jumaat menjelma lagi.. minggu kedua jumaat di dalam bulan puasa ... hari ni aku masuk keja lewat sikit sebab bersama Hubby pergi melawat kematian anak sahabat aku.... dan kerana apa yg aku lalui pagi ini, aku terasa ingin meletakkan luahan aku kepada blog kesayangan aku ni...
malam tadi, aku dan family menghabiskan masa meronda kawasan puchong ku yg permai tapi tak de la permai sgt sbb ramai warga asing yg tak diundang datang ke sini.. ketika melalui jalan di taman perumahan aku, terlihat ramai orang di jalan besar .. aku pun singgah jugak, nak tengok apa berlaku.. ala2 menyibuk kan diri la jugak.. seorang drpd orang ramai kt situ beritahu aku, ada budak bawak moto kena langgar dengan bas.. time aku sampai tu, bomba baru beredar.. aku pun x paham kenapa ada bomba.. aku tnya lagi, budak mana yg kena ni.. org tu pun jawab, anak orang rista villa apartment.. owhhhh... cukup la soalan tu.. aku dan Hubby pun beredar terus balik rumah...
bila sampai di rumah, kak G call aku sambil nangis2.. dia kata, " Ju... anak kak G meninggal accident dgn bas..." laju aku tnya.. " saper... along ke acik...?" terus dia jawab, bukan anak kak G la... anak bujang kak Rozi rista... anak no 2... owhhh... rupa nya nama manja Pn Rozi tu, G jugak... terdiam jugak aku sebab aku kenal kak Rozi & arwah anaknya tu.. baru 2 hari lepas masa aku beli ikan bakar kedai kak Rozi kt bazar ramadhan, ada jugak kelibat budak tu.. umur nya baru 16 tahun, tingkatan 4.. tapi dh pandai drive kereta & bawak moto walaupun x de lesen.. dia slalu bawa barang mak dia ke Bazar.. bagus kan.. jika dapat anak yg selalu menolong ibu mcm tu..
malangnya, arwah dilanggar bas ketika dengan lajunya merempit bersama 3 lagi moto rakan2.. yg kena sambar dgn bas, dia sorg jer.. kawan2 dia yg lain cepat2 lari sbb takut... driver bas pun salah jugak sebab keluar simpang x toleh kiri kanan.. ini maklumat yg aku terima dari kak G... ayah arwah baru lepas membayar saman RM 1k sebab anaknya bawak moto bawah umur, tak pakai helmet...
bila aku terima perkara macam ini, sedihh... hilangnya seorang lagi anak muda.... memang ramai anak muda kt malaysia ni, tapi berharga nya satu nyawa itu, hanya Allah yang mengetahui nya.. Al-fatihah aku sedekahkan kepada arwah.. dengan harapan keberkatan bulan Ramadhan yg mulia ini akan mengiringi roh nya..
kita memang tidak boleh mengelak jika tuhan lebih menyayangi nya.. tapi kejadian seperti ini, bukan perkara baru dalam hidup kita... hampir setiap hari, ada sahaja kemalangan yang melibatkan anak2 remaja memandu tanpa lesen.. kemalangan kecik2 hinggalah kemalangan besar macam ni... di mana kita nk memulakan langkah untuk mencari kesilapan... pandang kiri, nampak ibu bapa.. pandang kanan, nampak masyarakat.. pandang belakang, nampak keperluan semasa... pandang depan, macam2 kita nampak... dah macam2 peraturan pihak berkuasa gariskn untuk mengawal keadaan ini... saman dah buat, ronda kawasan pun dh buat.. aku selalu nampak kt taman aku ni, hensem2 abang polis meronda naik moto.. depan sekolah siap mereka tempatkan khemah kecik untuk mengawal remaja2 yg bawak moto ni.. adakah tindakan itu masih tidak cukup berkesan... apa daya lagi mereka kena buat ..
ibu bapa pula, letihnya membebel tak bagi anak bawak moto.. anak2 dh remaja, takan mereka nk rotan pula.. remaja ni, nak didik secara kasar tak boleh, apa lagi kalau berlembut.. lembut sangat pun, laju je mereka amik kesempatan.. bab ni, aku x berani nak komen lebih2 sebab pengalaman aku tak cukup.. anak bujang aku kecik comei2 lagi.. cuma aku belajar dari pengajaran yang ada ni, untuk aku lebih belajar cara2 bagaimana nak mendidik bila mereka dewasa kelak...
apa lagi ya... faktor keadaan semasa... yup... keadaan semasa memaksa kita mengikut, umpama menuruti arus walaupun ianya deras tapi hanya itu saje jalan untuk kita sampai ke hujungnya.. berbalik pada kes ini, arwah belajar drive kereta ayahnya.. mudah sebab dia dapat membantu ibunya berniaga.. kalau dia x de, saper nk buat semua benda tu.. ibunya x pandai drive, ayah pula dalam waktu kerja.. sekarang kereta sangkut di bengkel sebab arwah terlanggar tembok masa reverse nk parking...yelah... sebab x de lesen.. bak kata org, belajar x abes,...
apa ungkapan yg boleh kita keluarkan... kesian... dah nasib... malangnya... aku lebih suka mengeluarkan rasa sedih dan sayu aku.. kenapa mesti macam ini cara perginya seseorang remaja... lelaki pulak tu... dah la lelaki makin sikit zaman sekarang ni.... munkin di dalam bidang kerja aku, aku lebih menghargai golongan muda.. tak kira la siapa pun, kita memang berharga...
cukuplah untuk kisah ini... kepada Pn Rozi, salam takziah ikhlas dari saya & keluarga.. Ya Allah Ya Tuhan ku, berat benar dugaan yg telah engkau berikan kepada ibu ini... tidak ku menyangkal qada' qadar mu... hanya ku pohon kepadamu, kurniakanlah sebesar besar ketabahan dan kekuatan kepada ibu ini dan keluarganya... sesungguhnya, hanya dengan ketabahan darimu Ya Allah, mereka bisa menghadapi segalanya...
Al-Fatihah ku panjatkan kepada arwah... semoga beroleh keberkatan dan semoga sebaik baik nikmat dan sebesar besar kerahmatan yg maha esa akan kau perolehi... amin....
No comments:
Post a Comment