Pagi rabu yang sangat tenang ...munkin kerana cuaca yang yg agak sejuk dan hujan sekali sekala... Pagi ni, aku terbaca sebuah artikal dari blog rakan ku yang bertajuk " AKU TIDAK DIPAKSA MENYINTAI MU..."
Tertarik dengan tajuknya, aku pun mula membaca... mukadimah yg sangat ilmiah, isian yang bagus, ayat-ayat yang menarik tetapi berkesudahan dengan keperitan...
Tidak kira bersama keluarga, rakan taulan, pasangan hidup mahupun bersama MAHA PENCIPTA, kewujudan perasaan cinta bukanlah perlakuan yang boleh disengajakan atau dipaksa... ianya adalah suatu perasaan yang begitu kompleks untuk dihuraikan..
kewujudan perasaan cinta terhadap seseorang atau sesuatu, pasti tidak akan difahami oleh orang lain .. hanya kita yang mengetahui mengapa, bagaimana dan kepada siapa cinta itu wujud dalam diri kita ..
dan apakah BALASAN yang kita harapkan dari sebuah cinta yang lahir...? kemewahan...? kecantikan...?
kerana terlalu kompleks huraian perasaan cinta itu, kita hanya mengharapkan agar cinta kita diterima dan dihargai.. melalui penghargaan yang diterima, kita akan menerima segalanya kerana dengan kebahagiaan mengelilingi, segala kesulitan tidak dirasai...
seringkali perasaan cinta dipandang remeh dan dipermainkan... namun jika kita percaya bahawa perasaan cinta kita sebenarnya amat berharga, usah bazirkan ia kepada sesuatu yang tiada faedahnya.. bukan mudah untuk melahirkan rasa cinta.. hargai perasaan cinta yang kita ada sebelum mengharapkan ianya dihargai oleh orang lain..
ianya milik kita, bentuklah ia dengan seadanya dan letaknya di laluan yang sebenar..
Pengkhiatan cinta..? walau semahal mana pun ia, se 'kompleks' mana pun ia, ianya tetap perasaan.. usah biarkan ia menjadi racun dalam kehidupan.. hakikat yang disahkan kewujudan nya, harus diteruskan.. seharusnya perasaan menjadi asam garam kehidupan, bukannya racun yang akan memusnahkan kewujudan...
kewujudan perasaan cinta adalah melalui akal dan jiwa yang sempurna..usah biarkan kemusnahan nya menghapuskan akal dan jiwa..
dan jangan lari dari perasaan cinta.. penuh dunia ini dengan cinta.. dengan udara yang menjadi senafas kita, bukti cinta tuhan kepada hambanya.. setiap sebatu didalam langkah, bukti cinta kedua ibupaba kepada anaknya... setiap zarah habuk yang dihilangkan, bukti cinta pasangan hidup.. setiap sepatah suara kecil yang didengari, bukti cinta anak kepada ibubapanya...
jangan membiarkan 'kekosongan' mengelilingi perjalanan hidup .. walaupun kehidupan tika dan saat ini adalah pinjaman dan sementara, hakikatnya, kita wujud dengan sempurna untuk menempuhinya..
Wednesday, March 28, 2012
Tuesday, March 20, 2012
KETIKA WANITA DICIPTAKAN..
Ketika Allah menciptakan wanita,
Malaikat datang dan bertanya, “Mengapa begitu lama, Tuhan?”
Tuhan menjawab, “Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?”
Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan…
Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya…
Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan…
Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini…
Malaikat menjawab, “Hanya dengan dua tangan ini?”“Tetapi…,Engkau membuatnya begitu halus & lembut”
“Ya…, AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa”
“Apakah dia mampu berfikir?” Tanya Malaikat
Tuhan menjawab, “Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya
Malaikat itu menyentuh dadanya,
“Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya”
“Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya”
“Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga”
“Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan”
“Ya….., Harus…!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki…
Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri…
Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit…
Mampu tertawa saat hatinya menangis…
Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya…
Dia boleh melawan ketidakadilan…
Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia…
Hatinya terluka saat melihat kesedihan…
Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka…
“CINTANYA TANPA SYARAT”
Malaikat sangat kagum, “Lalu apa kekurangannya?”
Tuhan menjawab, “Hanya satu hal….., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia”.
Tuesday, March 6, 2012
taadaaaa..... ahli keluarga baru...
Inilah "Choc-Di"... anak kucing kecik warna coklat yang hubby selamatkan dari dalam longkang depan rumah kami minggu lepas... kesian dia sebab tinggal sebatang kara.. hubby dengan murah hatinya, mengambil dia sebagai haiwan peliharaan... tak pernah2 rumah kami ada haiwan, tetiba ada choc-di... ermmm...ok jugak.. buat main2 kan...
Nasib baik hero2 ku bertiga tu pandai jaga choc-di.. dan punyalah ngengada kucing kecik ni, dia mcm tau2 je Hubby sayang kat dia, dok bekepit je ngn hubby...meluat je tengok nya.. tapi takpelah...dorang serasi...
Hubby pulak, mcm dapat anak baru...dibelikan segala mala keperluan choc-di...makanan baby kucing, syampu bulu, loceng dan macam2 lagi la...siap2 basuhkn pasir najis choc-di lagi...alahai..
bila lewat malam, anak2 semua dah tido, aku ngn hubby pun main2 ngn choc-di...hehe.. hilang jugak boring.. selalu main berdua jer..sekarang main bertiga...kan meriah tuuu...
Subscribe to:
Posts (Atom)