Friday, October 28, 2011

XTVT BERTERUSAN UNTUK WARGA MUDA SEPANG....



ayat ni aku copy dari rakan FB aku, ...


Salam 1 Malaysia..Program "JOM KAYUH BN SEPANG 2011"anjuran Pergerakan Pemuda &
 Puteri Barisan Nasional Sepang Dan Majlis Belia Selangor Daerah Sepang,menjemput semua Belia di kawasan Sepang terutama sekitar kawasan Dengkil pd tarikh 12 November 2011(sabtu).Jam 8 pagi.Tempat SRJKC(Dengkil).Tujuan program ini bagi memupuk budaya sihat di kalangan Belia dan Beliawanis.Penyertaan adalah"Percuma".Pihak urusetia juga menyediakan 50 buah basikal bagi acara cabutan bertuah.kehadiran amatlah dialu-alukan.tk


dan yang ini pula, aku amik dari sms Cik Rina...


Program RAIKAN BERSAMA - BAHAGIA SELAMANYA... khas untuk meraikan pasangan suami isteri yg anniversary Ogos, Sept, Okt Nov dan Dec.. tebuka kpa semua kaum dalam Parlimen Sepang... Umur isteri tidak melebihi 40 tahun... Cadangan tarikh 11 Disember 2011... dapatkan detail peserta dahulu...


Program yang baru selesai  ~~~ Sayang Anak Ku Sayang anjuran Ahli Parlimen Sepang kelolaan Puteri UMNO Sepang... meraikan 410 orang ibu muda yang hadir bersama suami dsn anak2...




haaa.... penuh program pemuda pemudi Sepang ni... bukan sebarang program.. ini semua adalah program untuk menjejaki pengundi muda Sepang... Rugi kalau kita tak sertai... Kalau kita tanak sertai, next time jangan salahkan kerajaan tak buat apa-apa..


adios...  


p/s ~~ kat rumah ada beskal... tapi kaki x jejak tanah... camner nk join program... daripada aku bakal mengundang xcident kt program tu, baik pikir banyak2 kali...



Monday, October 24, 2011

Apa guna ada Blog kalau x update, kan...

bismillah..

Dah lama tak update blog ... bukan lupa tapi tak sempat... yang aku sempat cuma copy artikel2 yg aku berkenan, dan paste dalam blog aku... bukan mencuri idea, cuma nk share info... 

skrg ni di dalam ofis tengah sejuk sampai ke tulang, sebab kat luar tu hujan mencurah curah rahmatnya... menyejuk kan keadaan dan membuatkan mata aku layu je...

minggu ni, aku menikmati kebahagiaan dalam ofis aku ni... sebab... sebab... huk... huk... inilah minggu terakhir aku di sini.. minggu depan aku akan bertukar kerja, atas permintaan En Hubby aku untuk membantu dia di site ofis... kejam rasanya kalau aku x menurut perintah dia, sebab dia keja dah mcm tak cukup kaki tangan dah... punyalah melambak keja dia.. harap2 aku dapat membantu meringankan kerja dia... ye ke.. ntah2, tambah lagi beban dia..hehehe... 
 
sayang sebenarnya aku nak meninggalkan ofis Cik Rina, bos kesayangan aku yg comel tu... tak tau bagaimana nk serahkan kuasa kepada bakal pengganti aku.. apa yg aku nak serahkan.. keja aku... boleh ke pengganti aku buat keja macam aku.. aku bukan sempurna sangat dlm melaksanakan kerja2 ni, cuma aku teringat rakan cina aku kata, aku ni jenis manusia yang bekerja dengan hati... hehehe... ntah apa maksudnya tu.. aku harap, lepas ni Bos aku akan dijaga dengan baik... memang aku dah jaga dia dengan baik, tapi aku bukan yang terbaik..

tengok.... nak menaip kt blog pun, kena stop 2 3 kali sbb banyak pulak urusan mengganggu... sampai lupa apa yang nak taip tadi... tengah setelkan trip to Singapore... EXCO PUTERI SEPANG NAK GI JEJALAN MAKAN ANGIN .... rewards di atas apa yang telah mereka sumbangkan.. aku...??? tak confirm lagi nk ikut atau tak... Setiausaha tak ikut, boleh tak...??

wokey lah... jejari ku yang tak runcing ni dah penat buat keja untuk hari ini... dah nak sampai masa balik... sebelum balik, nak call mak dulu... windu kt mak.... Mak...!!! Anak mak rindu kat mak...


Daddy belikan angry bird... itam Ipin punya, Biru haziq punya, putih Akif punya, Mama punya yg kaler merah... kenapa mama punya yg paling kecik skali...



~Sakaratul Maut~



“Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata: “Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar.” (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (QS. Al-Anfal {8} : 50).

“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata): “Keluarkanlah nyawamu !”

Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan kerena kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya”. (Qs. Al-An’am 93).

Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang berkenaan, bila orang yang akan meninggal dunia itu derhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawanya secara kasar.

Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati.

Namun demikian rasa terpisahnya nyawa dengan raga tetap teramat menyakitkan.

“Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang”. (H.R. Ibnu Abu Dunya).

Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan solat sampai puluhan raka’at dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalam kesibukannya sehari-hari. Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail.

Maka bermohonlah ia kepada Allah SWT agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia. Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan,dan bertamu kerumah Nabi Idris.

“Assalamu’alaikum, yaa Nabi Allah”. Salam Malaikat Izrail,

“Wa’alaikum salam wa rahmatulloh”. Jawab Nabi Idris a.s.

Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail.

Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh Malaikat Izrail.

Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya “menghadap”. Allah sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja.

Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan “tamunya” itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan. “Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita”. Pinta Malaikat Izrail (menguji Nabi Idris a.s).

“Subhanallah, (Maha Suci Allah)” kata Nabi Idris a.s.

“Kenapa ?” Malaikat Izrail pura-pura terkejut.

“Buah-buahan ini bukan milik kita”. Ungkap Nabi Idris a.s.

Kemudian Beliau berkata: “Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram”.

Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau tertanya-tanya tentang tamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangan ? fikir Nabi Idris a.s.

“Siapakah engkau sebenarnya ?” tanya Nabi Idris a.s.

“Aku Malaikat Izrail”. Jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya.

“Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?” selidik Nabi Idris a.s serius.

“Tidak” Senyum Malaikat Izrail penuh hormat.

“Atas izin Allah, aku sekadar berziarah kepadamu”. Jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris masih terpinga-pinga, beberapa lama kemudian beliau hanya terdiam.

“Aku ada hajat kepadamu”. Tutur Nabi Idris a.s

“Apa itu ? katakanlah !”. Jawab Malaikat Izrail.

“Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku”. Pinta Nabi Idris a.s.

“Tanpa seizin Allah, aku tak dapat melakukannya”, tolak Malaikat Izrail.

Pada saat itu pula Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengkabulkan permintaan Nabi Idris a.s.

Dengan izin Allah Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.

Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Allah mengabulkan permohonannya.

Setelah dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali. “Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?” Tanya Malaikat Izrail. “Seribu kali lebih sakit dari binatang yang dicabut kulit hidup-hidup”. Jawab Nabi Idris a.s.

“Itu caraku yang paling lemah lembut,kulakukan terhadapmu”, kata Malaikat Izrail.

Masya Allah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s.

Bagaimana pula sakaratul maut kita? adakah kita di kalangan orang soleh atau sebaliknya?

“Sebarkanlah walau hanya satu ayat”

Tuesday, October 18, 2011

Senario masa kini... JANGAN NAFIKAN...

Kisah cinta ini lebih kepada hipokrit seorang lelaki yang juga bergelar Suami Orang ...

Rahsia Suami Orang di Dalam Cinta Terlarang

Seorang lelaki samada bahagia atau tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri..

Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu.. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu.. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur.. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu.. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya.. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan.. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah.. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang.. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia.. Mati kamu kena serang!



Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

Lelaki Lebih Beruntung

Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya dan menerima apa sahaja kesalahannya.. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah.. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya.. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya.. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang.. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

Kesan Pada Diri Kamu Sendiri (wanita)

Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu.. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri.. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya.. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat.. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi.. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!



"Kamu hanyalah sebagai sandaran di kala ingin mengubat kesunyian"

p/s ~~~  tak boleh dinafikan...

Wednesday, October 12, 2011

Count On Me..



If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I’ll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can’t see
I’ll be the light to guide you
Find out what we’re made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can’t fall asleep
I’ll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you
Find out what we’re made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You’ll always have my shoulder when you cry
I’ll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh
You can count on me ’cause I can count on you

P/s ~~ ... Hubby... Juz for U