Wednesday, July 6, 2011

KISAH MALAM PERTAMA...


Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung di sini. Gelak-ketawa, gurau-senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku. "Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?", sapa Pak Long. "Orang muda bang Long, biarlah. Pertama kali nak beraksi tu!", sahut Pak Su disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain.

Meriah sungguh keadaan di luar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku. Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu. Isteriku hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap-gelita dan senyap-sunyi. Tanda sanak-saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur. Tanpa melengahkan masa, jari-jemariku lembut membelai rambut isteriku. Ku selak rambut ikal yang menutupi telinganya lalu membisikkan…. Assalammualaikum! ke telinganya untuk menguji isteriku. "Waalaikummussalam...". Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun…

Kringggggg…..
Tik.. tok.. tik.. tok…
Kring.. kring.. kring..

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku. Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi… Selamat Pengantin Baru! Jangan gopoh sangat. Baru Pukul 2 pagi. Jangan marahh.. Kami potong stim.. Haha..

Dalam hatiku.. "Cilakak punya membe! Potong stim betullah.."

P/S : aku suka citer ni.. kredit to solihinzubir...

...AKU.....


Melangkah mengharapkan hadir dirimu

ku genggam segala memori

kita dewasa bersama

menuju satu cita

walau jalan berbeza

Kasihku sinar tanpa cinta

sinarnya tanpa asmara

dengarilah hatiku rindu

kasihku mekar tak berbunga

mekarnya didalam jiwa

biarkanlah, biarkan saja

Andai kau ada disisi

terukirlah senyuman

tersingkir rasa sepi

andainya kau pergi dari sisi

jangan disingkir diriku dari mimpimu

... Tgh tunggu NEW BABY....


..hehehe... jeng..jeng... I memang tengah tunggu new baby... but not baby yg tulah... sebenarnya, baby baru tu ialah ....hehehe... PEGAWAI JABATAN HAL EHWAL KHAS PARLIMEN SEPANG.....!!!!! aku dah pegi melalui segala macam proses interview pd 25 mei yg lalu.. kena pidato, tulis karangan smpi lenguh tangan, interview ada 5 org panel lagi tuh... ketaq nyer, tuhan je tau.. dah la time Bos a.k.a tuan penasihat tengah kt U.S... aku usaha sndiri... mengadap ADUN, jumpa Ahli Parlimen... alhamdulillah, 2 hari setel... aku submit segala surat2 sokongan ke pej JASA.. Setel bab tu...

ari ni. 6 July, aku masih menanti surat kelahiran..senang citer, surat beranak le tu.. dengar nyer, aku dapat, cuma surat x keluar lagi... adoyaiii... makan x kenyang tido x lena dibuatnya... kpd yg sakit hati dgn keadaan ni, maaf lah, yer... x de niat aku untuk menyakiti hati kalian... biasa la, adat org g interview, ada yg lulus...ada yg melingkup... itu kan lumrah... aku pun berserah je... kalau tuhan kata x de rezeki, makanan dh masuk mulut pun bolh terkeluar balik... aku kena terima hakikat itu.. yg kalian pun, jangan la buat jahat kt aku.. kena ingat, tuhan maha melihat & maha mengetahui... ari ni aku sakit ati, besok2 korg pulak sakit....

ni la pangai buruk aku... kalau dh stat nulis blog, x boleh brenti jari2 comei aku ni....

p/s : ni la gmbr muka 1st time pakai selendang... my very2 besfren kata, " comei la U.." ... TQ... Luv U my pren... dulu kini & selamanya...

... my LOVE collection...









. . . . . . . . . . . . . . .



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya
menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan
terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah
tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah
seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama
tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang
dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang
pernah dialami.

Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah
kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang
kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang memberi seseorang .Seluruh
cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda
kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan.nantikan sahaja ia
untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak
,pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. ia cuma mengambil
masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia
mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan
kejar kemewahan kerana ianya akan susut,
carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma
memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang
suram.Carilah yang membuat hati anda tersenyum. akan tiba satu
ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang
sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya
dengan sebenar.
Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana – mana yang
ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda
hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua
perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri
anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda
kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan
harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia .

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa
ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan
orang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam
memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik
dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang
terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah
mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang
telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan
kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh
meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati
nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula
yang akan menangis.

.. tiba- tiba teringat nak update blog....



Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang mudah kita kecapi, apatah lagi
sekiranya kita mengimpikan kebahagiaan yang sejati sepanjang hidup.
Ianya amat sukar, namun bukan bererti tiada langsung peluang untuk
kita gapai…..

Apabila kita bertemu dengan insan yang benar-benar kita sayangi dan
kita mengharapkan seribu kebahagiaan yang mungkin kita perolehi
daripadanya, mungkin suatu hari nanti dia akan berpaling dan
mengecewakan hati kita. Namun, apabila kita dianugerahkan dengan
kehadiran seorang insan yang benar-benar menyayangi dan luhur
kasihnya pada kita…apa mungkinkah kita juga akan kasih dan sayang
akan dirinya?? Bagaimanakah pula nanti sekiranya kita
mengecewakannya? ?

Mahu tidak mahu, kita terpaksa akur, akan lumrah alam
percintaan. Pilihan terletak ditangan kita sendiri. Tanyalah pada
sang hati, jangan pula ditanya sang selera atau sang nafsu, kerana
keduanya hanya memberi janji palsu kepada kamu kelak

Tentukanlah pilihan yang kamu pasti bisa jalaninya…Bak kata
pepatah, “Kalau tidak sanggup dilanda ombak, jangan sesekali berumah
di tepi pantai “. Ertinya, andainya anda tidak sanggup menghadapi
cabaran jangan sesekali berani mengambil risiko.

Keinginan dan apa jua permintaan kita pasti dituruti apabila
kita memilih untuk disayangi oleh seseorang. Setiap masa dan ketika,
hanya akan ada bayangan kita di dalam benak si pencinta So? Anda
mahukan layanan sebegitu? Kalau sudah terdetik kata dihati, “bagus
juga disayangi macam ni…..” , teruskanlah dengan pilihan yang ini…
Namun, andai kata hati berkata “Boleh ke aku hidup dengan dia??” ,
Maka hentikanlah daripada terus menerima pilihan untuk disayangi
Khuatir nanti, suatu ketika kita akan mengecewakan hati si pencinta
pula…

Andai terdetik dihati untuk mencintai seseorang yang belum
pasti menyayangi kamu sepenuhnya dan belum tentu lagi kamu akan
tersenarai dalam “list” pilihan hidupnya, bersiap sedialah teman-
teman!!! Hahaha…

Akan ada beribu rintangan di hadapan kamu nanti yang sedia menanti .
Namun, andainya kamu jenis yang berani mati demi mempertahankan
cinta, teruskanlah dengan pilihan kamu. Teruskanlah dengan
pengorbananmu itu dan rebutlah cinta yang kamu impikan…..InsyaAllah ,
ada cahaya yang menanti dihujung perjalanan kamu kelak

Tiada siapa yang berhak menetapkan pilihan hati kamu, semuanya
berbalik kepada diri kamu sendiri…namun, sedikit tips daripada
saya dan inilah juga yang saya pegang setiap kali terjerat dengan
cinta…

Ikhlaslah bila menerima cinta seseorang yang benar-benar cintakan
kita, dan janganlah pula berlebihan mencintai seseorang yang kita
belum pasti cintanya untuk kita, dan jangan melebihi cintakan yang
lain daripada cinta kita pada yang di Atas dan diri kita sendiri “….

Tuesday, February 8, 2011

Year 2011

Tahun 2011... tettttt...

Aku bekerja secara sah pd 18 Jan... nama Bos Cik Rina Mohd Harun... trlalu bz melalui tahun baru, baru skrg ada masa nk update blog sndiri.. berangan nk ada blog sendiri, tp malas nk update.. apa daaaa...

Haziq dh mula Tadika 5 tahun.. tiap2 pagi semangat pegi sekolah.. pakai baju kuning, kasut sekolah, ngn beg itam... hensem sungguh...

Ipin masuk tahun 2 Pesona, sekolah petang.. dia dh biasa dgn sekolah, x de problem...

Akif baby mama... kena masuk taska sbb mama keja... cowry Baby... naseb baik dia hepi je bila ada kekawan ramai.....

nk upload gmbar, tp nanti dulu sbb masa x de.. bz beb...
chalo.. chalo... smbung keja....