mereka2 itu... Ya Allah.. ter riak pula.. ampun....

Apa yg aku alami, sebenarnya adalah masalah yg semua org alami bila mereka ingin mencapai sesuatu.. FIKIR POSITIF... niat mereka adalah ingin menjadikan aku matang dan sentiasa berwaspada dengan janji manis orang lain...  tq.. tq.. tq very much.. sungguh murni niat mereka... dan aku benar2 mendapat pengajaran nya...

cuma yang aku pelik kan, mereka ni, tak tau ke, kelemahan mereka yg terbuka terdedah depan aku skrg ni... tak salah nk memberi pengajaran kt aku, tapi tak perlu membuka pekong di dada sndiri.. simpati pula aku kepada mereka2 itu... dan aku harap mereka cepat2 sedar sebelum semuanya terlambat... setakat aku yg nampak kelemahan mereka, x de hal punyalah.. tapi kalau orang lain, yg lebih bijak pandai dari aku, camaner tu.. kan malu jadinya.. sendiri mau ingat..

dan pengajaran yg paling bernilai aku dapat ialah
"jangan percaya kepada sesiapa kerana mereka ada kehidupan dan kepentingan yang perlu dijaga dan lebih penting dari menjaga kehidupan aku... dan jangan sesekali ketepikan keluarga kerana mereka lah insan yang akan menerima kita dalam keadaan baik atau buruk..."


ok lah... aku pun ada kerja yang menanti depan mata... ini hanyalah sekadar kisah2 kehidupan yang kita lalui.. samada sedar atau tidak, selagi kita masih bernyawa, kita adalah pejuang yang berani kerana berjaya berjuang dalam menempuhi kehidupan... jika ada aral yang melintang, jangan kita putus asa dan teruskan perjalanan dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa mengubah haluan dan bakal mengahadapi rintangan yang lain pula...


salam....

No comments:

Post a Comment