.. huhuhu... kena tarik nikmat lagi.. tekak sakit..idung mengalir jer.. bersin x abes2.. sore dh mcm kambing pun ada... huhu.. banyak sgt dosa.. kena turun penyakit utk hapuskn dosa.. kena redha .... seumur hidup kena penyakit pun, tak terhapus dosa aku yg menimbun nie...
mood raya tak sampai2 lagi.. malam tadi, hubby bz pasang lampu raya.. yg paling bz ialah anak2 bujang aku yg bertiga tu.. kecoh x sabar2 nk tengok lampu tu... bila daddy dia on je lampu tu, memasing ternganga.. terpesona kot... padahal sblm ni, pegi jugak I-city yg penuh ngn lampu tu... inilah budak2.. inilah dunia mereka... malam ni, daddy nk pasang pelita pulak... kekecohan semalam akan berulang kembali malam ini... hehehe...
mari sambung bersin... ( sound effect x yah letak... buat malu jer...)
Wednesday, August 24, 2011
Tuesday, August 23, 2011
. . . . . . . . . . . . .
“Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..”
wanita & lelaki yang baik itu sebenarnya untuk siapa...
Bismillahirrahmanirrahim.....
Ramai di antara kita tahu tentang sebuah firman Allah yang menyatakan bahawa wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Firman Allah ini boleh ditemui dalam surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”
Dengan ini ramai di antara kita menggunakan ayat ini untuk menyatakan tentang hal-hal berkaitan jodoh. Tetapi ada sesetengah di antara kita kurang jelas dengan maksud ayat ini kerana pada pandangan mereka, ramai pasangan yang mereka temui tidak selalunya demikian. Ada lelaki yang baik tetapi berkahwin dengan perempuan yang derhaka. Ada juga perempuan yang baik tetapi si suami begitu zalim.
Untuk menjelas hal ini kita perlu memahami maksud sebenar ayat di atas. Ayat itu perlu dibaca sampai habis. Kita perlu tahu bahawa ayat di atas sebenarnya diturunkan bersempena peristiwa ‘Al-Ifki’, iaitu ketika Sayyidatina Aisyah r.a difitnah oleh puak-puak munafik di Madinah bahawa beliau telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu’attol.
Allah s.w.t. mempertahankan kesucian Aisyah r.a. dengan menegaskan bahawa jika benar-benar Aisyah itu jahat, beliau tidak akan didampingi orang yang baik-baik seperti Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Bahkan Rasulullah amat menyayaingi Aisyah.
Pengajaran yang kita dapat ambil dari ayat ini adalah hubungan baik seseorang itu bergantung kepada sikapnya sendiri. Jika dia seorang yang baik, mustahil dia akan bergaul dengan orang yang jahat dan begitulah sebaliknya. Seperti juga hubungan suami isteri. Wanita yang baik tidak akan bersama dengan suami yang jahat. Seandainya mereka telah dijodohkan bersama, mereka tetap tidak akan dapat bersatu. Sebab itu dalam Islam sendiri perceraian adalah perkara yang halal. Bukan haram. Meskipun begitu, ia adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah.
Ini bukan bermaksud kita tidak boleh mengambil jalan terakhir untuk bercerai, tetapi seandainya kita boleh berusaha mengubah pasangan menjadi lebih baik, bersabar dan bertawakkal kepada Allah, maka hendaklah kita berusaha terlebih dahulu. Namun jika tidak mampu berbuat apa-apa lagi kerana sifat isteri yang sering derhaka atau suami yang terlalu zalim, maka bercerai adalah langkah yang jauh lebih baik dari membiarkan diri terseksa dan rumah tangga yang dipenuhi kemurkaan. Kerana tidak mungkin seorang yang baik itu akan bersama dengan seorang yang jahat. Inilah maksud yang kita perlu fahami.
Selain itu kita juga perlu jelas bahawa orang yang baik-baik jarang sekali mengaku dirinya baik. Memang kita semua akui bahawa kita mahu mencari yang terbaik sebagai pasangan hidup kita. Namun sekiranya kita adalah seorang yang berilmu, kita tidak seharusnya memandang hina pada orang yang kurang bernasib baik seperti kita. Jika kita manusia yang alim, maka membimbing dan mentarbiah pasangan adalah tanggungjawab kita.
Saya hairan dengan sesetengah sikap manusia yang merasakan dirinya baik, punyai keluarga yang beragama tetapi memandang hina insan lain. Bagi mereka orang-orang yang tidak berlatarbelakang agama dan hidup dengan penuh sosial itu begitu hina dan tidak layak untuk mendampingi mereka. Perkara ini benar jika orang-orang itu tidak mahu berubah ke arah kebaikan dan ingin mengheret kita ke jalan maksiat. Tetapi tidak jika mereka mahu berubah, mereka ingin belajar tentang Islam dan ingin kembali kepada Allah. Mereka perlu diberi peluang untuk bersama kita menghayati keindahan Islam.
Namun sikap sesetengah manusia yang merasakan dirinya alim ini begitu mementingkan diri sendiri. Mereka mengabaikan manusia-manusia yang tidak bernasib baik. Ada yang menjauhkan diri dari mereka, malah tidak kurang juga yang menghina. Tidak hairanlah diakhirat esok terdapat 3 golongan yang apabila mereka dicampakkan ke dalam neraka, ahli neraka sendiri akan merasa hairan. Kerana 3 golongan ini kelihatan begitu alim sewaktu hidupnya tetapi siapa tahu, hatinya kotor!
Untuk mendapatkan yang terbaik, biarlah kita sendiri yang mengubah sikap menjadi yang terbaik. Sesiapa sahaja yang kita dampingi, samada baik atau jahat, kita mungkin tidak akan tahu. Elakkan diri dari memilih orang yang tidak sepatutnya namun elakkan juga dari bersangka buruk dan menghina orang lain. Kita diberikan akal untuk berfikir, maka buatlah pilihan yang baik.
Harus diingat, wanita semulia Asiah sendiri dijodohkan dengan Firaun yang begitu zalim. Seandainya kita ini sebaik dan semulia Asiah, kita juga masih belum layak untuk mengakui bahawa kita hanya layak menerima pasangan yang baik. Namun sebagai hamba yang disayangi-Nya, Allah tidak akan sesekali menzalimi kita.
Sebaik atau sejahat manapun pasangan yang kita terima setakat ini, itulah yang terbaik buat kita. Allah tidak pernah salah dalam aturannya. Namun untuk mencari yang lebih baik, Islam telah memberikan garis panduan yang jelas dalam ajarannya. Kita hanya perlu belajar dan mula mengamalkannya.
Monday, August 22, 2011
... sayu...
... SAYU... adalah perasaan yang kita rasai, bila kita terpaksa memendam rasa... bukan semua perasaan ini boleh kita luahkan.. jika boleh, kita tidak akan mempunyai perasaan....
bercakap & menulis memang senang.. " tulis jer apa yang kita rasa... cakap je apa yang kita nak..."
salah tu... kita ada perasaan dan sedia maklum orang lain juga ada perasaan.. bagaimana kita menjaga perasaan kita, begitulah sepatutnya kita menjaga perasaan orang lain... cuma, kadang kala, terlalu leka menjaga perasaan orang lain, rupanya perasaan kita sendiri dilitupi awan mendung ... memang kejadian Yang Maha Esa ini terlalu lengkap diluar jangkauan kita... dia menciptakan kita dengan kelemahan supaya kita tidak dapat mengetahui apa yang orang lain fikirkan pasal kita... itu membuatkan kita hidup dengan sifat rendah diri, prihatin dan mengasihani...
apa pun yang aku tuliskan, perasaan ini hanya aku yang rasa... dan aku harap, orang di sekililing ku tidak merasai apa yang aku rasa...

Friday, August 19, 2011
... kebenaran dan anggapan...
ada pepatah mengatakan, cinta ialah bilamana kebahagiaan orang lain lebih utama dari kebahagiaan kita sendiri... ada juga pepatah lain berbunyi, lahirnya cinta adalah dari hati dua insan yang bahagia... maksud nya, hati kita dan hati nya, sama sama mengecapi kebahagiaan dalam percintaan... itulah nama nya cinta... sama- sama cinta, sama-sama bahagia... hati adalah segalanya, dan segalanya lahir dari hati.. tidak ada cinta yang hadir di dalam hati yang terluka ... dan percayalah, sekali hati anda terluka, ia tiada ubatnya... yang ada, hanyalah penawar sementara yang peranannya dimainkan oleh akal .. ketika luka itu terjadi, akal kita mengawal untuk kita memikirkan hal yang tiada sangkut paut dengan cinta kepadanya, hanya kerana ingin memberi ketenangan kepada hati ... kerana peranan sementara akal itu, kita berjaya mengubati hati dengan usaha kita sendiri.. sedangkan belati yang menghiris hati, masih bermaharajalela...
ada juga pepatah yang berbunyi, tiada makna kehidupan tanpa cinta... benar... kita memerlukan cinta di dalam kehidupan seharian kita... bagaimana sebenarnya cinta yang kita perlukan dalam hidup ini... adakah cukup dengan sekadar ANGGAPAN bahawa cinta nya hanya kepada ku, milik ku... atau adakah cintanya memang BENAR untuk aku tanpa alasan untuk menyangkalnya... ANGGAPAN KITA ATAU KEBENARAN CINTA...? di dalam usaha akal mencari jawapan, hati kita terdetik dan lantas menjawab, tak munkin ini hanya anggapan aku saja, sebab dia memang berjaya menunjukkan cinta nya pada ku... jika kita mengakui kebenaran, akal kita akan terus membawa kita kepada kelukaan hati yang kita alami... kenapa mesti adanya parut kelukaan jika cinta itu untuk kita... adakah dalam cinta perlu ada parut kelukaan...
pepatah ini pula sesuai kepada kelukaan hati... " cinta akan mengajar kita erti keperitan dan kebahagiaan " ... maksudnya, memang ada kelukaan jika kita bermain dengan percintaan... namun, ada batasan kelukaan yang mampu kita hadapi... luka di tangan pun, jika berulang, pasti mengundang aib... begitu juga luka di hati.. sekali dua munkin pengajaran ... jika lebih dari itu, hanya hati yang mampu menjawab, apakah ia...
... hentikan lah kebenaran cinta dan kajilah kepada anggapan kita... kebenaran adalah sesuatu perkara yang terpaksa kita terima... walau sepahit mana pun rasanya, itulah dinamakan kebenaran... anggapan pula, semanis madu pun ia, ianya tetap mainan perasaan kita... dan kita mempunyai hak untuk menyingkirkan anggapan yang membelenggu perasaan... kebenaran, jika di kaji, itulah lorong yang akan membawa kita ke penghujungnya manakala anggapan, hanyalah simpang simpang gelap, kosong yang tidak berpenghujung..
... mesyuarat Ipin & haziq... mama tgh basuh pingggan...
Tarikh : 18 Ogos 2011
Masa : 7.30 malam
Tempat : Depan TV
Haziq : Ipin, Irpan kata rumah Haziq besa... best.. boleh main basikal ngn main lari2...
Ipin : memang la... Daddy cari rumah besa utk kita main basikal... pastu, kita kan dah besa.. kena la duduk rumah besa...
Haziq : kenapa dah besa kena duduk rumah besa...
Ipin : memang la macam tu... daddy suka rumah besa.. nti dia nak tanam pokok...
Alahai... anak2 mama... dari kecik, Ipin memang menunjukkan kematangan... dia memang cerewet, berkira... aku masih ingat lg masa dia masih baby.. baju kena air sikit pun dia nangis.. dia tanak pakai baju tu.. bila pegi rumah orang, dia tanak masuk kalau dia tak suka... dia tak suka katil dia bersepah... dia tak suka tak pakai baju... aku merasa macam maner membesarkan baby yg cerewet.. memang seksa rasanya... semua serba tak kena.. itu tak boleh, ini tak boleh.. dia belum pandai cakap, apa yg dia tau cuma nangis jer... bayangkan, apa aku nk buat sbb aku tak tau apa dia nak...
Rupanya keadaan itu mendisiplinkan dirinya sendiri... bila meningkat umur, dia menjadi seorang budak yg melalui rutin harian dengan taat dan teratur.. dan caranya itu, menjadi ikutan adik adiknya.. di dalam usia 8 tahun, dia pandai menjaga adik2... kalau nakal tu, memang tak boleh dipisahkn dengan kanak2... ada kala nya dia nakal, tapi masih dalam kawalan lagi...
hari raya hampir menjelang... tak habis2 dia ceritakan pengalaman raya dia pada adik2 dia... haziq suka bertanya, Akif pulak nk menyampuk je apa org cakap...
anak2 mama.... mama tahu, mama sukar nak luahkan apa yg mama rasakan ... cuma mama harap, anak2 dapat merasai kasih sayang mama... mama dan daddy akan bahagiakan kalian sehingga hujung nyawa kami... kalian adalah segalanya bagi kami... semoga kalian menjadi anak2 yang mendengar kata, taat kpd orang tua, berjaya di dunia & akhirat.... Haziq suka tengok bulan.. dia tanya kenapa bulan kecik... sayang, bulan bukan kecik, cuma dia jauh sbb tu kita nampak dia kecik... kalau haziq dh besar nti, mama harap Haziq dapat pegi ke bulan, Haziq ukur sendiri besar mana bulan tu...
31 Ogos 2002, kehidupan mama & daddy bermula... sejak itu, kami membina mahligai kami sndiri... besar mana pun mahligai yg kami bina, tidak kan beerti jika Tuhan tidak kurniakan kalian kepada kami...
untuk anak2 mama, ketahuilah... kami tidak hidup tanpa kalian... salam sayang untuk kalian....

Thursday, August 18, 2011
... cerita hari ini...
hehehe... nak pilih background blog pun kena ikut mood... tengah mood nk melihat love beterbangan...terawang awang... indahnya... mcm meriah mata aku nengok... kaler merah pulak tu... i likeee...hehehe
dah petang pun... pagi tadi penuh dgn program bersama Bos kesayangan ku... kesian Bos ku... risau dia memikirkan program besar 27 hb ni... sabar ye kak... memang tiap2 kali ada program besar, dia akan runsing..pening..risau.. mcm2 dia pikir.. tapi itulah bakat semulajadi dia.. dia dilahirkan untuk memikirkan benda2 macam tu... kalau dia x de dlm dunia ni, x de siapa nk amik tanggungjawab tu... cayalah kak...!!!
pagi tadi, aku teman Ipin bangun sahur.. Ipin tengah syok makan, tiba2 Kip pulak bangun... dari bawah, aku dengar dia panggil mama..mama... cepat2 aku naik amik dia.. rupanya, dia tanak tido lg.. dia nk menyibuk bangun awal jugak.. aku pun bawak dia turun bwh, bagi susu sambil layan tv.. lebih kurang pukul 6, kip kata... mama... nak shik ngn low... nak nasi dengan telur... owh.. lapar pulak dia .. aku pun goreng telur ngn nasi... selera pulak dia makan kul 6 pagi.. tak lama lepas tu, haziq pulak bangun.. dok la 3 beradik tu melayan tom & jerry.. heppy aku tengok dorang... utk menambah lagi heppy hati aku, aku keluarkn crayon & kertas yg ada gmbr haiwan... laju dorg amik, terus kaler... kip yg x pandai kaler tu, conteng2 la gmbr gajah tu... sambil gelak2 dia tengok abang long dia kaler kura2 warna merah.. haziq pulak kaler gmbar ikan.. bahagia nya aku di subuh hari... malangnya, kena suruh dorg stop kaler sebab nk kena g mandi... jam dah hampir2 pukul 7.. pagi ni mama kena g keja awal sebab ada program.. dalam merungut rungut tu, dorg pegi jugak mandi... taat mereka mengikut rutin harian...
anak2 mama... terima kasih atas kebahagiaan yg kalian berikan... tak sangka mama akan menerima anugerah sebegini.. kerdilnya mama untuk menerima anugerah sebesar ini...
mama sayangkan kalian...

.. ntah apa2 gambar yg ada lam fon aku nih....
pokok daun cekur |
menang hot tiket dr hot.fm |
perfume hadiah dari Bos... |
apam buat sndiri... |
kedai feberet aku & Hubby... Bikerz... |
Ipin buat.. bola2 cinta... |
hamster...eeewwwww.. |
Ini bilik mesyuarat Prof Madya Hanapiah dari UITM... koleksi tudung saji.. |
gambar curi... 3 orang polis tengok aku semacam jer... sebabb... |
ini Tengku Mahkota Johor nyer keta..hehehe |
buah jambu air ... sulong kiranyer... |
pisang tanduk... x sabar nk rasa... penat tanam beb... |
delima ku yg x sempat nk rasa sebab dh kena curi...huhuhu... saper suh terjuntai luar pagar.. |
sebenarnya, banyak lagi gambar yg tah apa2 aku simpan lam fon nih... cukup ni dulu... next time aku up lagi...
Tuesday, August 16, 2011
.... adduuhhh... penat nya....
... akhirnya.... jam pukul 4.40 ptg... alhamdulillah... berjaya mengharungi sehari yang penuh kesibukan kerja.... besok cuti... malangnya... malangnya... aku kena mesyuarat Puteri Sepang... apakan daya.. tenaga dan fikiran ku diperlukan lagi... itu nama nya tanggungjawab... kena tabah... sabar... lepas mesyuarat, hubby dh janji nk bawak jenjalan.. hehehe... tq En Hubby... lega sket hati..
okeylah... mari mengemas ... balikkkkk....!!!!! masa balik... masa utk henfon aku pulak bekerja... tadi x sempat nk buat call... biasa la.. ramai sgt manusi2 yg aku kena call hari2... mcm rutin pulak...hehehe...
sebelum balik, nk minta maaf kepada sesiapa sahaja... tak kira lah dosa2 lama ke... baru ke.. atau dosa2 yang bakal aku lakukan... maafkan aku...
As-salam...

Monday, August 15, 2011
... U cakap I tulis...
Saya tak suka pada orang yg berpura pura... kenapa perlu berpura pura... adakah sukar untuk berterus terang... cukuplah dengan sikap kepura puraan mu itu... sesungguhnya kebenaran pasti akan terpancar jua...
apakah tujuan kita berpura pura... adakah kerana kita seronok dengan keadaan itu... atau kita ingin menjaga hati masing-masing... kenapa kita tidak menjadi diri kita yang sebenar.. kenapa kita tak boleh...
kau tak perlu berpura pura disebalik senyuman itu, wajah itu... tidak kah kau ketahui, berita itu pasti tiba ke telinga ku jua... tidak kah kamu merasa kejam dengan perasaan seperti itu... dengan tindakan sebegitu bagi ku, pura-pura ini adalah satu kesalahan... kenapa perlu kita membohongi insan yang lain...

Friday, August 12, 2011
... MENITIS AIR MATA...
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang. Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa poton...g kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'. Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang. Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. "Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang. "Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!" Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!" Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka. Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu. Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.
Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang. Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang. 26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.
7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang. Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.
13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?" Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!" Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!" Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung. Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?" Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu. "Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang. Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi! Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan. Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital. "Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang. "Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat. Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta. Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik. 8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil. Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi. "Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!" Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia
Abang pada tahun 2007. 9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas. Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai. Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya. Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan. "Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!" Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak. "Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap. "Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja." Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba! Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!" Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang. "Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis. "Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!" Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang. Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum. "Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas... Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi. Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa)

... jumaat kali ini...
jumaat menjelma lagi.. minggu kedua jumaat di dalam bulan puasa ... hari ni aku masuk keja lewat sikit sebab bersama Hubby pergi melawat kematian anak sahabat aku.... dan kerana apa yg aku lalui pagi ini, aku terasa ingin meletakkan luahan aku kepada blog kesayangan aku ni...
malam tadi, aku dan family menghabiskan masa meronda kawasan puchong ku yg permai tapi tak de la permai sgt sbb ramai warga asing yg tak diundang datang ke sini.. ketika melalui jalan di taman perumahan aku, terlihat ramai orang di jalan besar .. aku pun singgah jugak, nak tengok apa berlaku.. ala2 menyibuk kan diri la jugak.. seorang drpd orang ramai kt situ beritahu aku, ada budak bawak moto kena langgar dengan bas.. time aku sampai tu, bomba baru beredar.. aku pun x paham kenapa ada bomba.. aku tnya lagi, budak mana yg kena ni.. org tu pun jawab, anak orang rista villa apartment.. owhhhh... cukup la soalan tu.. aku dan Hubby pun beredar terus balik rumah...
bila sampai di rumah, kak G call aku sambil nangis2.. dia kata, " Ju... anak kak G meninggal accident dgn bas..." laju aku tnya.. " saper... along ke acik...?" terus dia jawab, bukan anak kak G la... anak bujang kak Rozi rista... anak no 2... owhhh... rupa nya nama manja Pn Rozi tu, G jugak... terdiam jugak aku sebab aku kenal kak Rozi & arwah anaknya tu.. baru 2 hari lepas masa aku beli ikan bakar kedai kak Rozi kt bazar ramadhan, ada jugak kelibat budak tu.. umur nya baru 16 tahun, tingkatan 4.. tapi dh pandai drive kereta & bawak moto walaupun x de lesen.. dia slalu bawa barang mak dia ke Bazar.. bagus kan.. jika dapat anak yg selalu menolong ibu mcm tu..
malangnya, arwah dilanggar bas ketika dengan lajunya merempit bersama 3 lagi moto rakan2.. yg kena sambar dgn bas, dia sorg jer.. kawan2 dia yg lain cepat2 lari sbb takut... driver bas pun salah jugak sebab keluar simpang x toleh kiri kanan.. ini maklumat yg aku terima dari kak G... ayah arwah baru lepas membayar saman RM 1k sebab anaknya bawak moto bawah umur, tak pakai helmet...
bila aku terima perkara macam ini, sedihh... hilangnya seorang lagi anak muda.... memang ramai anak muda kt malaysia ni, tapi berharga nya satu nyawa itu, hanya Allah yang mengetahui nya.. Al-fatihah aku sedekahkan kepada arwah.. dengan harapan keberkatan bulan Ramadhan yg mulia ini akan mengiringi roh nya..
kita memang tidak boleh mengelak jika tuhan lebih menyayangi nya.. tapi kejadian seperti ini, bukan perkara baru dalam hidup kita... hampir setiap hari, ada sahaja kemalangan yang melibatkan anak2 remaja memandu tanpa lesen.. kemalangan kecik2 hinggalah kemalangan besar macam ni... di mana kita nk memulakan langkah untuk mencari kesilapan... pandang kiri, nampak ibu bapa.. pandang kanan, nampak masyarakat.. pandang belakang, nampak keperluan semasa... pandang depan, macam2 kita nampak... dah macam2 peraturan pihak berkuasa gariskn untuk mengawal keadaan ini... saman dah buat, ronda kawasan pun dh buat.. aku selalu nampak kt taman aku ni, hensem2 abang polis meronda naik moto.. depan sekolah siap mereka tempatkan khemah kecik untuk mengawal remaja2 yg bawak moto ni.. adakah tindakan itu masih tidak cukup berkesan... apa daya lagi mereka kena buat ..
ibu bapa pula, letihnya membebel tak bagi anak bawak moto.. anak2 dh remaja, takan mereka nk rotan pula.. remaja ni, nak didik secara kasar tak boleh, apa lagi kalau berlembut.. lembut sangat pun, laju je mereka amik kesempatan.. bab ni, aku x berani nak komen lebih2 sebab pengalaman aku tak cukup.. anak bujang aku kecik comei2 lagi.. cuma aku belajar dari pengajaran yang ada ni, untuk aku lebih belajar cara2 bagaimana nak mendidik bila mereka dewasa kelak...
apa lagi ya... faktor keadaan semasa... yup... keadaan semasa memaksa kita mengikut, umpama menuruti arus walaupun ianya deras tapi hanya itu saje jalan untuk kita sampai ke hujungnya.. berbalik pada kes ini, arwah belajar drive kereta ayahnya.. mudah sebab dia dapat membantu ibunya berniaga.. kalau dia x de, saper nk buat semua benda tu.. ibunya x pandai drive, ayah pula dalam waktu kerja.. sekarang kereta sangkut di bengkel sebab arwah terlanggar tembok masa reverse nk parking...yelah... sebab x de lesen.. bak kata org, belajar x abes,...
apa ungkapan yg boleh kita keluarkan... kesian... dah nasib... malangnya... aku lebih suka mengeluarkan rasa sedih dan sayu aku.. kenapa mesti macam ini cara perginya seseorang remaja... lelaki pulak tu... dah la lelaki makin sikit zaman sekarang ni.... munkin di dalam bidang kerja aku, aku lebih menghargai golongan muda.. tak kira la siapa pun, kita memang berharga...
cukuplah untuk kisah ini... kepada Pn Rozi, salam takziah ikhlas dari saya & keluarga.. Ya Allah Ya Tuhan ku, berat benar dugaan yg telah engkau berikan kepada ibu ini... tidak ku menyangkal qada' qadar mu... hanya ku pohon kepadamu, kurniakanlah sebesar besar ketabahan dan kekuatan kepada ibu ini dan keluarganya... sesungguhnya, hanya dengan ketabahan darimu Ya Allah, mereka bisa menghadapi segalanya...
Al-Fatihah ku panjatkan kepada arwah... semoga beroleh keberkatan dan semoga sebaik baik nikmat dan sebesar besar kerahmatan yg maha esa akan kau perolehi... amin....

Thursday, August 11, 2011
... bersyukur dengan 2 tangan & 10 jari....
hehehe... kelakar pulak dgn tajuk post aku kali ni... 2 tangan dan 10 jari... cukup sempurna.. alhamdulillah... kenapa menulis topik ni pula... sebenarnya, saat & ketika ini, keja aku melambak sesangat.. walaupun cukup 2 tangan & 10 batang jari yg comei, tetap tak terkejar dek keja2 yg menimbun nih...
preparation untuk program 27 hb nak kena siapkan... kad raya nk kena hantar... kena la print alamat mereka2 yg bakal menerima kad raya ni, pastu gunting cantik2...pastu lekat kt sampul kad tu... huhuhuhu... banyak nya nk kena buat... 3 ribu tu... haduuuiiii... banyak pulak kenalan Bos aku nih... yelah.. jawatan beso.. cuma yg best nya, kad raya dia taun ni, kecik comei lote jer.. mcm SU dia ni...kikiki... nti kalau kad tu dh sampai ke tangan aku, aku up gambr nya... boleh buat kenangan...
ada orang tanya, kenapa aku ada blog... haa... soklan bonus tuh... ntah la tukang tanya ni apa motif dia.. dia tau x, ini peredaran zaman nama nya... kita gunakan kemudahan yg ada... selain dari tu, igt tak zaman kita kecik2 dulu.. menulis smpai lenguh2 tangan kerana kita ni dilahirkan dengan seribu satu rasa yg dipendam dan jari kita menari mengikut alunan meluahkan kata hati kita.. punya lah berirama ayat2 tu, tiba2 ilang plak kertas tu.. lupa pulak mana letak nya.. kan rugi kan... inilah guna nya blog... kita menulis bukan untuk mencari nama.. kita menulis kerana perasaan kita... ada suka..duka.. dan kadang kala, teringin untuk menyampaikan sesuatu... tak salah kan.. cuma, jangan menyinggung perasaan orang lain.. tapi, kita ni manusia yg tidak boleh membaca fikiran orang lain.. mana kita tau, kalau ada penulisan kita membuatkan orang lain memendam rasa... apa yg penting, berfikiran positif ..
sempat pulak aku curi masa beberapa minit utk update blog aku... puasa hari ke sebelas... dan mcm biasa, aku sentiasa di awangan sebab darah ku yg rendah nie..
cukup untuk hari ini.. jap lg nk balik.. sblm balik, nk jenjalan kt bazar ramadhan pulak... bau ikan bakar dh masuk ofis ni sejak kul 3 petang td..
Wednesday, August 3, 2011
... cerita Puasa hari ke 3...
Alhamdulillah... bulan puasa sudah menjelma... tahun lepas, x dapt menyambut hari pertama puasa sebab ehem ehem... tahun ni, dapat sambut.. alhamdulillah... yg menambah best aku ialah tahun ni Ipin tak malas bangun sahur.. dh masuk hari ke 3, dia tetap bangun dengan jayanya...hehehe.. siap teman mama masak lagi tu... betuah nya terasa diri mama sbb ada orang teman memeriahkan suasana subuh mama..
malangnya, setakat hari ini, x penuh sehari pun puasa dia... sebab perut dia pedih.. tak per Sayang.. mama faham.. mama ingat lagi masa Ipin kecik2 lagi... mama penah tido Hospital Az-Zahrah dan SJMC sebab perut Ipin problem... sebab tu, smpai sekarang ni, mama memang jaga perut Ipin sebab perut Ipin tu sensitif.. mama x paksa Ipin puasa.. mama tau, semangat Ipin kuat, tapi perut Ipin x kuat untuk menahan rasa lapar... mama bangga, sebab Ipin terus mencuba.. bangun sahur dan cuba menahan lapar ... x per.. nanti lama2 perut Ipin akan belajar...
pasal Hubby pulak, dia tido pukul 3 pagi, tiap2 hari sebab siapkan kerja... so, dia makan siap2 sebelum tido.. itulah waktu sahur dia... lagi pun, dia x makan nasi masa sahur .. memang itu cara dia ...
1st day buka puasa, berbuka bersama mertua.. aku bawa donut big apple.. yg penuh dengan segala coklat ngn cream tu.. yelah... dh x makan sehari, kena la tambah balik lemak2 yg susut tu...hehehe... mak mertua masak banyak lauk, ada ayam percik, sup sayur, hubby pulak sempat grill udang.. memang meriah le hidangan nya tu... family pun cukup semua ada.. x putus senyuman dari wajah mertua aku.. abah kata, ini lah hasilnya dari kehidupan 2 orang insan... dulu makan kt meja, skrg dh tak muat meja.. kena duduk bawah mcm kenduri... x per abah.. inilah hasil apa yang abah perjuangkan.. kami semua sayang abah ngn mak..wahai mertua ku...
minggu ni rasanya mcm nk berlonggok dengan adik beradik aku pulak.. nk setting dgn kak long.. sbb cuma minggu ni je aku free.. minggu2 depan, x leh nak janji masa aku.. so, kena kejar masa untuk laksanakan tanggungjawab...
tahun ni, jika tuhan mengizinkan aku untuk menarik nafas ini sehingga menyambut raya, aku akan menyambut ulangtahun perkahwinan aku.. yang ke sembilan tahun... sembilan tahun... sembilan... bukan satu.. bukan dua... kira dengan jari, hampir abes jari tu.. pejam celik, suka duka, bahagia derita.... sembilan tahun jugak...alahai... itulah kehidupan... ada rakan aku pernah kata.. laluan hidup dia macam air.. setia mengalir menuruti saluran nya... apa pun yg melintang di hadapan nya, ia tetap setia mengalir ... hmmm.... tabah sungguh dia hingga boleh menjadi air... rasanya, aku pun mcm tu, kot.. sebab dh sembilan tahun aku jadi air.. setia dlm perjalanan kehidupan... redah je apa aku jumpa depan mata...
hmm... selamat menempuh puasa buat diri ku yg dok pitam2 sebab darah rendah ni... tensen & serabut hotak ni, x boleh nak cerita.. tapi tak jugak darah naik... makin rendah lagi ada la.. x per la.. bersyukur la jugak sebab ada darah yg mengalir dlm badan nie..
cukup.... mari sambung keja.. keja... keja... keja...

Tuesday, August 2, 2011
... suami ku... kekasih ku....
suami ku....
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani... pemurahnya ia kerana menghadiahkan dirimu sebagai suami ku... mengasihaninya ia kerana menyempurnakan dirimu dengan kasih sayang... untuk dicurahkan kepada ku....
cinta ku ....
dalamnya bersemi cinta ini... lautan tidak di duga gunung tidak tercapai ... hanya kepada mu sauh bahtera cinta ini ku labuhkan.. tidak kan seinci berganjak walau beribu deruan menyapa....
salam ku....
sambutlah ikhlasnya salam sayang ku.. salam rindu ku... salam cinta ku... tiada hala nak ku tujukan... hanya kepada mu aku relakan ...
suami ku ... kekasih ku....
tidak terucap agung ciptaan nya.. melahirkan pelukan untuk ku bernafas tenang di dalam nya... memberikan hembusan nafas untuk ku meniti kehidupan bersama nya... menganugerahkan kudrat ketabahan untuk ku menikmati kebahagiaan nya... dan melengkapi seadanya untuk ku nikmati kesempurnaan nya....
suami ku..
abdi diri ku tiada soal nya.. bahagia hati ku tiada sangkal nya... terimalah insan ini untuk selama nya.. hanya kepada mu ku redha segala nya....
huhuhuhu... ikut suka hati je jari ni menaip... mari sambung keja...
Monday, August 1, 2011
... xtvt sebelum menyambut puasa...
Jumaat minggu lepas, menghabiskn masa lunch bersama kekawan di sebuah tempat yg ....fuhh... bila lepas makan tu, terasa macam terus nak lena siap dgn berdengkur...
Sabtu yg permai sbb pepagi ujan mencurah.. sejuk beb..
jam 9 pg, ada program Juara Rakyat DUN Dengkil... dengan malas2 bangun tu, aku siap jugak comei dgn baju BN kaler biru.... hubby malas keluar, so dia tolong jaga anak2 kt umah..
abes prog kul 11 pagi, Hubby ajak menghabiskan masa dengan dia.. apa lagi aku, laju mencicit mcm lipas kudung balik umah, siapkan anak2 cantik2, bedesup terus kuar rumah .. langsung x pandang betapa cantiknya besepah rumah aku dia buat dek budak2.. memula, anta moto dia ke bengkel kt KL.. pastu, g makan kt rest feberet aku kt Cyberjaya... pastu, anta aku g cuci rambut... pastu, dia bwk aku g tengok moto idaman aku kt NAZA... naza blade 250cc kaler merah... nk test, kaki sampai ke tak.. lau ok, boleh sambor x lama lg.. hehehe... malangnya, moto tu x de stok.. yg ada kawasaki je... hubby kata, kenapalah x jemu2 bini aku ni tengok moto..
bila petang dah hampir hujung2, Hubby tnya nak balik rumah tak... anak2 kata tanak balik... mama pun jawab sama mcm anak2.. apa lg, sambung perjalanan walaupun x tau nk ke mana.. last2, ke I-city peginya kami... kecoh2 la budak2 ni tgk banyak sgt lampu... siap Ipin suh Daddy dia angkut balik satu pokok yg penuh lampu merah.. nk letak depan umah katanya... dia igt, daddy dia besa, boleh angkut semua benda gaknya...haiii...ipin...ipin...
okey... itu jelah citer nya... bukan la best mana pun citernya... saje nk share..
gambar2 sepanjang menghabiskan masa..
Pepagi nk pegi program... muka trgelak sbb dapat satu sms yg kelakar... |
Aku... di dalam lautan manusia seramai 3000 orang.. |
Bergaya x tentu pasal... mana dia jumpa spek ni ntah.. |
Muka menahan beratnya moto nie... kaki sampai tu... |
I-CITY.... |
Subscribe to:
Posts (Atom)