.. dalam hidup ini, trlalu banyak tanda tanya mengiringi perjalanan hidup kita... dalam suka dan duka, sentiasa akan wujud tanda soal ini... aku tengah bahagia ke... macam mimpi jer.... kenapa mesti aku yg terima kesakitan ini... kenapa mesti aku... kenapa...
itulah antara ayat2 yg sering kita ucapkan yg akan diakhiri dengan tanda tanya di belakangnya... sebenarnya, kita tidak memerlukan jawapan dari setiap tanda tanya yg kita wujudkan... kadangkala tanda tanya ini hanya sekadar penyeri dari luahan perasaan, bilamana kita sendiri tidak berjaya merungkai jawapan nya... benar.. setiap persoalan pasti ada jawapan nya... namun harus diakui, tidak semua jawapan yang diterima benar dan sahih... dan adakah jawapan itu, benar2 kita perlukan... tidak... tidak semua nya kita bersedia untuk menerimanya..
seperti lumrah anak2 kecil, yg gemar bertanya.. dan kadang kala soalan yang sama berulang kali.. sebenarnya bukan mereka tidak mengingati apa jawapan kita.. tetapi naluri mereka yg memang gemar untuk mendengar jawapan di mana mereka rasakan, kita memberi perhatian kepada mereka... begitulah jua apa yang berlaku kepada golongan dewasa... kita merasakan dengan menerima jawapan, kita diberi perhatian...
adakah kita hidup dalam tanda tanya ini... sememangnya... harus kita akui bahawa kita hidup dalam tanda ini.. usah fikirkan benda yang menjangkaui fikiran... fikirkan soal pasangan kita pun sudah cukup mengundang beribu ribu persoalan... kenapa mesti kita mempertikaikan kesetiaan pasangan kita... bukankah kita mengenali hati budi nya... pasti budinya kita sedia maklum, namun hatinya... sejauh mana kita memegang nya di hati... di mana hatinya.. milik siapakah hati nya... adakah aku yg tersergam indah di hatinya.. kan rumit persoalan itu.. benar kan... kita hidup dalam tanda tanya ini...sampai bila perlu kita bermain dengan tanda tanya ini... inilah hakikatnya... tanda tanya ini di tontonkan sendiri oleh pasangan kita dan kita sendiri tanpa kita sedari... mengapa... mengapa begitu... kerana kita adalah manusia biasa ...
itulah kehidupan... lumrahnya...
aduhh... apa yg aku merepek nih.. taip ikut sedap tangan jer... namun, ini lah yg aku rasakan sekarang... dari hati turun ke jari...hehehe... sekadar luahan sebelum kemas beg untuk balik...
p/s ~~~ yang penting, hadirnya membahagiakan aku... tiada tanda tanya untuk soal itu...
No comments:
Post a Comment